Pages

Sabtu, 6 Ogos 2011

Percubaan Pertama

 Assalammualaikum w.b.t semua! ok, this is my first posting. Nervous sebenarnya nie(ceh,macam nak hadiri penyampaian anugerah pulak). Aku sebenarnya dah lama berhajat nak buat blog nie tapi disebabkan aku nie masih green lagi dalam bab-bab nie dan aku pun tengah mencari idea apa yang sesuai untuk blog aku, aku pun tangguhkan lah dulu. isk isk =(


 Aku tak nak buat posting panjang lebar(seboleh mungkinlah). Urm, macam karangan 120 patah perkataan tuh. hehe. Tapi aku akan try my best untuk share dengan korang apa yang aku tau k? kalau ada benda yang aku tak tau pun aku akan amik tau pastuh aku share kat sini k? 


 Meh, aku cerita sikit pasal aku. Itu pun kalau korang nak tau. Aku nie orang Melaka. Aku kerja dengan parents aku di kedai makan. Aku berumur 21 tahun. Aku tak ada benda yang terlalu interesting pasal life aku, apa yang aku buat yang nak diceritakan kat korang tapi aku akan share benda-benda yang berinfo. Contoh macam fesyen ke, make up ke, tempat-tempat menarik ke, tips-tips ke. Anythinglah! janji bagi aku menarik. ok?


 Aku tak paksa korang pun nak baca blog aku nie, korang rasa korang boleh masyuk, korang ikutlah kalau tak, aku tak paksa. Kita tak boleh paksa 1 dunia nie suka kat kita tak kiralah macamana bagus pun kita cuba tapi yang kita boleh buat adalah cuba sebaik mungkin. Take the majority, not minority. kalau majority tuh suka apa yang kita buat, go ahead lah. Yang minority haters tuh tak yah nak pening-pening lalat nak pikir. Buang minyak jer diorang tuh. K guys? eh, kata 180 patah perkataan. Nie dah lebih nie. hehe, biasalah baru nak kenal, semua nak story yer tak? So, happy blogging and reading guys! ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=