Pages

Isnin, 14 Januari 2013

Curang!



Aku rasa ramai yang pernah alami keadaan macam nie. Mungkin yang tengah baca faceblog aku nie pernah kena kan kan? eh eh mencemik lak hehe... Aku Alhamdulillah setakat nie belum kena lagi tapi kalau aku dapat tau kalau dia tikam belakang aku, aku tikam dada dia,peparu dia usus dia semunyalah sampai dia takde hati lagi nak buat aku macam tuh (k,ayat berani mati seyhh..) Apa lak korang kalau dapat tau pasangan korang curang dengan korang? cer ekspres perasaan korang tuh.


Tapi mungkin ada sebab kenapa ada spesis manusia macam ni yang sanggup buat macam tuh kat orang yang sayangkan dia. Ini pendapat aku.

xp : Kerana dia pernah kena sebelum ni and dia nak balas dendam kat orang lain. ish ish ish =_=. kau faham perasaan bila dicurangi tapi kau tak fikir lak perasaan orang yang kau curang tuh? Grrrrr....

xp : Kerana dia rasa dia tuh hensem/lawalah sangat boleh dapat sesiapa yang dia nak. Nak test market nampak. kalau nak test market, cer try masuk saham. apamacam.

xp : kerana memang dah tebiat dia lagi dulu, takleh setia pada yang 1. boring katanya asyik hadap,mesej,call sorang je. nak jugak tukar-tukar orang. harini keluar dengan orang lain,esok dengan orang lain.Kalau ada seminggu,seminggu jugaklah penuh date dia dengan orang yang berbeza.Giler hape??

xp : Mungkin sebab dia nak kapel sekali banyak and cari siapa yang terbaik. Jimat masa kan? wakluu nak buat macam tuh, kau ingat  diorang tuh hape! kalau dapat macam nie tembak jer baik....ishh...


xp : Atau mungkin spesis manusia macam nie memang takde perasaan langsung dan tak fikir perassan orang lain langsung. Kerja dia nak kenakan orang janji dia puas dengan apa yang dia buat. Bagus! baik ko sedekahkan sesume hati koh tuh yang perlukan hati. Tuhan bagi free hati tuh, ko guna ia untuk sakitkan hati orang lain. jom kite bakor dia!


So, secara kesimpulannya,kadang-kadang walaupun kita taknak perkara macam nie terjadi kat kita, kita berkawanlah dulu dengan orang tuh dan jika kita rasa dia sesuai dengan kita, barulah fikirkan langkah yang seterusnya. Budak-budak zaman sekarang baru kenal 1 2 bulan terus kapel. pastuh nangis esak-esak sebab menyesal. Jangan macam tuh, kalau tak pasti, boleh buat solat istikharah jangan terburu-buru buat keputusan. Kalau dia benar-benar ikhlas menyayangi kita, dia akan cuba sedaya upaya untuk jaga hati kita supaya kita tak fikir bukan-bukan pasal dia.Kalau yang pernah kena, TOLONGLAH jangan korang balas dendam dengan kenakan orang yang sayang korang.Mereka tak tau apa-apa. Kalau kita buat jahat kat manusia, Insyaallah tuhan akan bagi balasan kat atas muka bumi ni juga.cuma lambat atau cepat jer. Kalau korang pernah dicurangi,bersabarlah walaupun perit tapi kalau korang SABAR, Insyaallah korang akan dapat yang LEBIH BAIK dari spesis manusia yang mintak kena tembak macam tuh. 

p/s: kadang-kadang kita jumpa orang yang salah,salah,salah dan salah...sebelum kita jumpe orang yang betul-betul baik untuk kita. Allah tuh Maha Adil, lambat laun tuhan akan tunjukkan kalau pasangan kita tak jujur dengan kita. sabo jerlah =)

Rabu, 9 Januari 2013

WELCOME 2.0.1.3!

Assalammualaikum semua!.salam 1 Malaysia. Selamat Tahun walaupun dah x bberapa nak baru and takde lagi dengar bunyi bunga api.hehe. Korang rindu aku tak?(ade ke?hehe =p) Aku dah lama tak faceblogging...Rinduunyeeee...Bukan tak nak tapi TERSANGATLAH busy and lappy aku rosak =( Nie cilok adik punya. hehe. 

Apa azam korang tahun nie? Nak tau boleh? Azam aku ialah dot dot dot dan ingin jadi insan yang lebih baik dari sebelum ini dan nak cari pakwe korea.hehe leh tak? =p

Baru-baru nie aku buka Youtube dan terbuka lagu Ainan Tasneem lagu 150 Juta. Mula-mula macam pelik je lagu dia tapi lama-lama dengar SYIOK sangat!! adelah sikit-sikit pasal diri aku. Kalau nak tau cari sendiri.hehe. Itulah lagu baru pertama yang aku suka tahun nie walaupun bagi korang tak beberapa nak barulah(ok, aku admit yang aku dah ketinggalan zaman '=_=) Urm, muka Ainan tasneem tuh macam aku kan? hak hak perasan jap.

Tapi papepun walaupun tahun nie aku akan lebih busy tapi aku akan sedaya upaya dengan jari jemari aku yang tak beberapa nak beso nie untuk update mukeblog kesayangan aku nie(psssttt...ada orang nak baca ke?hehe=p) takpe aku nak taip jugak tak kire...Aku akan lebih bertekad dan amik serius dengan apa yang aku nak buat dan apa yang aku minat.

Aku doakan semuga kita semua sentiasa diberkati dan tahun nie lebih baik dari tahun2 sebelum nie dan nak mintak mak bapak aku naikkan gaji aku.heeee =p. Aku harap korang sayang aku lebih lebih k?(k,ayat mintak buku 5). Jaga diri korang elok-elok dan kita jumpa di post yang seterusnya. Amin...


150 JUTA-AINAN TASNEEM

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..