Pages

Ahad, 28 Ogos 2011

owh...Baru Ku Tahu

Secara jujurnya, aku tak tau nak post apa untuk harini tapi aku nak jugak post.Masa aku tengah rajin,aku blogwalking lah kat satu tempat ni yang aku jumpa kat web gengblogger .Blog yang aku baca ni adalah pasal agama.Bagus sangat entry beliau.Selalunya kalau pasal bab bab macam ni kat blog orang lain, aku tak baca habis lah,mungkin cara penyampaiannya buat aku rasa bosan walaupun entry bagus.Aku tak boleh nak paksa diri aku baca sesuatu,kalau baca juga alamatnya bila tutup tab memang lupa teruslah.huhu sia sialah macam tuh kan kan?*angguk cepat*


Aku suka sangat cara penyampaian Dato' Dr.Fadzilah Kamsah.Beliau memang pandai beri motivasi kat orang dan selitkan sekali pasal agama dan sains. Kelakar pulak tuh,memang tergolek goleklah aku tengok cara dia berceramah.Memang semangat habis.Terniat juga nak jadi macam dia suatu hari nanti.Mampu beri inspirasi kat orang lain.Kan bagus kalau dia tuh pakcik aku.hehe perasan jap.



          Kecik kecik dah minat baca buku,kan bagus kalau kecik kecik dulu aku macam                         ni.confem dah beso aku tak fail blajo.hehe

Blog yang aku baca ni adalah blog MyIlham .Korang bacalah.Cara penyampaian yang santai dan paling baik ia terkesan buat aku.Terbit insaf dalam diri ni bila aku terbaca entry entry dia.Alhamdulillah,habis semua yang dia post aku baca.Doa doalah aku dapat laki macam ni, yang mampu memimpin kita kejalan syurga.*tiba tiba teringat nak kahwin*. Mesti perempuan kat luar sana harapkan lelaki yang baik kan? Kalau kita buat baik kat Allah, Allah pun akan buat baik kat kita banyak banyak kali.*wink*


Banyak sebenarnya info yang aku dapat kat blog myilham tuh.Dah sifat semulajadi manusia ingin mengetahui tentang sesuatu.kan best kalau kita ce try bukakan hati untuk selalu hambik tau pasal agama ni.Kita selalu update pasal fashion,gossip,artis, apa kata kalau sekali sekala kita upgrade sekali pasal agama.Mudah-mudahan pasal agama ni akan jadikan sebagai perkara pertama yang kita akan update tiap tiap hari.


Aku ni bukanlah manusia yang pikir bagus or poyo nak berceramah pasal agama ni.Aku cuma share jer,tak baik kan kalau sorok benda baik? *buat muka paling chomel*. Aku ni manusia biasa yang sentiasa buat kesalahan samada sedar atau tidak,dah kewajipan kita menyampaikan sesuatu yang baik kan kan?Aku bab agama ni aku mengaku yang aku masih lagi meraba raba dalam terang tapi aku nak juga tingkatkan pengetahuan tentangnya kerana ilmu lah yang boleh menyelamatkan kita dari jauh tersesat.Kalau nak tau pape pasal agama ni, jangan malu nak bertanya.kalau malu,try google atau lebih baik lagi tanya muka ke muka kat ustaz/ustazah yang korang sayang sangat tuh atau kawan korang yang arif bab agama ni.


Akhir kata jus few days sebelum berakhirnya bulan mulia ni,Kita masih tak terlambat untuk beribadat kepada Allah dan bertaubat.Selagi kita bernafas,selagi itulah Allah berikan kita peluang untuk memohon keampunan kepada-NYA. Just jangan sia siakannya.Kerana Hidup di dunia ni hanya sekali manakala Syurga itu jauh berjuta berbillion lebih baik dari alam ni.Tengs kerana sudi baca entry aku yang  berjela ni dan tengs juga sebab tak fikir aku poyo, yerlah kalau korang fikir aku poyo,takder lah korang baca sampai habis. Yer tak? hehe... ^_^

Sabtu, 27 Ogos 2011

Eh, Ada Apa Dengan Tauge?

Morning! Korang apa khabar? wah, mesti tengah busy siap siap barang untuk raya kan? Bestnyer,baju tahu ni warna apa? Aku 2 helai jer. Aku tak pakai baju kurung tahun nie tapi aku pakai baju ala ala jubah. ala, kira long dress lah tu ek tapi malangnya labuh. Yerlah, mana ada pernah jubah saiz aku. huhu =(





Tapi takpe, nanti aku pandai pandailah adjust sendiri kerat mana yang patut. Ni, aku nak bercerita sikit pasal tauge. Kau suka makan tauge? Aku suka sangat sangat nak nak kalau makan dengan kueh tiaw goreng *terliur jap,eh eh puasa tau*. Aku tengok lah kan, ramai orang tak suka makan sayur, lebih lebih lagi tauge. Kenapa ek? adik aku pun tak suka tapi aku sumbat gak dalam mulut diorang. Bukan ke sayur sayuran tu berkhasiat. yer tak? Aku tengok tauge tuh bukanlah makanan yang pelik malahan ia bagus untuk mencegah kanser. Tak caya? baca lagi....


tauge dikatakan mampu menyumbangkan kesuburan laki dan pompuan.Pengambilan tauge oleh orang lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh mereka makin baik.Untuk wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Selain tu, khasiat tauge juga mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan benih kanser,usus besar,pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian, tauge sama ada dari jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(sejenis asid yang amino). Kanavanin mampu melumpuhkan kanser leukimia,susu besar dan pankreas.


Kalau perempuan selalu makan tauge, dapat membantu menghindari mereka dari benih kanser payudara,gangguan menjelang menstruasi,simptom pra menopaus, dan gangguan akibat menopaus. So, ladies always eat more tauge k? ^_^


Kalau korang selalu sembelit, boleh juga amalkan makan tauge ni sebab tauge membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi serat dan air.Bila kotoran cepat cepat tinggalkan usus besar, tak ada lagi zat zat racun dalam kotoran yang dapat diserap body anda. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.


Ok, kalau ada words yang korang tak faham, boleh google k? Aku rasa korang akan lebih paham.So, mulalah memakan tauge harini demi kesihatan korang k? Urm, aku selalu tertanya tanya kenapa ada orang tak suka makan tauge ni? kalau korang tak suka makan tauge, boleh tak beritahu kenapa? Just wondering...Tq =)

Aaaaaahh....Aku dah tak pedulik!




Hye korang! ok, Aku nak beritahu, kalau korang taknak tahu pun aku beritahu jugak!aku ni blogger baru. Aku start blogging pada awal bulan lapan tahun ni dan first entry aku adalah "Percubaan Pertama" . Aku sebenarnya dah lama nak berblogging ni dan Alhamdullillah setelah berpenat lelah belajar tentang blog, template dan apa yang korang nampak kat blog aku tu lah hasil dari pembelajaran aku yang aku amik dari sifu blogging. Click sini untuk link. Aku ada blog sebelum ni dan ia tidak menjadi.Tulah akibatnya main bantai jer buat tanpa belajar, kan dah nyesal tak sudah. 


Dulu, aku tak suka baca blog orang sebab pada tanggapan aku, blog ni bosan sebab kebanyakkan cerita pasal diary life.Nothing yang bagi faedah kat aku. Aku pun pelik kenapa orang still berblogging. Tapi itu tanggapan aku zaman dolu dolu k? Tapi sejak aku terjumpa blog Cik Epal ni dari majalah, aku tertarik dengan cara penyampaian blog dia. Ia membuatkan aku terasa nak baca dan baca lagi. Kebanyakkan cerita yang dia sampaikan adalah pasal routine life dia which is  aku sangat tak suka membacanya dulu.  Tapi,ia telah mengubah persepsi aku bahawa blog ni tak semuanya membosankan tapi ia bergantung kepada cara penulisan blogger itu sendiri. 


Start dari tu aku blogwalking blog orang lain dan banyak yang aku belajar.Bagaimana nak buat sesuatu blog itu menarik dan bermanfaat. Cari jer kat google, banyak yang korang akan jumpa. Aku tak kata blog aku dah cukup bagus cuma aku belajar dari pemerhatian dan reaksi orang terhadap blog yang mereka baca.


Ada pelbagai jenis blog, ada yang pasal life,free thinker,fashion,tips/tutorial,gadjet,kesihatan,gossip dan sebagainya.Aku ingat 'kefamousan' blog ni adalah pasal berapa banyak follower kau ada atau berapa banyak duit yang kau boleh dapat dari iklan. Tapi ia sebenarnya keikhlsan dalam menyampaikan sesuatu.Aku mengaku dulu aku tamak haloba nak ada follower banyak sebab aku rasa ia membantu blog aku untuk 'naik' tapi aku silap, kalau kita banyak follower pun tapi kalau takde orang yang baca/komen, takdelah nilai blog tu. kan kan? *angguk cepat*


So,sekarang ni aku dah tak kisah sangat pasal follower ni. Takmo dah paksa paksa orang follow aku tapi bukan bermakna follower tu tak penting buat aku sebab follower tu macam rakan seprjuangan aku *isk isk touching jap*. siapalah aku kalau takda follower follower yang sudi support.Aku akan follow blog mereka yang follow blog aku sebagai tanda penghargaan. Aku akan comment kat mana mana entry kalau aku rasa bersesuaian. Kalau tak comment pun aku blogwalking jer.*wink*


Kesimpulannya,menaiplah dengan iklas dan dari hati anda tapi bukan bermakna ikut perasaan yer, main lepas jer taip sampai tak tengok kiri kanan atas bawah.Takut ada orang terluka. Yerlah kan, bila ada manusia yang sakit hati dan berdendam ni,memang kenalah semburan cercian diorang.Walaupun niat kita baik nak menasihati tapi just be careful with ur words k sayang? Baca sepuluh kali sebelum nak post pun tak pe. Aku tak kata yang kita kena perfect tapi at least kita mencuba kan? Insyaallah, kalau niat kita baik, Allah tolong.


Kalau ada yang tak puas hati gak dengan apa yang kita share, walaupun tak guna kata kata cacian dan seumpamanya, maka ingatlah, orang tu memang pergi mana mana pun orang tak suka sebab dia tak boleh nak take it positively dan memang takde kerja agaknya selain nak marah marah orang.Baik tolong mak masak lagi bagus.  Peace yo! ^_^


Isnin, 22 Ogos 2011

Series Bosan!

aku takde mood nak buat apapun harini. Maybe sebab aku tak cukup tido plus plus tension pasal few things yang aku nak kena buat.On9 fb pun aku tak tau nak watpe. Kawan takderlah ramai sangat. Semua kawan kawan aku jer yang kat dalam fb tu. Aku duduk rumah jer 1 bulan ni. Cuti. Maybe hari raya ke-3 baru aku meniaga. PEhh! kejap jer masa berlalu ek? Aku cuti duk rumah pun bukan tak buat kerja, aku belajar buat kek..nyum nyum...memasak(ha???baru nak belajar? umo dah 21!) ahhh..lantaklah orang nak cakap apa. Kalau bakal mak mentua tau nie, konfem aku FAIL! haha


Kalau orang yang berbiznes macam aku maybe diorang faham kenapa. Yerlah, mana ada masa sangat dengan family, hal hal dapur ni sebab sibuk dengan biz. Hari hari duk hadap kedai. Yang aku tau goreng mee,nasi, tuh jer...Tapi aku memnag minat memasak, so aku nak belajarlah bersungguh sungguh..cek wahh..


Sampai bila kan? Umo pun makin meningkat*isk isk*. Taknaklah kasi laki aku makan meggi hari hari.Orang kata nak pikat lelaki ni caranya pikat selera/pewut dia dulu...hehe..entahler, aku dengar orang pernah cakap tapi bila fikir fikirkan balik, yer tak yer ek? Mana ada laki nak bini yang tak tau masak. huhu..psssttt...tapi kalau aku kan, aku lebih suka bakal laki aku pandai masak.Leh tolong aku yang tak beberapa pandai masak ni. hehe..


Ciri ciri lelaki idaman korang pulak macamana? Adakah kacak? ala ala korean? gentleman? kaya? bijak? or macamana? Aku tak leh bagitau ciri ciri lelaki idaman. Aku nak mereka jadi diri mereka sendiri dan aku akan nilai dari situ.*wink*


Kadang kadang takut gak nak pikir bab kahwin ni. Yerlah, mana taknyer, kat surat khabar, banyak kes dera bini lah, simbah asid lah, dan macam macam lagi. Seram dowh...tapi aku tau tak ramai macam tuh. Berdoalah yang korang akan dapat lelaki yang baik, yang akan pimpin korang ke jalan Allah. Insyaallah. 


Allah pernah berkata yang orang yang baik untuk pasangan yang baik dan sebaliknya. Tapi kalau kita nak dapat orang yang baik, kita kenalah berubah. ye tak? Walaupun kita rasa diri kita ni banyak sangat dosa, and rasa diri kita ni 'jahat' tapi tak semstinya kita pasti akan dapat pasangan yang jahat. Manusia boleh berubah kan? Selagi kita bernafas,pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Cuma, jangan sesekali berperasangka buruk pada Allah. Dosa yang kita lakukan atas pilihan kita sendiri bukan Allah yang takdirkan kita  jadi jahat. Anggap je itu sebagai belajar dari kesilapan dan kita takkan sesekali ulanginya lagi.*janji cepat*


panjang pulang karangan aku ea? Aku just share apa yang aku tau. Kalau ada apa apa nak share dengan aku, beritaulah ea. Aku tak kisah. Kongsi maknanya sayang...kan kan? =)


Jumaat, 19 Ogos 2011

Maksud Gaya Tidur Lelaki




Agak agak, korang ingat tak cara korang tidur macamana? terlentang ker,terlangkunp ker,menonggeng ker, hape ker tau tak? Ada orang pernah bagitau? hurm, ni aku nak habaq pasal gaya tidur orang lelaki ni.ni boleh dijadikan rujukan k? nak percaya bulat bulat dok aih, kang ada yang kata, mana ada, tipu lak kang. kan naye aku...Nie berdasarkan kajian jer. =)

Menurut Samuael Dunkell,Pengarah Insomia Mediacal Services,New York City mengatakan sifat seseorang lelaki itu dapat dilihat melalui cara mereka tidur. Check it out!:

Terlangkup - Jika korang tidur dalam posisi macam ni,korang mempunyai semangat dan tenaga.Sentiasa menepati waktu dan mudah mendapat kejayaan.Pada masa yang sama,mereka suka mengawal orang lain termasuk pasangannya.ish ish...*geleng kepala lima belas kali cepat*

Sambil memeluk bantal - Korang sangat peka dan mudah tersinggung.korang begitu mengharapkan keputusan yang positif daripada orang lain sebelum mengambil langkah lebih jauh.owh, sensitip ghupenyer....

Memeluk badan - Lelaki yang suka tidur sambil peluk tubuh adalah seorang yang rasional,mudah simpati dan mempunyai pola hidup yang teratur. Kalau terlalu mudah bersimpati kat orang pun payah gak sebab senang kena tipu.ye tak?

Terlentang - Korang sudah biasa menguasai seluruh tempat tidur,sesuai dengan sifat korang yang mempunyai keyakinan diri,suka mencuba sesuatu yang baru tapi agak bagak(sombong) dan ingin menjadi perhatian orang lain.

Percaya ke tak,itu terpulang,ni berdasarkan kajian jer.Korang boleh jadikan itu sebagai rujukan.Nak percaya 100 persen pun dok aih,ini semua kuasa Allah, manusia boleh berubah. kan kan? Tapi kan, tidur yang paling baik sekali kata Nabi Muhammad s.a.w adalah tidur mengiring ke kanan.

Jangan Memangku Komputer Riba!





Korang tau tak,sperma sangat sensitif terhadap panas.Sebab tu lah doktor suruh orang lelaki jangan dok berendam lama dalam air panas,dapatkan rawatan spa or  pangku komputer riba bila buat kerja.Bagi yang dah biasa buat kerja sambil pangku komputer riba ni, baik korang berhenti sekarang.


Menurut sebuah penelitian yang dimasukkan ke dalam Jurnal Human Reproduction pada tahun 2004 mengatakan kombinasi panas yang terhasil dari komputer riba dengan panas yang korang duduk(gaya duduk dengan merapatkan paha) akan menganggu penghasilan sperma.Boleh mandul wooo....so, baik korang berhenti la ni gak, kalau tak...tanggung sendiri lah...ehem ehem...


Sebenarnya, bukan ini faktor terbesar yang menyumbangkan kepada ketidakstabilan sperma ada yang lain tapi aku rasa korang dah tau apa yang aku maksudkan. Lu pikirlah sendiri! 

Khamis, 18 Ogos 2011

Terima Kasih kepada Blogger blogger yang sudi follow aku ^_^

Aku rasa terharu sebab follower2 aku yang ohsem sudi follow blog aku.sob sob.. Tak kisahlah korang ikhlas ke tak sebab bagi aku, tak kenal maka tak cinta kan? Aku blogger baru, so aku tak leh nak harapkan blog aku terus meletup bom kebam bom! macam blogger2 terkenal kat luar sana tu yer tak? Macam ni lah blogger yang baru nak meningkat naik(cek wahhh). Aku akan follow balik blogger yang follow aku,Insyallah..Tapi yang follow aku tu, aku takkan sia2 kan penat lelah korang mengarang tu, Insyallah bila aku ada masa dan cerita yang menarik, aku baca k? 

kalau korang ada apa2 tips, share lah dengan aku. Kongsi maknanya sayang...^_^.
Aku lebih suka pengisian berbentuk info dan fakta sebab dah naluri manusia nak tau tentang sesuatu kan kan? Blog2 yang aku terjah tadi semuanya best2 belako,ada yang cute, ada yang serius, ada jugak blogger baru macam aku. So, tabik spring potato lah kat korang sebab hebat2 blog korang nie.Lainlah macam aku,amatur lagi. 

Blogger2 sekarang aku tengok makin matang dalam penulisan dan tatahias page mereka.cucu sapelah nie...ehem ehem..Tapi perlu diingatkan jangan sesekali berkongsi sesuatu yang sensitip dan boleh menaikkan kemarahan orang lain. Nanti,bukan pujian yang korang dapat, tapi sebaliknya. Aku taklah nak mengajar sesiapa pasal hak berblog ni. Tapi aku nasihat jer.Mungkin ada yang fikir,"nie,belog aku suka hati aku lah nak taip ape!" memanglah blog kau, tapi yang kau taip tu takkan kau sorang jer kowt yang baca. Ish ish ish.*geleng kepalah lima puluh lima kali*

Kita kena fikir tentang perasaan orang lain bila berblogging ni.Jangan main bantai jer.Tak salah kongsi pendapat dan maklumat asalkan tidak k.e.t.e.r.l.a.l.u.a.n. Banyak cara lain, nak didik/beri nasihat kat orang lain,dan menghina, adalah BUKAN SAMA SEKALI caranya.Nanti tak pasal2 kau kena hentam ngan blogger lain pulak, kan naye...

Aku pernah banyak kali baca blog orang lain sebelum ada blog sendiri.Ada blog yang bagus dan sebaliknya. Tapi aku tak kata semua blog tak bagus ea.Masing2 punya cara.Tapi aku percaya, manusia sekarang ni lebih matang dan pandai serta berhati2 meluahkan pendapat. Kan bagus kalau macam tuh..cucu sape lah ni...hehe....

So, u guys, maaf kalau ada yang terasa atau korang rasa tak patut.aku bukan nak condem sesiapa tapi sekadar BERKONGSI apa yang aku rasa patut.Terima atau tidak terpulang, sebab apapun yang kita buat, walaupun orang lain tak nampak, Allah sentiasa tahu akan apa yang kita kerjakan.

Wassalam dan selamat berkenalan....=)







Selasa, 16 Ogos 2011

Bersediakah Kita?




Aku baru jer habis baca blog Cik Epal tadi pasal azab seorang perempuan <<klik utk tahu berita lanjut<<. Tentang seorang perempuan yang dulu hidupnya bergelumang dosa dan telah diberi hidayah oleh Allah semasa dia berada di Madinah untuk menunaikan haji. Dia koma, dan pada dalam koma tu, Allah telah tunjukkan azab siksaan atas dosa yang dia telah lakukan. Memang touching sangat lah bila baca. Tersentak lak aku. Begitu besarnya kuasa Allah. Tapi bagi aku, perempuan tu untung sebab Allah dah bagi 'sign' tentang azab seksaan kubur. Allah beri dia peluang yang ke-2 untuk berubah. Subahanallah..dan beri iktibar kat kita juga bila perempuan itu sampaikan 'pengalaman' dia pada orang lain.Hamik pengajaran, jangan dok baca jer,harini baca sok lupa.huh!




Amalan yang baik akan dapat balasan yang baik dan sebaliknya dan walau sekecil zarah pun amal ibadatnya, Allah akan hisab.Tapi ramai orang sekarang ni sebenarnya makin alpa, makin lalai dengan perhiasan dunia. Aku bukanlah nak memandai cerita, aku cuma nak share jer apa yang aku tau.Kongsi maknanya sayang ^_^. 


Bila-bila masa jer kita boleh mati kan? Bersediakah kita untuk menghadapi sang Pencipta? Aku tak rasa aku ready. Banyak lagi yang belum kita 'kutip' untuk bekalan di hari kemudian nanti. Takut kan bila fikirkan mati. kau takut? Aku bukan takut apa, aku takut amalan aku tak cukup untuk masuk di tempat yang di redhai Allah tuh nanti.sob sob =( Ada orang pernah cakap kat aku, kalau kita kejar duniawi, kita akn rasa kenikmatan kat dunia jer tapi bila kita kejar ukhrawi, Insyaallah kita akan peroleh keduanya.


Allah tak halang kita nak belajar mana mana ilmu asalkan ilmu itu bawa manfaat pada diri sendiri,keluarga dan masyarakat. Islam itu mudah sebenarnya jika kita memahaminya. Kalau kita fikir dugaan/masalah yang kita hadapi sekarang besar,ingatlah, pada zaman nabi dulu lagi besar dugaannya. Susah nak berjihad di jalan Allah,lagi kaw kaw mereka kena tapi kerana nak pertahankan Islam, mereka bersabar dan ganjaran yang Allah bagi, tak ternilai...


Islam ni adalah agama yang perfecto.Setiap segi dalam kehidupan ada panduan/tatatertibnya cuma manusia ni kadang kadang yang suka mengangap sesuatu tu susah. ish ish ish. Aku cuma nasihat,bukan nak condem sesiapa. Tak semstinya kita perlu sempurna macam malaikat untuk tegur orang lain.Dalam kita tegur orang lain tuh, sebenarnya ia mengingatkan untuk diri kita juga.Tapi biarlah ikhlas dan ada cara, jangan ko pergi ugut nak bunuh atau  memaki hamun orang tu sebab dia buat sesuatu kesalahan. Tak elok kan? Kalau orang lain buat macam tu kat kau macamana? mesti touching kan kan? 


So, buat sesuatu, kenalah ada cara yang betul dan kalau tak faham, boleh jer tanya pak imam, pak ustaz atau ustazah yang bijaksana tu. Sebenarnya orang yang bijak adalah orang yang berfkir dengan akal, bukan dengan hati. Wassalam. Ampun kalau ada yang silap atau terasa. Ooops, Ini hanya perkongsian. Kongsi maknanya sayang...=) 









Ahad, 14 Ogos 2011

Kenapa mesti ada PHD? Bagus ke?





Aku blogwalking blog hamba Allah ni. Aku tau blog dia pun daripada fb. Ada orang share link. Aku pun bacalah sebab nak tau apa yang diorang benci sangat pasal seseorang tuh.(amik tau jer...x tergoda pun nak caya, kang caya kalau benda tuh salah, dah fitnah kan kan? Kalau betol pun, salah jugak sebab burukkan orang kan kan?). 


Aku terfikirlah, kenapalah diorang ni suka nak burukkan orang. Best ke wat macam tuh? Dapat emas, berlian ea bila kau cakap buruk pasal orang? Tapi, yang big mistake tuh yang admin page tuh. Kalau dia tak buat page macam tu, takde lah orang dok mengomen dan berbakul bakul dosa yang diorang dapat.








"Eh, ko jangan menibuk boleh x? Lantak aku lah nak tulis apa ni aku punya blog, ada aku kacau kau? ada?" Selalunya orang bila nak defense diri sendiri itulah ayat common diorang. Manusia ni sebenarnya,mempunyai automatik self defense(lebih kurang lah). Bila seseorang tu berada dalam keadaan tertekan, macam orang salahkan mereka atas sesuatu(walaupun memang diorang tu salah), secara sedar atau tidak, mereka akan cuba pertahankan ego 'tak bersalah' tuh. macam bagi alasan lah walaupun mereka memang terang terangan salah. Aku pun pernah kena dulu..hehe. Macam orang lain jerlah salah dan diorang betul. Macam tu lah. Aku dapat tau dari paper sebab aku bab bab psikologi ni memang favorite aku.   


so, kalau ada orang menjawab balik bila korang tegur diorang, percayalah, itu self defense mereka sendiri. Tapi tak semua orang akan menjawab depan depan bila ditegur kan? Ada yang jawab belakang. ish ish ish. ataupun jawab dalam hati. Setiap orang berbeza tapi yang aku cakap ni common yer. Tak ramai yang berani mengaku salah. Tabik spring potato lah siapa yang berani sangat tuh. *tepuk tangan cepat*


Memang geram kan bila ada orang menjawab balik bila kita tegur dia. rasa nak lempang cepat cepat jer muka diorang tuh.Tapi sabar sabar, bulan puase ni. Perasaan cemburu tu sebenarnya separuh daripada iman tapi cemburu yang berlebihan adalah sifat syaitan. tak elok sayang, cemburu over ni. Nanti sakit jantung, sakit hati, sakit kepala. Ha, nanti belum tua dah banyak penyakit. Tak ke, korang yang kena tanggung bil hospital?  Bukan orang yang kau benci tuh.


Cemburu yang baik yang aku maksudkan adalah cemburu  yang positif. macam ko jeles sebab kau tengok mamat poyo yang selalu kau buli dia kat sekolah dah berjaya dan kau pun nak berjaya macam dia. Kau bersaing secara sihat dan belajar lebih rajin dari mamat tuh. Korang tengok minah tu ada mamat hensem, dan minah tu pulak lawa, kau doa lah juga yang kau akan dapat mamat hemsem macam tuh tapi bukan mamat tu jugak yer. eaappp. babap kang. Kalau kau rasa minah tu lagi lawa, bijak, haa.. kau jaga diri kau tu elok elok, pergi spa ke, belajar lagi ke. Yang pentting kau kena yakin kat diri kau. Sifat kau yang positif akan terlahir di wajah dan body language kau dan orang boleh rasa aura positif tu sama juga dengan yang negatif.


Panjang sangat ea aku taip? Sorry, aku memang huraikan pendek je tapi sifat aku yang semulajadi yang suka 'bercakap' ni memng tak boleh halanglah.hehe. k k, cikit jer lagi ea. Urm, aku tak nak hentam orang yang ada PHD kat orang lain tu sebab bukan diorang dengar pun cakap aku.eh, tapi kenapa aku taip gak? Aku taip kepada orang yang belum ada penyakit PHD ni. Jangan sampai berjangkit je. Satu je nasihat aku, bila kita ada perasaan hasad dengki ni, lama lama boleh jadi perasaan dendam dan biasanya bila dah berdendam ni, mana boleh fikir sangat baik buruk dah sampai boleh nak bunuh orang. Ish, janganler...seram dowh... Kalau tak suka orang tu, sebab orang tu lebih baik dari kita, anggap je kita ni lebih baik dari dia. dan jika orang tu kita tak suka sebab dia jahat, doa je yang dia berubah kerana doa adalah senjata umat Islam yang paling kuat.Jangan fikirkan sangat apa yang dia cakap. Dia kan yang dapat dosa, jangan korang terkait sama dah. 






Sesunggunya Allah sentiasa bersama sama dengan orang yang sabar....sekian.(sorry, entry terpanjang. feeling lebih tu yang jadi macam ni. hehe)

EX-Let Go? Keep It?

Memang susah kan nak lupakan seseorang? especially seseorang yang pernah jadi 'special' buat kita suatu masa dulu. Aku tau ramai kalau boleh nak lupakan ex masing masing tapi payah. Makin kita cuba lupaka dia, makin kita ingat pulak kat dia, sampai termimpi mimpi. Ish ish ish '=_='

Tapi memang mustahillah korang nak lupakan terus melainkan kalau korang hilang ingatanlah(aku pernah terfikir). Ada orang ambik masa berminggu minggu, berbulan bulan, ada yang bertahun tahun. hurm, payahnya melupakan si dia. Tapi setiap manusia tu takkan sempurna kalau dia tidak melalui dugaan. Allah sayangkan hamba hambaNYA sebab tu lah DIA bagi dugaan nie kat korang. Bukan untuk menyusahkan korang tapi untuk buat korang berfikir,bersabar dan lebih kuat. korang kenalah fikir dari sudut positif iaitu setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah beri ujian kat hamba hambaNYA ikut kemampuan hambanya. Kalau dia bagi kau masalah, maknanya korang boleh handle lah tuh. Fikir macam tu bila ada problem

Memanglah manusia tak sempurna. Kadang kadang bila ditimpa problem. ada yang salahkan takdir, ada yang slahkan orang lain, ada yang salahkan diri sendiri. Tapi sampai bila kita nak tangisi kesedihan tuh semua? sampai mata korang bengkak bengkak sampai tak leh bukak ker? tak kesian ke korang kat diri korang? Mungkin dia bukan untuk kau. ada yang lebih baik menanti korang kat luar sana. Berdoalah. Doa, kena yakin dia akan makbulkan, Insyaallah pasti tercapai.

(Ala, cakap memanglah senang.....) aku bukan tak pernah frust dulu. Memang sakitlah bila kena. susah nak pikir apa yang baik, apa yang buruk bila tengah emo nie tapi lama lama aku dah jumpa 'hikmah' aku tu dan Alhamdulillah aku lebih tenang sekarang walaupun dalam hati nie aku memang bengkak jer dengan dia. Aku memang tak boleh lupakan dia tapi aku lepaskan perasaan aku terhadap dia. Biarlah 'feeling' tuh dia ambik balik(ha, ambik ambik, aku tak nak dah. pergi jauh jauh). Dia pun dah jumpa orang yang lebih baik dari aku(hope so). 

Aku tak nak orang jadi 'gila' pasal cinta mnusia nie sebab cinta manusia tak kekal dan cinta yang hakiki adalah terhadap Allah. Kalau kau cintakan Allah, kebahagiaan yang DIA bagi nanti adalah selamanya dan DIA tak pernah mungkiri janji. Tak gitu?

Aku ada cara-cara apa nak buat lepas putus cinta tapi nanti lah yer. Aku cerita dalam entri yang lain. Tunggu tau jangan tak tunggu.....hik hik ni yang buat aku sayang korang lebih nie. ^_^

Jumaat, 12 Ogos 2011

Pagi Yang Terang

Aku sebenarnya tdo 2 3 jam jer semalam. Aku dah tertido pas berbuka, and bila nak tidur balik memang payah lah. nak nak kalau aku hadap tenet ni. Memanglah satu kerja pun aku tak buat. Pagi pagi tuh aku kejutkan adik aku ajak diorang main badminton. Dah diorang tak pergi sekolah, siapa suruh? Dah lama kitorang naik main badminton ni tapi asyik busy jer. Tadi main kejap pun dah penat. Yerlah, lemak badan ni dah lama tak bakau sebab tuh lah banyak sangat lemak. kah kah. *tak paham sudah*. 


Aku ada terlelap sekejap pagi ni. Adalah dalam bebrapa minit aku rasa. Sempat lak aku mimpi Cik Epal blogger pemes termahsyur tuh. Aku mimpi dia buat ucapan kat depan ramai orang, dan aku berdiri antara yang depan sekali. Ala, macam perhimpunan sekolah tuh. Aku memang minat blog dia. Cara penulisan dia memang sempoi dan paling penting kelakar dan berinfo. Aku minat tak minat baca blog orang dulu sebab entahlah, boring je...tapi entah kenapa, blog Cik Epal tuh boleh buat aku gelak sorang. kah kah kah. Aku terjumpa pasal dia kat dalam magazine. Pasal dia jugaklah aku kenal pasal blog nie. Tahniah kepada Cik Epal kerana berjaya membuat saya ubah fikiran. *tepuk tangan cepat*


Aku bukak on9 shop aku dan terbacalah ada on9 shop nie yang post pasal on9 seller yang penipu. Aku memang dah lama tau tapi taklah amik pot sangat pasal siapa yang menipu sebab ramai sangat. Ish ish ish, berani dia menipu orang terang-terangan macam tuh ek? Takut aku tegok, risau pun ada, kami yang on9 shop yang jujur dan ikhlas nie(cek wahh..) berniaga mungkin terkena tempiasnya jugak. Yerlah, orang akan ingat semua on9 shop tuh penipu dan was was nak beli. Tapi aku dah daftar dengan SSM ea. Tak caye try check. Aku kesian dengan customer tuh. Duit ilang, barang pun tak dapat. Kalau dapat pun barang yang low gred ni. Ish Ish Ish. *geleng kepala lima belas kali pastuh tambah lagi dua puluh empat kali*


Aku pun  pernah rasa teraniaya gak bila beli barang melalui 0n9 dari supplier. Yerlah, display barang, cantik jer. Menarik jer siap ada hiasan lagi. Tapi bila dapat? Hampeh. Aku lah yang rugi sebab barang tuh tak bagus. Habis, korang ingat aku nak jual macam tuh? Ish, Tak tersanggup lah nak tipu customer macam tuh. Nak berniaga kena jujur dan ikhlas. Bak kata Pak cik Lan merangkap bapak aku. Yerlah, kena ada prinsip dan prinsip aku barang yang dijual mestilah yang bagus. Kalau tak, orang beli sekali jer, pastuh tak beli lagi anda orang tuh akan canangkan kat seluruh kampung dan taman dia jangan beli barang dari aku. Amacam? Rugi tak rugi? 


Nak meniaga jangan main hentam jer. Biarlah lambat naik sikit tapi orang suka sampai bila bila jangan cepat naik sebab menipu dan orang benci pun sampai bila bila. Tak gitu? Aku mengaku aku baru jer dalam bab biz ni walaupun ada pengalaman tapi aku masih belajar dan terus belajar. Yang berharganya dan nilainya sesuatu perniagaan tu terletak pada pelanggan pelanggan kita. Tanpa mereka, siapalah kita. *tol tol(buat suara macam upin ipin)*


So, aku nak keluar beli barang untuk cupcakes aku tuh nanti dan nantikan kemunculannya. Yeeehaaaaaa! 


nak buat macam nie. ok x? Credit to Mr google.




My First Cupcake EVER!

First time aku buat kek harini dibantu oleh adik aku. Kek yang aku but nie, bukan lah kek yang besau tuh tapi kecik jer macam cupcakes. yeah, i love cupcakes sb cute sangat. kan kan? Aku ingat susah nak buat cupcakes nie sebab bahannya, mak aii, banyaknye. Tapi bila dah buat, aik senang lak. Simple jer sebenarnya tapi orang yang buat benda tuh nampak susah macam aku. Pening jugaklah aku nak sukat tepung, bahan bahan dia tuh. Tapi dalam buku yang aku beli tuh dia ajar untuk buat 20 bijik. Takkanlah aku nak buat banyak macam tuh. Kang tak jadik, siapa susah? Adik adik aku jugak sebab diorang kena habiskan. hua hua hua.


So, aku bagilah dua sukatan bahan bahan dari buku tuh. Ada gak barang yang pakai hentam jer aku masuk sebab direction dia pun tak clear sangat. Ish, tapi aku gagahi jugak tangan kaki aku ni membuatnya. Aku buat kek jer dulu. Yang hiasan bagai tuh lain kali aku buat. Dah pas dapat tiket sedap dari family aku, baru aku further 1 more step. Kalau ikutkan hati aku, nak jer buat decorate dia skali tapi mak aku kata, buat satu satu dulu, dah ok, baru buat yang lain. Yerlah mak, saya ikut..


barang korang nampak yang aku beli macam berpuluh taun tak shopping kat older post tuh, tuh lah barang untuk kek kek aku. Banyak jugaklah tapi puas sebab impian aku dah terlaksana. Hooray!!


bahan bahan yang telah aku kisar halus. Terlupa nak amik gambar bahan bahan sebab xcited sangat nak buat. hak hak. 


Setelah 1/2 jam bertungkus lumus, memerah otak, akhirnya inilah hasilnya. Dan rasanya? Bapak, adik adik aku kata boleh tahan. Yeah yeah! pass! leh lah wat decorate pasnie. Siapa nak try?


K, lah korang tuh sahaja yang aku nak share kali nie. pasnie aku nak try buat cupcake lagi versi full. Doakan aku berjaya dengan cemerlang yer? hehe. 

Khamis, 11 Ogos 2011

So Yesterday

Harini aku nak citer pasal semalam sebab semalam aku tak sempat nak update. Aku keluar beli barang dengan family aku dan kitorang sampai rumah pun dah lewat malam.pehhh! penat woo.. Aku dengan family aku beli barang dapur. Dah lama dapur kitorang tak berasap sebab hari biasa kitorang meniaga. Ala, biasalah orang biznes ni mana ada masa sangat. Lagipun kitoang bukak kedai makan, so makan pun kat kedai sendiri jer. hua hua. Kitorang berbuka kat Marybrown jer. Fisrt time sebenarnya. Rasa dia? bolehlah, maybe sebab dah lapau bebenau kot. hik hik.


fish and chips Marybrown

akulah yang makan fish and chips tuh. hehe



my mom and sisters yang sibuk pilih bunga. =)




Aku nak belajar buat cupcakes dan adik aku pulak nak belajar bab lauk pauk bagai ni. Aku memang minat nak buat kek tapi belum ada kesempatan sebab kerja. Takde masa nak hadap benda nie betol betol. Tapi Alhamdulillah, akhirnya impian aku tercapai...cek wahh...aku adalah beli buku cupcakes ni, belilah barang apa yang dia tulis tapi pening jugaklah aku nak cari satu satu sebab aku nie bukannya pernah buat kek pun, so tak taulah banyak perkara pasal bahan dia...huhu...Tapi takpe, aku gagahkan jugak diri aku nie mencari. 3 tempat aku beli barang tapi kalau pasal kek kek nie aku rasa dekat Mydin banyaklah. 




haha. nielah hasilnya. macam dah berpuluh tau tak shopping. 






Aku pun blom tahu lagi macmana gamaknya kek aku tuh, semalam adik aku dah keluarkan menu baru yang dia amik dari buku resepi yang dia beli, pehh! sedap jugaklah dia masak. 


Dis is my favorite. serius sedap. Kentang goreng sambal.nyum2.

masak ikan bawal 3 rasa.

First time masak ikan masam masam manis =)

Walaupun sedap, aku tak makan banyak mana pun. lebihkan lauk jer, nak jaga badan nie. hak hak. tunggulah raya nanti, aku melantak banyak banyak. Biasanya, aku tak tido lepas sahur takut liat nak bangun. weyh, aku dah macam ni sejak kecik lagi. sapa yang rapat dengan aku taulah perangai liat aku ni. hak hak. kalau nak still kurus tapi nak slim pada masa yang sama macamana? makan banyak, exercise pun kenalah banyak. kan kan? 






Rabu, 10 Ogos 2011

Jalan-Jalan Sambil Labur duit(isk isk)

Hari ini aku dengan family keluar dari pukul 6 petang sampailah tengah malam. Pehh! penatnyer, jangan cakap...naik lembik badan aku nia jalan tadi. Dahlah pakai kasut wedges yang 3 inci tuh, pastuh dengan keadaan tak selesanya aku dengan apa yang aku pakai harini. entahler, maybe sebab banyak duit dah labur kat barang2 aku jer. huhu =(


Mesti korang ingat aku banyak beli baju, kasut, seluar, shawl, and macam2 lagi kan? eh, tak lah...pepandai ker korang nie. memanglah aku suka dengan benda2 tuh tapi aku tengah mengcontrol nafsu pelahap shopping aku nie. ish, banyak yang aku tutup mata jerlah bila tengok benda2 yang kiut miut nie tapi idak ler sampai terlanggar tiang. Aku beli microwave(sebab kononnya nak belajar buat kuih time raya nie, cehh), urm apa lagi? haaa...getah rambut(ish, tuh pun nak citer ke?) dan shawl(tuh pun untuk stok on9 shop aku jer)


Aku memang shopaholic tapi disebabkan bulan puasa dan setan malaun tuh dah kena ikat, aku leh ler kawal sikit. Kalau tak, jeng jeng jeng(letak 2 jari kat atas kepala) 1_1. 


Mak aku, bapak aku, mak cik aku, pakcik aku, atok aku, ish semua lah pesan suh aku jangan membazir sebab diorang tau perangai membaziaq aku ni. Ish ish ish, cucu saper lah nie(geleng kepala). Yerlah, diorang cakap aku makin lama makin tua(ish ish, touchingnya..dah tua sangat ker aku? ada orang kata aku 14 taun?) simpan duit dari sekarang, manalah tau kalau kot kot kita sessakk nanti, adalah duit simpanan. Kalau apa apa jadi kat mak ayah, kitorang tak susah sangat. hurm, bila difikirkan lama lama, lama lama, sampai dalam bilik termenung pun aku fikir lagi, yer tak yer jugak diorang cakap. Aku ni yang fikir kecik lagi(fizikal jer kot). Nanti kalau nak kahwin, mamcamana? nak kena pakai duit kan?(ish, asyik ingat nak kahwin jer,hik hik) Lainlah kalau bakal laki aku tuh anak kerabat diraja(cek wah...berangan tak sedau diri kau) lainlah kan kan?


So, aku sedang belajar untuk berjimat cermat dan dari fikiran aku yang terdalam, lahirlah pepatah yang aku cipta. Kita berjimat boleh, kedekut jangan. Aku selalu cakap macam tuh kat adik aku. Adik aku yang no 2 ni lagi pandai berjimat sebenarnya(malu malu, mana nak letak pipi nie?) 


Memanglah duit tak boleh bawa sampai mati tapi duit yang berkat tu lah yang bantu kita dalam menjalani ibadah seharian. Islam tak kata pun nak masuk syurga kena miskin. tak kan? tak kan....Islam suruh kita beserdahana dalam apapun. Kalau tak da duit, macamana korang nak beli makanan? kalau tak da duit, macamana nak beri nafkah kat anak bini korang? Kalau tak da duit, macamana korang nak shopping?(ish, shopping lg..heeee =p). So, pokoknya kalau tak da duit, lagi susahlah kan? Aku teringat video lagu awan nano oleh Hafiz Af tuh. Ada part bila time dia terbaca surat yang bapak dia simpan dari arwah mak dia. "duit memnglah tak boleh beli segalanya tapi ia boleh bantu kita" ha, lebih kuranglah. 


Aku ni mengaku bukanlah pakar kewangan nak rancang sedetailnya apa yang aku nak beli dan harga skali. Aku pun kadang2 terlajak beli sebab barang tuh ada diskaun atau cute sangat....aaahhh...so shweeet.. Papepun kita yang mengawal diri kita kan? So, terpulanglah pada korang bagaimana nak belanja duit korang tuh. jangan over sangat sampai bila tengah bulan jer korang makan maggi dengan air suam sebab nak budget sampai ujung bulan, dah la Korang jugak yang kesian. So, ingat2 lah pesan ku ini, belanja boleh, tapi membaziaq jangan sekali(cek wahh). =)



Selasa, 9 Ogos 2011

Baiknya Tangan Yang Di Atas

Orang Bersedekah kita pun mahu bersedekah...
tetapi pada masa yang sama ragu-ragu dengan pemberian itu. Ikhlaskah itu?
Bersedekah menyempurnakan iman seseorang
namun ia harus dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.
Hanya Allah sahaja yang berhak memberi ganjaran.

"Tangan di atas, lebih baik daripada tangan di bawah dan mulailah dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah ketika berada dalam keadaan mencukupi(segala keperluan). Barang siapa memohon dipelihara(untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Dan barang siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya "
-Hadis Riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.- 







Di bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita berama-ramai banyakkan sedekah. Lagi berganda2 pahala yang kita dapat. kan kan? Sedekah tuh tak semestinya nak duit jer tapi boleh jer kalau nak sedekah lauk kat orang sebelah rumah ker, walaupun rumah dia dah ada lauk , buat lauk lebih pastuh bagi kat orang masjid ker, baju kurung or baju melayu atau seumpama dengannya kalau korang tak pakai, bagilah kat anak2 yatim or pusat kebajikan tapi jnganlah korang bagi baju yang dah koyak ghabak,dah lusuh sampai dah tak nampak warna korang bagi. ish, kesian budak2 tuh. Kalau korang ada duit terlebih2, belilah baju raya baru untuk diorang. manalah tau bila dapat baju yang bau kedai nie, dari bau baju yang korang bagi entah pape ntah feeling nak raya tuh membuak2. yeay yeay baju baru ^_^ comel kan?







Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. So, korang janganlah risau kalau apa yang korang bagi dengan ikhlas tuh akan menyebabkan harta pusaka kau tuh berkurangan kerana dah janji Allah kan, kalau kita bersedekah dengan ikhlas, Insyaallah lebih banyak rezeki yang Allah bagi. The more we give, the more we get.




Janganlah kedekowt sangat sebab harta dunia ni tak leh bawak sampai dalam kubur punnn. Yang kita bawak setelah kita mati ada 3 perkara. Cecuba korang teka apa? ce teka ce teka? dah dapat? Yess....markah penuh bagi anda!! hua hua... First, ilmu yang bagi faedah kat orang lain, second, doa anak yang soleh, and third adalah sedekah jariah. Ha, pandai pun...cucu siape lah ni....=p




Ok, lah aku kupas sempoi pasal sedekah nie. kalau korang nak tau lebih banyak, korang google lah ea. Lebih banyak info yang akan terkesan kat hati korang kalau membacanya. isk isk... so, banyakkan sedekah kurangkan mengumpat k? Selamat berpuasa! 



Sabtu, 6 Ogos 2011

Percubaan Pertama

 Assalammualaikum w.b.t semua! ok, this is my first posting. Nervous sebenarnya nie(ceh,macam nak hadiri penyampaian anugerah pulak). Aku sebenarnya dah lama berhajat nak buat blog nie tapi disebabkan aku nie masih green lagi dalam bab-bab nie dan aku pun tengah mencari idea apa yang sesuai untuk blog aku, aku pun tangguhkan lah dulu. isk isk =(


 Aku tak nak buat posting panjang lebar(seboleh mungkinlah). Urm, macam karangan 120 patah perkataan tuh. hehe. Tapi aku akan try my best untuk share dengan korang apa yang aku tau k? kalau ada benda yang aku tak tau pun aku akan amik tau pastuh aku share kat sini k? 


 Meh, aku cerita sikit pasal aku. Itu pun kalau korang nak tau. Aku nie orang Melaka. Aku kerja dengan parents aku di kedai makan. Aku berumur 21 tahun. Aku tak ada benda yang terlalu interesting pasal life aku, apa yang aku buat yang nak diceritakan kat korang tapi aku akan share benda-benda yang berinfo. Contoh macam fesyen ke, make up ke, tempat-tempat menarik ke, tips-tips ke. Anythinglah! janji bagi aku menarik. ok?


 Aku tak paksa korang pun nak baca blog aku nie, korang rasa korang boleh masyuk, korang ikutlah kalau tak, aku tak paksa. Kita tak boleh paksa 1 dunia nie suka kat kita tak kiralah macamana bagus pun kita cuba tapi yang kita boleh buat adalah cuba sebaik mungkin. Take the majority, not minority. kalau majority tuh suka apa yang kita buat, go ahead lah. Yang minority haters tuh tak yah nak pening-pening lalat nak pikir. Buang minyak jer diorang tuh. K guys? eh, kata 180 patah perkataan. Nie dah lebih nie. hehe, biasalah baru nak kenal, semua nak story yer tak? So, happy blogging and reading guys! ^_^