Pages

Ahad, 24 Mac 2013

Apa masalah kau!?



Dalam hidup nie tak semuanya indah. Dan yang pahit itu tak semuanya beracun. Cara menyelesaikan masalah itu bergantung cara kita berfikir. Aku tau, kadang-kadang bila kita tengah stress, susah sangat nak berfikir secara positif sebab emosi menguasai diri. Aku pun pernah alami benda yang sama. Tapi kalau boleh, bila kita ada masalah, tarik nafas lepas nafas buat sampai kita rasa relax. pastu barulah kita boleh berfikir dengan lebih tenang kan? betul tak? tepuk tangan cepat2.. ^_^

Contohnya kalau ada orang yang suka bagi kata-kata negatif kat kita tak kisah lah walaupun perkara yang kita buat itu baik. *buat baik salah,buat jahat pun salah? ish ish ish.* kalau ada orang yang kata kita tak sesuai dengan orang pilihan kita, suruh dia bagi kita sebab kenapa? secara TERPERINCI. haaa...tengok dia boleh menang tak dengan diri kita yang lebih kenal bf/gf kita tuh? Aku kalau ada orang cakap macam tuh cara untuk tenangkan diri aku aku kata ish,diorang jelessss kot...hehe..tapi kadang-kadang memang geram lak. Aku lebih kenal ngan bf aku lebih dari korang. Yang korang nampak, buruk dia jer..baik dia korang sepetkan mata korang tuh buat-buat tak nampak lah konon..ggrrrr...

Tapi aku anggap itu semua cabaran perhubungan. Allah sentiasa bersama dengan orang yang penyabar ye kan? Tapi kalau orang lain cakap-cakap buruk pasal bf/gf kita tuh, korang jangan lah terus reject, fikir-fikirkanlah ea.. siasat dulu. Nanti takdelah orang cakap masa bercinta semuanya tentang bf/gf kita tuh sweet-sweet lolipop jer yang jahat pun nampak baik. Kita takmolah macam tuh k? Kita cuma berfikir secara logik. Nanti kalau fikir pasangan kita tuh terlampau baik, dia maki hamun orang pun korang leh tersengih-sengih macam  kerang busuk tuh takut dia hempap kepala kita dengan kampit beras lak(macam pijak kepala lah, saje wat ayat gangster)

Pasangan yang baik adalah pasangan yang sentiasa menasihati buat perkaa yang baik. cop2 aku dah lari topik kan? kata nak cerita pasal tangani masalah. ish ish ish. eh, sambung balik..urmm.. kalau ada orang yang selalu buat cerita buruk pasal kita dan pasangan kita tuh maksudnya adalah something wrong pasal dia. memang SAH dia jelessss lah tuh atau dia ada hati kat kita atau pasangan kita. hmmm....

Tapi papepun, aku rasa korang lebih bijak tangani benda-benda nie. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Ask logic. Bak kata pepatah orang pandai nie*ntah ape nama orang puteh tuh*  "NEVER WASTE YOUR TIME THINKING ABOUT WHAT PEOPLE SAY ABOUT YOU" so, aku rasa korang paham apa yang aku cuba sampaikan walaupun tongkang terbalik ayat aku. hehe... Nanti aku share lagi dengan korang tentang pendapat aku ea walaupun tak siapapun nak baca blog aku sekarang mana tau tiba-tiba ada hamba Allah yang terjumpa blog sempoi aku nie. C ya! ^_^

Jumaat, 22 Mac 2013

Hai! =)



Assalammualaikum, apa khabar korang. Hope hari ini lebih baik dari semalam. Takde ape yang menarik sangat pun aku nak story. Just tangan nie gatal sagat nak menaip. Hehe =p . Apa yang korang buat harini? Ada perkembangan terbaru? Cehh..ayat macam tulis surat kat kengkawan jer...hehe... Aku hari takde perubahan aktiviti manapun..hanya perubahan pemikiran. Semakin hari aku ingin jadi semakin hebat dan semakin positif. Itulah Hidup!

Susah kita nak expect apa yang akan berlaku kat kita. Kita boleh merancang tapi tuhan yang menentukan. Setiap orang ada masalah mereka sendiri. Semakin besar tanggungjawab, semakin besar tekanannya. Tapi apa yang kita boleh buat adalah percaya pada diri kita sendiri. DONT GIVE UP! setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya cuma nak tau hikmahnya adalah berfikir POSITIF. Allah menduga hambanya berdasarkan kemampuan mereka. So, bila korang ada masalah, just think yang korang memang BOLEH selesaikannya okeh? ^_^ Kalau kita fikir kita susah, fikirlah, ada orang yang lebih susah dari kita. Kita patut lebih bersyukur sebab kepuasan tuh bukan datang dari berapa banyaknye duit kita ada, berape banyaknya koleksi handbag mewah kita, berapa canggihnya telefon I Phone 5 kita tapi tanda syukurnya kita terhadap sesuatu tuh. Manusia takkan puas dengan apa yang mereka ada. BERSYUKURLAH dan perbaikilah diri kita. (ceh2 ada tokoh nak jadi motivator tak? =p)

Aku tak kenal apa tuh masalah sehinggalah aku tamat SPM. Dari situ aku mula kenal dunia. Dulu aku lurus bendul sangat ingat semua orang baik dan percayakan mereka. Tapi semakin lama aku mula kenal perangai manusia nie macamana. Kita tak boleh bersangka buruk dengn orang. Sejahat-jahat manusia pun dia tetap suka pada kebaikan. Kalau ada orang yang pernah buat jahat dulu ikhlas nak berubah, janganlah  fikir yang bukan2. Sokonglah mereka. Insyaallah dapat PAHALE.

INGAT! kita nie HEBAT. Carilah dan gunakan potensi kita tuh untuk membantu orang lain. Tak salah kan... Insyaallah dengan membantu orang tuh akan menjadikan kita lebih baik. Orang pain pun suka kan. So, Chaiyok2! c ya in another story. *wink*

Selasa, 19 Mac 2013

Arrgghhh...Kahwin!




Setelah sekian lama menyepi, aku kini kembali. Laptop aku yang dah terbengkalai lama rosak sudah dibaik pulih(pinjam duit bapak aku bulan depan ganti balik.hee~~) Hari nie hari lahir adik aku no 2. Siti Zubaidah. Semalam besday ayah aku. tak sambut sangat pun. Budak-budak kat tempat kerja yang tolong sambut. Wat surprise ^_^. Ayah aku tetap dengan muka cool dia tapi adik aku terperanjat sampai tersemput-semput. hehe.. Papepun, tengs kat semua yang rajin buat surprise kat ayah dengan adik aku. Aloh, susah-susah jer...nanti leh lah buat untuk aku punya besday nanti. hee~~(ok,buat muka tak malu @_@)

Ok,berbalik kepada tajuk di atas(dah banyak lari dah nie) aku nak cerita pasal KAHWIN. lebih terperinci adalah kahwin muda. Bersediakah anda? Umur aku dah 23 tahun. Semakin lama, semakin ramai kawan-kawan aku yang sudah mendirikan masjid. To be truth, aku tak pernah datang pun majlis diorang(sorry...sedih sangat ok and serba salah sesangat =( ) bukan aku taknak tapi disebabkan aku kerja hari hujung minggu. Memang tak dapat cutilah. Kalau diorang kahwin hari Khamis, confirm aku pergi! (sesuka hati aku jer nak letak hari kan? hee~~) Tapi...apakan daya...aku pasrah. Dalam hati aku rasa serba salah sesangat. Walaupun tak pergi tapi bila diorang update gambar diorang kat fesbuk, aku LIKE berbanyak. terharu ler...kawan-kawan aku dah beso rupenye...isk isk isk.. Terpikir gak kalaulah aku kahwin kan, ade ker kawan aku nak datang? ok, tacing jap...

 First yang aku tau kawan aku kahwin masa umur dia 18 tahun. Sekarang nie dah ada anak 2 dah. chomel sesangat ^_^. Aku suka tengok status kawan-kawan aku. Semakin lama mereka semakin bijak mengatur hidup. Teringat dulu masa aku dengan kawan baik aku beli 4 5 bijik kuih kat kantin tiap-tiap pagi sekolah. mentang-mentanglah kantin 15 tapak kaki jer dah  sampai. Sekarang nie dia ada kat Sabah study. Bagi aku dialah kawan aku yang paling chomel. Norizan, aku sayang rindu kau berbakul-bakul! kaulah kawan aku yang baik.


Sorry guys, aku emosi jap. Teringat zaman dedulu. k, takpe aku nak cerita pasal kahwin. Fokus-fokus! Aku sebelum nie tak terfikir pun nak kahwin. yang aku nak aku nak kerja cari duit berbakul-bakul pastub baru fikir kahwin. Tapi bila tengok kawan-kawan aku kahwin, tiba-tiba aku rasa diri aku nie semakin ketinggalan lak. semakin tua pun ade(haha,perasan diri macam umur 18 tahun lagi =p) Aku tak pernah tetapkan had umur aku kahwin tapi kalau nak tunggu aku betul-betul bersedia, aku memang tak tahu. Aku rasa aku masih belum mampu nak tangung anak laki aku(eh,bukan laki tanggung bini ke??ahh, same2lah kite) diri aku sendiri pun tongkang terbalik lagi. Apo kono eh den nie...bilo lah nak berjayo ek?

Kalau korang tertanya-tanya calon, aku memang dah ada (hik,malu lahh ^_^) cuma aku takut mak dengan ayah aku jer. Takut diorang tak boleh terima dia jer. Mak ayah aku pun tak pernah tanya aku dengan siapa aku kawan dan bila aku nak kahwin. Langusung TAK! Mungkin sebab tuh aku rasa diri aku nie macam budak sekolah(cup2, eh bukan ker ramai cakap muka aku nie macam budak bawah umur? bukan perasan k? orang cakap...hee=p) Aku tak paksa diorang pun. Just aku berdoa diorang boleh terima pilihan hati aku tuh. Amin....

Aku kalau boleh taknak kahwin lewat takut kalau anak dah beso, aku dah macam nenek diorang dah. aarrrgghhhh....enggak mau!! Tapi aku belum cukup stabil nak mendirikan rumah tangga. Lesen kereta pun takde lagi...hmmmm...

Tapi, papepun...Aku akan sentiasa memperbaiki diri aku dan cuba merealisasikan impian aku untuk mempunyai perniagaan sendiri dan aku akan cuba menjadi kekasih dia yang terbaik. Aku memang tak sempurna tapi kehadiran dia menyempurnakan dunia aku. Aku bersyukur sangat dapat kenal kekasih yang baik dan penyabar macam dia tuh. Urm, aku dah start cari info pasal kahwin nie. ok, berangan jap kekadang nak wedding macamana. Almaklumlah aku nak buat sesampoi jer tapi aku dengan kekasih aku tuh anak sulong, mestilah buat yang meriah da boom sikit ye tak? 

p/s: Memang Allah dah tetapkan hidup mati jodoh rezeki tapi kita kenalah berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. Tapi kita mampu merancang sesungguhnya perancangan Allah tuh lebih baik dari apa yang kita harapkan. Tunggu post aku yang seterusnya ya! tenkiu ^_^