Pages

Selasa, 9 Ogos 2011

Baiknya Tangan Yang Di Atas

Orang Bersedekah kita pun mahu bersedekah...
tetapi pada masa yang sama ragu-ragu dengan pemberian itu. Ikhlaskah itu?
Bersedekah menyempurnakan iman seseorang
namun ia harus dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.
Hanya Allah sahaja yang berhak memberi ganjaran.

"Tangan di atas, lebih baik daripada tangan di bawah dan mulailah dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah ketika berada dalam keadaan mencukupi(segala keperluan). Barang siapa memohon dipelihara(untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Dan barang siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya "
-Hadis Riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.- 







Di bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita berama-ramai banyakkan sedekah. Lagi berganda2 pahala yang kita dapat. kan kan? Sedekah tuh tak semestinya nak duit jer tapi boleh jer kalau nak sedekah lauk kat orang sebelah rumah ker, walaupun rumah dia dah ada lauk , buat lauk lebih pastuh bagi kat orang masjid ker, baju kurung or baju melayu atau seumpama dengannya kalau korang tak pakai, bagilah kat anak2 yatim or pusat kebajikan tapi jnganlah korang bagi baju yang dah koyak ghabak,dah lusuh sampai dah tak nampak warna korang bagi. ish, kesian budak2 tuh. Kalau korang ada duit terlebih2, belilah baju raya baru untuk diorang. manalah tau bila dapat baju yang bau kedai nie, dari bau baju yang korang bagi entah pape ntah feeling nak raya tuh membuak2. yeay yeay baju baru ^_^ comel kan?







Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. So, korang janganlah risau kalau apa yang korang bagi dengan ikhlas tuh akan menyebabkan harta pusaka kau tuh berkurangan kerana dah janji Allah kan, kalau kita bersedekah dengan ikhlas, Insyaallah lebih banyak rezeki yang Allah bagi. The more we give, the more we get.




Janganlah kedekowt sangat sebab harta dunia ni tak leh bawak sampai dalam kubur punnn. Yang kita bawak setelah kita mati ada 3 perkara. Cecuba korang teka apa? ce teka ce teka? dah dapat? Yess....markah penuh bagi anda!! hua hua... First, ilmu yang bagi faedah kat orang lain, second, doa anak yang soleh, and third adalah sedekah jariah. Ha, pandai pun...cucu siape lah ni....=p




Ok, lah aku kupas sempoi pasal sedekah nie. kalau korang nak tau lebih banyak, korang google lah ea. Lebih banyak info yang akan terkesan kat hati korang kalau membacanya. isk isk... so, banyakkan sedekah kurangkan mengumpat k? Selamat berpuasa! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=