Pages

Selasa, 20 Mei 2014

Mungkin Bukan Untuk Aku...

  Mungkin aku dah lama sesangat tak update belog nie...tapi apekan daya, aku sedang belajar untuk jadi pengurus yang baik kepada pekerja-pekerja aku dan restoran aku. Banyak sangat pening,muntah,demam,cirit birit(ooppsss...) yang aku kena lalui. Tapi  Itulah pilihan aku dan tanggungjawab yang keluarga aku amanahkan kat aku yang akan aku jalankan dengan penuh keihklasan dan kewibawaan..(cehh~~~ =p)


  Tapi perkara yang paling utama yang aku nak ceritakan nie adalah pasal tajuk belog aku ni. aper citer nie derr?? Aku tujukan kepada ex-ex aku dan lelaki-lelaki hot yang pernah usha dan suka kat aku. MAAFKAN SAYA, SAYA BUKAN UNTUK AWAK... =_=


  Nak katakan pernah ada boyfriend, memanglah ada, tapi tak sampai 10 pun macam korang yang hot tuh. Setakat nie ada 3, eh, maksud aku BF yg aku ada sekarang adalah yang no. 3 dan yang terakhir aku harap. jangan salah sangka eaa...tak baik tau buruk sangka, buruk perangai. hehe... Nak kata aku hot, taklah aku rasa macam tuh cuma mungkin aku lebih selesa kawan dengan lelaki dari kawan dengan perempuan sebab tuh ada yang salah anggap dan mungkin ada yang teringin nak jadikan aku GF diorang. Eh eh...

  Bukan aku memilih tapi mungkin perangai aku agak kasar sedikit dan tak 'feminista' macam kawan-kawan perempuan aku yang lain tapi tak bermakna aku takde kawan perempuan atau aku tomboy. Eh, aku ada best friend perempuan dulu ea...Tapi sikap lelaki yang macam tak kisah sangat apa yang kita cakap atau ambil hati buat aku selesa dengan diorang. Kalau perempuan bukan susah nak kawan tapi kena 'lebih' sikit jaga perasaan diorang tuh. 
atoi ai... 


  Aku lagi kecik memang dah biasa bergaul dengan budak-lelaki sebab sedara mara aku bolehlah dikategorikan 85% lelaki. Mungkin dari pergaulan tuh yang sedikit sebanyak menjadikan aku sedikit 'kelelakian' hari nie. Kadang-kadang aku rasa aku lebih paham perasaan lelaki dari perempuan...caya tak?

  Aku tak marah atau salahkan lelaki yang pernah syok aku dan anggap aku lebih dari kawan tapi mungkin aku lebih selesa kawan dengan korang as a 'boyfriend' biasa jer bukan yang 'special'. Aku MINTAK MAAF weyh... Aku doakan dan aku tahu korang dah dapat orang yang lebih appreciate kau dan boleh jaga kau dengan baik. Aku taknak pasal apa yang telah berlaku, buatkan hubungan kita sebagai kawan lenyap macam tu jer. Berkawan biar seribu, berkahwin biar satu(bg perempuan yer. yg lelaki suka hati korang lah janji bukan BF aku..huhu~~)

  

Aku pernahlah juga terima bestfriend aku sebagai sepcial boyfriend aku tapi hubungan kitorang tak tahan lama sebab kitorang rasa kitorang lagi sesuai berkawan. Well...sayang nak lepaskan budak hot macam dia tapi dia yang tak boleh teruskan. Tapi sekarang dia dah bahagia dengan orang yang sayang dia sebelum aku sayang dia dulu. Dah nak bertunang pulak tuh. Alhamdulillah semuga kekal bahagia selamanya ya Mr.Scandal. =)

  Tapi sekarang nie aku bersyukur sangat sebab apa yang aku nak lagi dulu dah dapat iaitu orang yang boleh jadi sahabat dan kekasih yang baik untuk aku iaitu MR.F .Aku rasa dialah orang yang aku cari selama nie dalam hidup aku. Alhamdulillah...Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

  Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan cara mencari hikmahnya dalah dengan berfikir secara positif. Orang yang boleh handle emosi mereka adalah orang yang hebat untuk memimpin orang lain. Harap korang boleh beri inspirasi pada orang lain. 

  So, kepada ex peminat-peminat aku(cehhh~~) Aku nak ucapkan TERIMA KASIH sebab pernah ambil berat dan sayang diri aku yang serba kekurangan nie. Terima kasih kerana persahabatan kita dan kalau ada ape-ape korang boleh cari aku kat FB sb sorry, aku xde wechat(xde masa kot)...OUR FRIENDSHIP LAST FOREVER yeah! *wink*...