Pages

Khamis, 7 November 2013

BEING SINGLE IS SMARTER THAN BEING IN THE WRONG RELATIONSHIP



Are you single? taken? haha...korang sendiri tahu lah...aku??? already taken(cehhh...sapelah yg tanya kan? =p). couple? single? mana yang ok? ada orang tak boleh terima hidup sendirian. Kena ada orang yang kena ada di sisi dia dan boleh bemanja-manja selain keluarga diorang. Ada pulak yang tak kisah single sebab takut dilukai. hmmm....macam2lah... Tapi masing-masing ada prinsip hidup masing-masing.

Aku dalam kategori takut dilukai dan melukai tapi dengan kuasa Allah, aku dipertemukan dengan MR F. Dia yang telah bukakan pintu hati aku.satu2nya orang yang buatkan aku boleh jadi diri aku(maksudnya tak payah cover sangatlah) dan dia pun sama. Aku doakan dialah yang terakhir untuk aku..dah2 cukup cerita pasal cerita cintan aku. kang korang muntah sampai terkeluar usus lak. huhu...

Cinta datang tanpa diduga, dan tak kira siapa. Aku percaya, cinta tu memang ada dalam hati kita semua dan tunggu masa dan orang yang sesuai untuk kongsi perasaan dengan kita. Jangan kerana kita terburu-buru nak sangat pakwe/makwe sampai abaikan perassan sendiri dan orang lain. Orang lain mintak couple jer korang terus say "I DO" nak2 kalau orang yang mintak tuh hensem/cantikk...pantang ditolak katakan...takut melepasss...kalaulah diorang betul2 sayangkan korang, kalau korang belum bersedia, dia akan tunggu korang dan orang macam tuh mungkin boleh dipertimbangkan.

Hubungan yang baik adalah hubungan yang mampu berkomunikasi dan saling berkompromi. Tak kisahlah dalam ape jenis konteks perhubungan sekalipun. janji korang kena faham dan ambil berat satu sama lain. Kalau korang terima seseorang tuh sesuka hati tanpa pikir panjang walaupun korang takde perasaan kat dia, mungkin suatu hari nanti takut ada masalah dalam perhubungan atau pasangan korng tuh akan tau yang korang tipu diorang. 

Kalau malas sangat nak fikir pasal couple2 nih and malas nak cari ape kata korang suh family korang carikan jodoh untuk korang dan kahwin terus. Orang kata bercinta lepas berkahwin. itu lebih baik. nak buat ape pun tak kisah sebab dah halal dan tak payah pening2 lalat nak pikir samada bakal laki/bini korang tuh confirm kahwin dengan korang ke tak. lagipun korang dapat berkat family korang sebab diorang yang pilih kan...Insyaallah hubungan korang tuh akan kekal sampai Jannah...

Dah2...lenguh lak nak menaip panjang nie. Kang aku cerita panjang lebar kang korang bosan lak baca. K, kalau nak baca sangat, tunggu entry aku yang seterusnya nanti ntah pape ntah aku karutkan nanti...hehe...k bye...saya sayang semua....terima kasih sebab sudi membaca.. =)