Pages

Jumaat, 6 Januari 2012

Mencari konklusi



Sesungguhnya dalm hidup nie banyak pancaroba, ranjau durinya, pantang larangnya, banyak yang baik buruknya. Tapi Allah telah jadikan kita sebaik baik makhluk. Nilai yang tertinggi yang kita ada yang tiada kat makhluk lain ialah AKAL. Tapi berapa ramaikah manusia yang gunakan akal? 

Bukan utuk menghina atau merendahkan martabat orang lain tapi tengoklah zaman sekarang. kes luar tabii, buang anak, layan isteri macam binatang, murtad, ada yang siap kahwin dengan kaum sejenis lagi. Masyaallah! apa sudah jadi?

Banyak lagi yang aku malas nak sebut.Korang pikir sendirilah. Dulu, orang pakai jubah,serban,songkok,tudung labuh dianggap alim dan baik serta disegani. Tapi sekarang manusia jadikan pakaian 'baik baik' itu sebagai alasan untuk menutup kehilafan mereka. Mana perginya akal diorang tuh? letak kat mana? Patutlah sekarang nie ramai yang dah kurang percaya orang2 yang berjubah,bertudung tuh baik. Ada anggap mereka yang menutup aurat tuh sebagai hipokrit! nampak jer baik tapi dot dot dot.... dunia tak terbalik tapi pemikiran kita yang sudah terbalik. 

Aku akui kadang kadang aku 'tertipu' gak dengan orang yang nampak baik. Tapi tak bermakna, semua orang yang alim tuh aku fikir diorang jahat. Kita takkan boleh membaca hati manusia ni. Malaikat pun tak tau. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Manusia nie berbeza.

So, guys aku nak korang gunakan akal, fikirlah sematang matangnya. Dunia yang kita lihat ni lahir dari cara kita berfikir. So, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan terlalu menilai sebab kita tak layak pun. Kita hanya perlu belajar dari apa yang kita lihat. Jangan terlalu taksub dengan pemikiran kita,dunia kita sampai pandangan orang lain pun korang buat derk jer.

Manusia yang bijak adalah manusia  yang berfikir menggunakan akal bukannya hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=