Pages

Monday, 26 March 2012

Jatuh cinta??? hurm...susahnya...



Siapa dalam dunia ni yang tak pernah jatuh cinta? Semua orang pernah kan? termasuk yang sedang membaca entry aku ni. hehe. Aku pun pernah. First time aku start sukakan seseorang tuh adalah bila aku darjah 6. Tiba-tiba aku macam ada 'feel' kat dia lak. Padahal, tegur dia pun aku tak pernah. hurm, tapi perasaan tuh hanyalah aku pendam jer and hilang bila aku naik tingkatan satu.

Boleh dikatakan, sejak dari tuh aku akan suka seseorang setiap tahun.Orang yang aku suka lak dari kelas aku sendiri. Tapi aku tak pernah bagitau pun. Diam diam sudeyh yerk? Tapi, bila difikirkan balik aku nie asyik suka orang jer tapi orang tak pernah suka kat aku atau bagitau dia suka aku. Sakit hati gak bila orang yang kita suka tuh buat derk and bila rapat dengan pompuan lain. Aku nak tegur? Tapi, hurm, jangan haraplah..aku kan pemalu orangnyer huhu...

Tapi, bila aku form 3, aku buat keputusan untuk tak nak sakitkan hati aku sendiri. Aku tak nak mudah jatuh cinta dengan orang.So, aku dah tetapkan hati aku macam tuh. no more hurt feeling...yeah baby!! ^_^

Tapi bila Form 5, aku tak tau kenapa aku boleh ter'kapel' dengan mamat sorang nie. Mulanya kitorang  hanya kapel main main tapi akhirnya ter'sangkut jugak. Kitorang hanya bertahan 1 tahun lebih jer. 

So, sejak dari tuh aku memang susah nak jatuh cinta, bukan sebab nak jual mahal ker, atau market lebih tapi aku takut, kalau hati aku yang sakit. Tapi bila aku dah sayang seseorang tuh, aku akan take it seriously, no play play haa...Tapi kalau dah sayang tuh, walau macamana kita elak pun, kita akan tetap rasa kepahitannya juga kan? 

Dah lumrah hidup ada pahit ada manis. Kita sebagai manusia anggaplah yang manis itu pengalaman dan yang pahit itu pengajaran dan belajarlah dari kedua-duanya. Aku berdoa tuhan akan kurniakan jodoh yang terbaik untuk diriku dan  yang paling penting direstui keluarga aku.

Jangan pernah berputus asa bila ingin memiliki cinta yang dicari kerana cinta itu akan datang dengan sendiri tanpa disangka dan bila ia tiba, terimalah dengan hati yang terbuka dan bersedialah dengan apa yang dihapanmu kerana apa yang akan kamu laluinya nanti adalah perjalanan yang akan menetukan arah cintamu. Tapi cinta yang abadi dan hakiki hanyalah cinta kepada Allah.

Saturday, 18 February 2012

Teknik Interaksi Disukai oleh Perempuan Yang Patut Dilakukan Oleh lelaki



First,jangan tunjukkan sikap ego.Perempuan memang tak beberapa berkenan kalau baru jer kenal serta pemulaan interaksi lelaki start menunjukkan sikap ego macam membangga diri dan sombong diri.yerlah, kot yer pun kau pandai, tak yah lah show off sangat macam kat tau semua perkara, menyampah kot.. Perkara begini boleh membuatkan perempuan menyampah dan rasa rendah diri dan tak selesa dengan lelaki.ish ish ish...=_='. seorang lelaki yang mempunyai magnet diri seharusnya sentiasa peka kepada tindak balas perempuan bila berinteraksi dengannya agar interaksi yang berlaku disenangi oleh perempuan. Takderlah, buat diri perempuan tuh macam tak tau pape kan? tolak ansur sikitlah guys. 

Second,kalau nak berkongsi pendapat mengenai sesuatu sentiasalah katakan "melalui pemerhatian saya..." kata-kata macam tuh membuatkan perempuan merasakan dia rasa dihargai dalam membincangkan mengenai sesuatu isu itu. 
psstttt...perempuan suka kalau dia rasa dihargai. =)

Third,gentleman please tolong lembutkan nada suara kalau korang nak minta tolong kat perempuan. Perempuan secara nalurinya suka kepada nada suara yang lembut tetapi tegas. Tapi AWAS! LEMBUT BUKAN BERMAKSUD MENGADA NGADA. Gunakan kata-kata seperti "boleh tak...", "Apa pendapat...", "Tolonglah...." berlembut tapi jangan gedik k? =)

Forth, Kalau nak berinteraksi bab perkara yang sedih atau menakutkan, gunakan "Adakah awak okey...", atau "melalui pengalaman yang pernah saya rasai...." dengan pendekatan macam tuh akan membuatkan para wanita merasa selesa,selamat,rasa dipercayai. Ini akan memberi lebih banyak peluang dan ruang untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Akhir sekali, Kalau nak bercakap, apa kata kalau masukkan sekali kata-kata motivasi bukan motibasi tau! macam "awak nampak cunlah harini...", "Patutlah saya sukakan awak sebab......", atau "Saya suka cara awak berjalan, macam modellah" dan suka hati korang lah nak cakap hape janji IKHLAS k? =)

dah naluri perempuan suka diberi pujian serta perhatian. Pasti perempuan lebih tertarik dan anggap korang sebagai seorang yang berpesonaliti dan dihargai. Perempuan suka kalau lelaki jujur even kadang2 benda tuh pahit tapi perempaun tuh akn tetap hargai kejujuran korang. So, jangan menipu k kerana perempuan pasti dapat 'hidu' penipuan korang. watch out!


P/s: (Teknik-teknik ni untuk LELAKI je. kot2 payah bebenor nak ngorat, aku bagi tips. Tapi jangan sampai terkantoi palk yer!. hehe. Selamat mecuba) =)

Saturday, 4 February 2012

Saya bukan HIPOKRIT!!

Arrrgghhhhh...rasa stresss sangat harini. Start dari pagi aku memang tak der mood langsung. Nak cakap dengan sesiapa pun aku rasa malas sangat tapi nak tak nakm bila kat tempat kerja, aku kena profesional lah kan. aku pun tak sure sangat kenapa aku tiba-tiba hilang mood nie maybe sebab aku banyak sangat fikit kot.. 

Banyak perkara yang aku tak puas hati. Especially kat tempat kerja. Aku kalau nak tegur budah bawah atau sama baya aku bolehlah aku buat tapi kalau dah tua sangat macam baya bapak aku, atoyai memang tak leh ler. Aku banyak nasihatr dalam hati jerlah. kang kalau cakap takut touching atau kata aku kurang ajo. Ish ish ish....sabo jerlah...

Aku nie jenis yang suka berterus terang, tak pandai nak simpan simpan tapi tak ler aku sampai ke tahap kuang ajo. Agak agak lah weyh..What can I do now is mengadu kat mak bapak aku apa yang aku tak puas hati and then biar diorang cakap sendiri kat pekerja diorang. Tapi mak bapak aku takderlah sampai nak marah marah. tegur cara berhemat lah.

Aku sedang belajar untuk menjadi leader(cekwah...hehe). yerlah, aku anak sulong, so 1 day parents aku mesti suruh aku handle bisnes diorang kan? Takkan nak biar diorang kerja sampai bongkok 4 kan kan? Memang susah nak jadi seorang leader yang disenangi dan disegani nie. Tapi aku banyak belajar dari bapak aku sebab bagi aku he is the best role model to follow. eh, bukan aku jer yang cakap k? orang yang kenal bapak aku pun respect bapak aku tau...heee~~ Alhamdulillah bapak aku tuh jenis yang tenang dah berfikir semasak mask sampai garing sebelum dia nak memulakan something. LUV U AYAH! =)

Papepun, aku cuba untuk menyenangkan diri dengan rakan rakan sekerja aku. Kenali diorang dan fahami diorang. Aku akan lebih banyak cari kelebihan diorang dari kelemahan diorang. It makes me less hate them. Banyakkan sabo jerlah aku nie. Mudah mudahan Allah permudahkan segala urusan dan lapangkan dada ku ini. Amin~~~~

p/s: Ada orang kata, dari luar aku nampak macam innocent tapi dalam macam gengster. Ader nak kena pelempang budak yang cakap macam tuh kat aku kang....

Thursday, 12 January 2012

Kenapa aku masih....



Kenapa aku masih lagi teringatkan kau ha? Aku cuba untuk lupakan kau.Dulu, memang azablah nak lupakan kau. Hari-hari asyik teringat kat kau jer. Sampai berjerawat kepala aku ni. Tapi, Alhamdulillah makin lama makin aku lupa tentang kau. Kalaulah ada ubat dalam dunia ni yang boleh buat aku terus lupa pasal kau kan bagus, macam aku langsung tak kenal kau. Tapi, aku tau aku takkan boleh lupa pasal kau sampai bila-bila. Tapi, kenapa sekarang aku asyik teringat kat kau jer? Time aku busy pun aku tiba-tiba leh teringat kat kau. Kenapa eh?

Kadang-kadang sebelum tidur, aku pikirkan pasal seseorang, orang tuh takder lak muncul dalam mimpi aku tapi bila aku terfikir pasal kau kejap pun kau boleh masuk dalam mimpi aku. Kenapa eh? Kenangan kau yang tinggal pada aku tak banyak sebab banyak aku dah delete. Tapi aku tak boleh erase semuanya sekaligus. Tension dowh!

Kau ada call aku haritu tapi aku taknak jawab. Nak tengok tahap kesungguhan kau nak call aku. tapi kau call aku sekali jer. Pastuh terus taknak call sampai sekarang. yerlah, aku bukan penting mana pun kan? Tak de aku pun kau boleh idup gak kan? yerlah, kawan sangatlah kita nie. 

kau tau tak? dah lama aku tak fikir pasal kau, tapi akhir-akhir nie aku asyik terfikir pasal kau jer. Aku buat apa pun kau tetiba ada. apesal eh? Aku memang dah tak nak ingat pasal kau pun. stress aku!

Life aku sekarang memang busy.Pagi aku bangun oergi kerja, malam balik kerja,rehat terus tido. itulah rutin aku tiap-tiap hari. aku makin dewasa dan matlamat hidup aku makin jelas. Bab pakwe, balak nie aku langsung tak fikir. Tunggulah anak raja meminang kot(perasan jap) hehe. serius, kawan-kawan aku yang lain dah ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak pun. Aku jer macam nie. Bukan tolak ketentuan Allah, cuma aku belum ready. diri aku serba kekurangan. Nak sara diri pun susah, nak ada family? Tanggungjawab besar kowt..

Tapi, kalaulah ada my Mr.right aku nanti kan, aku nak seorang yang ada GOOD ATTITUDE. tuh jer. Aku belum boleh fikir pasal siapa calon aku sebab memang takder sekarang. yang nak try tuh memang ada cuma aku jer yang taknak take it seriously. 


Reminder to myself: STOP THINK ABOUT HIM and MORE FOCUS ON MY DREAMS. 

so guys, kalau tak dapat lupa orang yang korang nak lupakan, try make urself busy or find new hobby. Good luck! =)

Friday, 6 January 2012

Mencari konklusi



Sesungguhnya dalm hidup nie banyak pancaroba, ranjau durinya, pantang larangnya, banyak yang baik buruknya. Tapi Allah telah jadikan kita sebaik baik makhluk. Nilai yang tertinggi yang kita ada yang tiada kat makhluk lain ialah AKAL. Tapi berapa ramaikah manusia yang gunakan akal? 

Bukan utuk menghina atau merendahkan martabat orang lain tapi tengoklah zaman sekarang. kes luar tabii, buang anak, layan isteri macam binatang, murtad, ada yang siap kahwin dengan kaum sejenis lagi. Masyaallah! apa sudah jadi?

Banyak lagi yang aku malas nak sebut.Korang pikir sendirilah. Dulu, orang pakai jubah,serban,songkok,tudung labuh dianggap alim dan baik serta disegani. Tapi sekarang manusia jadikan pakaian 'baik baik' itu sebagai alasan untuk menutup kehilafan mereka. Mana perginya akal diorang tuh? letak kat mana? Patutlah sekarang nie ramai yang dah kurang percaya orang2 yang berjubah,bertudung tuh baik. Ada anggap mereka yang menutup aurat tuh sebagai hipokrit! nampak jer baik tapi dot dot dot.... dunia tak terbalik tapi pemikiran kita yang sudah terbalik. 

Aku akui kadang kadang aku 'tertipu' gak dengan orang yang nampak baik. Tapi tak bermakna, semua orang yang alim tuh aku fikir diorang jahat. Kita takkan boleh membaca hati manusia ni. Malaikat pun tak tau. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Manusia nie berbeza.

So, guys aku nak korang gunakan akal, fikirlah sematang matangnya. Dunia yang kita lihat ni lahir dari cara kita berfikir. So, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan terlalu menilai sebab kita tak layak pun. Kita hanya perlu belajar dari apa yang kita lihat. Jangan terlalu taksub dengan pemikiran kita,dunia kita sampai pandangan orang lain pun korang buat derk jer.

Manusia yang bijak adalah manusia  yang berfikir menggunakan akal bukannya hati.

Saturday, 24 December 2011

Luahan hati aku...



kita 1 sekolah rendah dulu,tapi aku tak pernah tegur kau...
sebab aku tau kau budak pandai, aku tak...
kita contact balik pun sebab aku terdail no kau...
kau pulak tak sombong dengan aku walaupun itu kali pertama kita berbual panjang...

Kau baik,cute,pandai even kau  nie serius and tak pandai buat lawak...
Aku boleh terima diri kau dan aku boleh faham kau...
Aku cakap dengan kau pun takde nak cover2 nie...
Kau buat aku selesa dengan kau...
Kau cakap kau pun selesa dengan aku...aku happy sangat time tuh...
Kau cakap kau tak nak kehilangan aku samalah macam yang aku rasa...
Bagi kau, aku adalah kawan yang terbaik pernah kau jumpa...
Kau tau tak perasaan aku time tuh? MasyaAllah...HAPPYNYER!!! =)

Walapun kadang2 kita gaduh dan aku tak pernah gaduh dengan kawan aku..
Dan kau yang pertama...sedih aku...


Tapi, bila kau dah jumpa awek baru, kau mula lupakan aku...
Kau buat derk jer kat aku...
Aku call pun kau macam tak suka padahal dulu ok jer...
Suara kau boleh buat aku relax jap..macam kau kat sebelah aku,temankan aku.

Tapi sekarang kena buat appoinment bila nak contact kau...
busy jer memanjang...
Macam PM! aku sedih weyh...kau tau tak perasaan aku!? 
Apa kau ada kesah! kau dah ada awek baru...kau tinggalkan aku..
kalau aku mati pun kau tak tau kot...
Yerlah, awek kau tuh lebih lawa, baik dan pandai dari aku kan?
sedih aku weyh! sampai hati kau buat aku macam nie... =...(

Aku takkan lupa apa yang kau pernah cakap kat aku dulu sampai bila2...
sekarang nie, aku dah tak boleh terima kau even just a friend...
sebab hati aku dah sakit...sakit sangat...
Letak minyak apapun tak jalan...
sebab luka yang kau tingglkan tuh terlalu dalam..

Tapi papepun, aku still ingat kau...
orang yang pernah buat aku rasa perasaan yang dah lama aku tinggalkan..
mengubah diriku menjadi orang yang lebih baik dari dulu dan...
aku DOAkan kau dengan awek2 kau tuh bahagia dan jumpa apa yang kau nak.



Cuma 1 jer nasihat aku kat kau...
BELAJARLAH HARGAI ORANG YANG MENYAYANGI KAU SEMENTARA MEREKA MASIH DI DEPAN MATA DAN JANGAN KAU KESALI BILA MEREKA DAH TIADA, DAN YANG TINGGAL HANYALAH BAYANGAN MEREKA DALAM MEMORI KAU.

Saturday, 17 December 2011

Lirik Luahan Hati - Raqib Majid AF9




Tuhanku dengarkanlah aku
Ingin meluahkan rasa hati ini
Tuhan izinkanlah aku 
Ingin menyentuh hati si dia
Ku harap bisa membahagiakan dia
Selamanya dengan restumu

Akan ku bawa cintaku
Akan kuukir cintanya
Untuk mendapatkan cintamu Ya Tuhan
Tuhan izinkanlah aku
Ingin menyentuh hati si dia
Ku harap bisa membahagiakan dia
Selamanya dengan restuMU

Akan ku bawa cintaku
Akan kuukir cintanya
Untuk mendapatkan cintamu Ya Tuhanku

Ku kan slalu menjagamu
Ku kan slalu bersamamamu
Ku kan terus mencintaimu
Ku kan slalu menjagamu
Ku kan terus mencintaimu ooohhhh.....
Akan ku bawa cintaku
Akan kuukir cintanya untuk mendapatkan cintamu ya Tuhan ooohhh.....

P/s: ini adalah real lirik lagu Luahan Rasa. pengesahan dari Raqib sendiri. Lagu nie memang best sangat nak2 part chorus tuh. i'm really adddicted to dis song. Hope korang boleh terus sokong Raqib Majid. Pedassss.....