Pages

Isnin, 14 Januari 2013

Curang!



Aku rasa ramai yang pernah alami keadaan macam nie. Mungkin yang tengah baca faceblog aku nie pernah kena kan kan? eh eh mencemik lak hehe... Aku Alhamdulillah setakat nie belum kena lagi tapi kalau aku dapat tau kalau dia tikam belakang aku, aku tikam dada dia,peparu dia usus dia semunyalah sampai dia takde hati lagi nak buat aku macam tuh (k,ayat berani mati seyhh..) Apa lak korang kalau dapat tau pasangan korang curang dengan korang? cer ekspres perasaan korang tuh.


Tapi mungkin ada sebab kenapa ada spesis manusia macam ni yang sanggup buat macam tuh kat orang yang sayangkan dia. Ini pendapat aku.

xp : Kerana dia pernah kena sebelum ni and dia nak balas dendam kat orang lain. ish ish ish =_=. kau faham perasaan bila dicurangi tapi kau tak fikir lak perasaan orang yang kau curang tuh? Grrrrr....

xp : Kerana dia rasa dia tuh hensem/lawalah sangat boleh dapat sesiapa yang dia nak. Nak test market nampak. kalau nak test market, cer try masuk saham. apamacam.

xp : kerana memang dah tebiat dia lagi dulu, takleh setia pada yang 1. boring katanya asyik hadap,mesej,call sorang je. nak jugak tukar-tukar orang. harini keluar dengan orang lain,esok dengan orang lain.Kalau ada seminggu,seminggu jugaklah penuh date dia dengan orang yang berbeza.Giler hape??

xp : Mungkin sebab dia nak kapel sekali banyak and cari siapa yang terbaik. Jimat masa kan? wakluu nak buat macam tuh, kau ingat  diorang tuh hape! kalau dapat macam nie tembak jer baik....ishh...


xp : Atau mungkin spesis manusia macam nie memang takde perasaan langsung dan tak fikir perassan orang lain langsung. Kerja dia nak kenakan orang janji dia puas dengan apa yang dia buat. Bagus! baik ko sedekahkan sesume hati koh tuh yang perlukan hati. Tuhan bagi free hati tuh, ko guna ia untuk sakitkan hati orang lain. jom kite bakor dia!


So, secara kesimpulannya,kadang-kadang walaupun kita taknak perkara macam nie terjadi kat kita, kita berkawanlah dulu dengan orang tuh dan jika kita rasa dia sesuai dengan kita, barulah fikirkan langkah yang seterusnya. Budak-budak zaman sekarang baru kenal 1 2 bulan terus kapel. pastuh nangis esak-esak sebab menyesal. Jangan macam tuh, kalau tak pasti, boleh buat solat istikharah jangan terburu-buru buat keputusan. Kalau dia benar-benar ikhlas menyayangi kita, dia akan cuba sedaya upaya untuk jaga hati kita supaya kita tak fikir bukan-bukan pasal dia.Kalau yang pernah kena, TOLONGLAH jangan korang balas dendam dengan kenakan orang yang sayang korang.Mereka tak tau apa-apa. Kalau kita buat jahat kat manusia, Insyaallah tuhan akan bagi balasan kat atas muka bumi ni juga.cuma lambat atau cepat jer. Kalau korang pernah dicurangi,bersabarlah walaupun perit tapi kalau korang SABAR, Insyaallah korang akan dapat yang LEBIH BAIK dari spesis manusia yang mintak kena tembak macam tuh. 

p/s: kadang-kadang kita jumpa orang yang salah,salah,salah dan salah...sebelum kita jumpe orang yang betul-betul baik untuk kita. Allah tuh Maha Adil, lambat laun tuhan akan tunjukkan kalau pasangan kita tak jujur dengan kita. sabo jerlah =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=