Pages

Khamis, 3 Oktober 2013

Hidup Penuh Bicara




Hidup penuh bicara
Ada benar ada dusta
Ku hanya manusia yang ingin kenal erti cinta
Langkah demi langkah 
Ada tenang ada resah
Ku Harungi dengan pasrah hidup begitunya lumrahnya

Itu ada sebahagian bait-bait lirik lagu Dato' Siti Naurhaliza yang berjudul Hidup Penuh Bicara. Kalau korang nak tau dia adalah figura antara yang aku paling kagumi. kesngguhan beliau dalam memperbaiki kualiti hidup beliau dari umur 16 tahun hinggalah sekarang.Beliau tidak pernah berputus asa. Tetap  disegani walaupun sudah berumah tangga.Tabik springggg lah~~ hehe..=p

K, aku nak citer pasal apeek td?? lupe lah...haaa..k k aku dah ingat...hehe... Umur aku sekarang dah 23 tahun(mude lg k?org ckp muke aku mcm 16 tahun..tuu org cakap aku x tipu..) Hidup nie macam cuaca. Ada kalanya hujan,ada kalanya mendung, ada kalanya panas dan ada kalanya puting beliung. Tapi macamana pun cuaca yang menimpa kita kita harus tempuhi dengan tabah. Untuk mendapatkan sesuatu kita harus korbankan sesuatu. Nothing easy in this world.

Aku sendiri pun bermula dari hidup yang susah dan adakalanya boleh digelar daif.Tapi aku bersyukur sebab parents aku tak pernah buatkan anak-anak mereka rasa yang mereka dalam kesusahan. Pernah dulu aku diserang demam teruk sehingga hidung berdarah dan takde duit nak bawak aku pergi klinik. Minta tolong sedara tiada siapa yang nak bantu kitorang walaupun ada antara mereka yang berhutang dengan kitorang.

Sejak dari itu hidup kami mula berubah.Dari modal RM 100 kami menjual makanan dan minuman. Alhamdulilah setiap kesusahan Allah akan selitkan kesenangan kalau kita bersabar. Sehingga hari ini aku takkan lupakan hari itu. Rumah usang menanti roboh yang kami duduk sekeluarga. Aku dan adik aku yang tidur di ruang tamu. Keadaan dapur yang daif dan bumbung terangkat bila hujan. Its a bitter memory that I remember as sweet experience in my life. Its priceless.

Papepun aku dan kelaurga amat bersyukur sekarang kerana sekarang kedai kami akan membuka cawangan yang kedua berdekatan dengan rumah baru kami. we growth so do experience. kehidupan mematangkan kami. Di saat susah barulah kami tau siapa yang baik dan sebenarnya. Parents aku ajar jangan balas dendam kalau ada orag pernah buat kita dulu sebab suatu hari nanti Allah akan balas. Aku percaya kalau kita buat jahat kat manusia, di atas bumi ini fre2 jer kena balik. 

hidup itu perlu pegangan,perlu pengorbanan dan perlu motivasi. Tak perlu kita kata "aaaaaahhhhh...." kalau kita kesusahan kerana di luar sana ada orang yang lebih susah. Jangan gentar terhadap kesusahan kerana ia memang sebahagiaan dari hidup kita. di akhir kata, jalanilah hidup korang dengan tabah sebab korang tak kesorangan kalau tida sesiapa pun yang tinggal tas bumi tapi Allah kan ada...

p/s: sorry kalau ayat aku skema sikit kali nie. hehe...aku kalau serius memang cengginilah jadinyer..ayat nak skema jer...lain kali aku akan buat topik yang ala-ala chomel gitu.errrmmm..camne ek? hehe...terima kasih kerana sudi membaca. Saya sayangggg semua....jumpe di lain entry! =)