Pages

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ramal nasib CINTA KAMU dan SI DIA

Apa kata, kali ni korang jadi ahli peramal yang meramal nasib hubungan cinta korang dengan si dia.Jika nak, ikut peraturan berikut dengan sejujur jujurnya.Apapun, jangan terlalu percaya yer sebab ni hanyalan ramalan jer!

Rules: Jumlahkan secara lengkap  korang ber 'couple'. Enjoy it!

Contoh: 14/2/ 2006

1+4+2 +2+0+0+6 = 15(jadikan satu digit,rujuk no di bawah)>>

>>1+5 = 6 <<nak 1 digit jer

Bermakna sila lihat huraian untuk no 6:
  

1. Angka satu menunjukkan  korang berdua saling setia dan berusaha untuk menjaga hubungan nie sebaik mungkin.Jika ada masalah yang timbul pun kerana korang berdua terlalu ego dan tidak mahu mengalah*keras kepala ea...* ada masanya korang perlu dengar kata si dia dan ada masanya korang perlu mendengar kata sendiri.Cuba balance kan yer!    


2.  Di antara hidup korang dan pasangan, kengkawan adalah segalanya. So, tak hairanlah bila berdating korang juga akan selitkan aktiviti hangout bersama kengkawan korang tuh. Korang lebih suka suasana ramai berbanding berdua dan lakukan aktiviti bersama.*jangan berdua duaan yer.hik hik*


3.  Bestlah si dia jadi pasangan korang kerana korang sanggup lakukan apa jer untuk kebahagiaan si dia. Mungkin juga hubungan korang nie tergolong dalam istilah 'cinta buta'*ehem bukan korang yang buta k?*. Nak buat BF/GF korang tuh happy boleh tapi agak agak lah weyh, jangan terlebih sudeyh, takut nanti BF/GF korang tuh pijak pijak kepala korang. Apa yang penting,be an unbeatable  gurlz/boyz yang tau control diri and ungkapkan perasaan dengan wajar. berpada padalah k? 


4.  Sifat korang yang tertutup selalu buat BF/GF korang tertanya tanya. Begitu juga halnya dengan BF/GF. Si dia akan berasa tertutup,padahal rasa ingin tahunya sangat tinggi. Jika ada masalah lebih baik berbincang, at least, ringan sikit beban. Tak ler muka tuh nampak tension jer memanjang. yer tak? Mungkin GF/BF korang tuh dapat bantu masalah yang korang hadapi. Yerlah, korang ber'couple' tuh bukan nak rasa seronok jer memanjang. Mesti rasa nak care kat pasangan korang tuh kan? Sharing is caring...So, dari sekarang, jadilah lebih terbuka dan jangan malu untuk berkongsi masalah agar hubungan ni jadi lebih bermakna. Jangan duk memerap perasaan tuh lama lama nanti jadi miong, kan susah.kene masuk wad sakit jiwa...ish ish ish...


5.  Kepercayaan sangat penting dalam perhubungan. Saat si dia percaya pada korang, begitu juga korang patut percaya kat si dia. Maybe bukan 100 percent tapi jangan sampai ada sikap buruk sangka pulak. Kalau ada perasaan cemburu yang over the limit tuh, maknanya korang tak percaya kat pasangan korang dan ini boleh menjejaskan hubungan. Lebih baik berbincang kalau ada perkara yang tak disukai k?


6.  Hubungan korang boleh jer bertukar ikut mood.Korang boleh jadi teman mengejek, menjadi teman senang atau boleh jadi pasangan yang sering memberi perhatian extra. Hidup korang pasti sentiasa bahagia sehingga ada orang lain yang jelez...careful yer!


7.  Kehadiran orang ke-3*nie nak kene rebus hidup hidup nie, wat semak jer* dalam hubungan korang jadi masalah utama yang selalu buat korang dan pasangan korang gaduh. Setiap kali bergaduh, masing masing tak nak mengaku kalah dan sering luahkan rasa tak puas hati. Bincanglah sebaik baiknya hala tuju hubungan korang and kalau terus dikhianati, baik angkat kaki cari lain jer. Ramai lagi yang nakkan korang kat luar sana. yer tak?


8.  Ada seorang kawan yang memendam rasa pada BF/GF korang. Tapi, hal ni tak ganggu pun hubungan korang sebab BF/GF korang bijak menyesuaikan keadaan dan hanya menganggap dia sebagai kawan. Tapi awas, Jangan terlalu selesa dengan keadaan nie, korang mesti saling mengingatkan pasangan korang supaya jaga batasnya dan tahu bezakan antara kawan dan couple.


9.  Angka yang digemari oleh orang ramai dan sangat beruntung jika ramalan korang terkena pada no nie. Bukannya dalam perhubungan korang tak pernah gaduh or berselisihan paham, tapi korang BIJAK selesaikan masalah dengan cara baik. Korang juga jenis yang setia*bagus,teruskan usaha!*. sekali cinta bermakna sampai mati rasa cinta tu walaupun pelbagai jenis kategori datang menagih cinta. Bagusnya sikap tu dan cuba pertahankan prinsip tu yer? 

Ok, tu sahajalah ramalan yang aku sediakan untuk korang. Nie hanyalah kajian ramalan. Nak percaya 100 pecent idak ler. Hanya  Tuhan yang Maha Mengetahui. Just for fun. Betul atau tidak, korang sendiri yang pernah alami kan? wish u all the luck! =)

Sabtu, 22 Oktober 2011

Muka Buku baru!



Ahakks! aku dah buat muka buku baru. Pikir punya pikir, buat kira kira tambah tolak sume, akhirnya aku tetap dengan keputusan aku untuk deactive muka buku aku yang lama tuh dan buka yang baru. Aikkk kenapa bukak yang baru padahal yang lama ada? hurm, mesti korang tertanya tanya kan? Sebenarnya fesbuk lama tuh banyak kenangannya. Pahit, manis, tawar, masam. semuanya adalah! Aku sayang+malas sebenarnya nak buat yang baru ni tapi disebabkan aku nak lupakan kenangan lama, dan mulakan yang baru dengan fesbuk fesbuk tuh sekali aku buat yang baru. baru betul ye dak? hehe..ahhh...lantaklah apa orang nak fikir. Yang penting aku puas hati dengan apa yang aku buat. Bila aku buka fesbuk lama tuh buat hati aku sakit dan kenangkan benda yang lepas, buat apa? Baik aku layan fesbuk baru. Walaupun kawan secoet,aahhhh..aku tak kisah! Janji aku happy...^_^

nie gambar profile fb aku wat masa ni. hehe. Nak kenyit mata x reti. yerlah kenyit mata pun samapai 2 2 biji mata tertutup. Mata kecik katakan...hee~~

Jikalau korang sudi nak add aku kat fesbuk baru aku, add lah yer... cari  'Darlisya Azlan' jer. or email aku darlisya.azlan@yahoo.com. Kalau tak jumpa jugak, tak taulah nak cakap apa. hehe....

P/s: Hidup ini perlu diteruskan tak kiralah apa yang kita pernah harungi, betapa peritnya hidup kita dulu. Tapi jangan pernah sesekali menyesal atas masa silam kita, belajarlah daripadanya. Jadikan ia sebagai panduan untuk mengahdapi masa hadapan. Insyaallah...

Selasa, 11 Oktober 2011

Takde Idea daaa.....



Seriously, aku memang takde idea nak post apa sekarang ni. Kadang kadang aku rasa macam banyak jer nak post tapi bila difikir fikirkan segaring garingnya, takut entry aku tuh memedihkan hati ramai orang, so aku tak ler post. hurm,dulu aku ingat jadi blogger ni senang, buat jer apa cerita, orang tetap baca tapi rupanya idak ler... Nak jadi blogger yang bagus dan di hargai oleh orang lain memang payah. *rasa nak nanges jap sebab tau betapa susahnya isk isk =(*. Dulu memang excited giler nak berbelog. Sekarang, ha hamik kau pening pening lalat nak pikir nak buat entry apa. *_*

Aku berbelog ni bukan nak cerita pasal life aku jer, apa yang aku buat setiap hari, apa aku makan, sabun apa aku pakai, muka aku harini ada jerawat ke tak, macam diari. Idak ler orang nak baca. Boring kott..Kalau macam retis tuh lain ler. Memang orang tak kisah sebab peminat diorang ada nak hamik kesah. Kalau orang biasa biasa macam aku ni, ada korang kesah? Tak kan kan? hurm...

Aku nak story yang leh beri orang motivasi kat orang lain. Aku suka benda benda yang berkaitan motivasi ni. Buat aku lebih semangat dalam hidup. Bukan sepanjang masa orang nak beri motivasi free kat kita. Kadang kadang ego kita tuh tinggi gunung tak mo dengar bila orang bagi nasihat. Tak nak orang tau kita nie lemah KONON. K, fine ikut suka korang lah. aku tau sebab aku pun macam tuh kadang kadang. hik hik =p. Aku beli banyak buku berkaitan motivasi. Aku boleh baca anytime yang aku nak,well mostly aku tak baca lagi sebab takde mood. secara tak langsung buat aku lebih bersemangat untuk menghadapi masalah aku. Favorite motivator aku Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.Yeayy!! Korang siapa lak?

lately ni, aku busy giler. Tak taulah apa yang busy sangat sampai takde masa nak online padahal aku buat perkara yang sama almost everyday. Hurm, maybe aku banyak pikir kot. *pikir pasal entry apa yang best untuk korang*

Perkara apa yang buat korang tertarik untuk baca? Tentang apa? cer citer sikit. Aku nak hamik kesah. Kalau nak share, leh komen kat bawah k? Sayanggg korang. Tapi kalaulah ditakdirkan takder orang yang sudi share, aku cariklah sendiri yerr. Thanxs sebab sudi baca entry aku. ^_^.