Pages

Khamis, 12 Januari 2012

Kenapa aku masih....



Kenapa aku masih lagi teringatkan kau ha? Aku cuba untuk lupakan kau.Dulu, memang azablah nak lupakan kau. Hari-hari asyik teringat kat kau jer. Sampai berjerawat kepala aku ni. Tapi, Alhamdulillah makin lama makin aku lupa tentang kau. Kalaulah ada ubat dalam dunia ni yang boleh buat aku terus lupa pasal kau kan bagus, macam aku langsung tak kenal kau. Tapi, aku tau aku takkan boleh lupa pasal kau sampai bila-bila. Tapi, kenapa sekarang aku asyik teringat kat kau jer? Time aku busy pun aku tiba-tiba leh teringat kat kau. Kenapa eh?

Kadang-kadang sebelum tidur, aku pikirkan pasal seseorang, orang tuh takder lak muncul dalam mimpi aku tapi bila aku terfikir pasal kau kejap pun kau boleh masuk dalam mimpi aku. Kenapa eh? Kenangan kau yang tinggal pada aku tak banyak sebab banyak aku dah delete. Tapi aku tak boleh erase semuanya sekaligus. Tension dowh!

Kau ada call aku haritu tapi aku taknak jawab. Nak tengok tahap kesungguhan kau nak call aku. tapi kau call aku sekali jer. Pastuh terus taknak call sampai sekarang. yerlah, aku bukan penting mana pun kan? Tak de aku pun kau boleh idup gak kan? yerlah, kawan sangatlah kita nie. 

kau tau tak? dah lama aku tak fikir pasal kau, tapi akhir-akhir nie aku asyik terfikir pasal kau jer. Aku buat apa pun kau tetiba ada. apesal eh? Aku memang dah tak nak ingat pasal kau pun. stress aku!

Life aku sekarang memang busy.Pagi aku bangun oergi kerja, malam balik kerja,rehat terus tido. itulah rutin aku tiap-tiap hari. aku makin dewasa dan matlamat hidup aku makin jelas. Bab pakwe, balak nie aku langsung tak fikir. Tunggulah anak raja meminang kot(perasan jap) hehe. serius, kawan-kawan aku yang lain dah ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak pun. Aku jer macam nie. Bukan tolak ketentuan Allah, cuma aku belum ready. diri aku serba kekurangan. Nak sara diri pun susah, nak ada family? Tanggungjawab besar kowt..

Tapi, kalaulah ada my Mr.right aku nanti kan, aku nak seorang yang ada GOOD ATTITUDE. tuh jer. Aku belum boleh fikir pasal siapa calon aku sebab memang takder sekarang. yang nak try tuh memang ada cuma aku jer yang taknak take it seriously. 


Reminder to myself: STOP THINK ABOUT HIM and MORE FOCUS ON MY DREAMS. 

so guys, kalau tak dapat lupa orang yang korang nak lupakan, try make urself busy or find new hobby. Good luck! =)

Jumaat, 6 Januari 2012

Mencari konklusi



Sesungguhnya dalm hidup nie banyak pancaroba, ranjau durinya, pantang larangnya, banyak yang baik buruknya. Tapi Allah telah jadikan kita sebaik baik makhluk. Nilai yang tertinggi yang kita ada yang tiada kat makhluk lain ialah AKAL. Tapi berapa ramaikah manusia yang gunakan akal? 

Bukan utuk menghina atau merendahkan martabat orang lain tapi tengoklah zaman sekarang. kes luar tabii, buang anak, layan isteri macam binatang, murtad, ada yang siap kahwin dengan kaum sejenis lagi. Masyaallah! apa sudah jadi?

Banyak lagi yang aku malas nak sebut.Korang pikir sendirilah. Dulu, orang pakai jubah,serban,songkok,tudung labuh dianggap alim dan baik serta disegani. Tapi sekarang manusia jadikan pakaian 'baik baik' itu sebagai alasan untuk menutup kehilafan mereka. Mana perginya akal diorang tuh? letak kat mana? Patutlah sekarang nie ramai yang dah kurang percaya orang2 yang berjubah,bertudung tuh baik. Ada anggap mereka yang menutup aurat tuh sebagai hipokrit! nampak jer baik tapi dot dot dot.... dunia tak terbalik tapi pemikiran kita yang sudah terbalik. 

Aku akui kadang kadang aku 'tertipu' gak dengan orang yang nampak baik. Tapi tak bermakna, semua orang yang alim tuh aku fikir diorang jahat. Kita takkan boleh membaca hati manusia ni. Malaikat pun tak tau. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Manusia nie berbeza.

So, guys aku nak korang gunakan akal, fikirlah sematang matangnya. Dunia yang kita lihat ni lahir dari cara kita berfikir. So, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan terlalu menilai sebab kita tak layak pun. Kita hanya perlu belajar dari apa yang kita lihat. Jangan terlalu taksub dengan pemikiran kita,dunia kita sampai pandangan orang lain pun korang buat derk jer.

Manusia yang bijak adalah manusia  yang berfikir menggunakan akal bukannya hati.