Pages

Isnin, 22 Ogos 2011

Series Bosan!

aku takde mood nak buat apapun harini. Maybe sebab aku tak cukup tido plus plus tension pasal few things yang aku nak kena buat.On9 fb pun aku tak tau nak watpe. Kawan takderlah ramai sangat. Semua kawan kawan aku jer yang kat dalam fb tu. Aku duduk rumah jer 1 bulan ni. Cuti. Maybe hari raya ke-3 baru aku meniaga. PEhh! kejap jer masa berlalu ek? Aku cuti duk rumah pun bukan tak buat kerja, aku belajar buat kek..nyum nyum...memasak(ha???baru nak belajar? umo dah 21!) ahhh..lantaklah orang nak cakap apa. Kalau bakal mak mentua tau nie, konfem aku FAIL! haha


Kalau orang yang berbiznes macam aku maybe diorang faham kenapa. Yerlah, mana ada masa sangat dengan family, hal hal dapur ni sebab sibuk dengan biz. Hari hari duk hadap kedai. Yang aku tau goreng mee,nasi, tuh jer...Tapi aku memnag minat memasak, so aku nak belajarlah bersungguh sungguh..cek wahh..


Sampai bila kan? Umo pun makin meningkat*isk isk*. Taknaklah kasi laki aku makan meggi hari hari.Orang kata nak pikat lelaki ni caranya pikat selera/pewut dia dulu...hehe..entahler, aku dengar orang pernah cakap tapi bila fikir fikirkan balik, yer tak yer ek? Mana ada laki nak bini yang tak tau masak. huhu..psssttt...tapi kalau aku kan, aku lebih suka bakal laki aku pandai masak.Leh tolong aku yang tak beberapa pandai masak ni. hehe..


Ciri ciri lelaki idaman korang pulak macamana? Adakah kacak? ala ala korean? gentleman? kaya? bijak? or macamana? Aku tak leh bagitau ciri ciri lelaki idaman. Aku nak mereka jadi diri mereka sendiri dan aku akan nilai dari situ.*wink*


Kadang kadang takut gak nak pikir bab kahwin ni. Yerlah, mana taknyer, kat surat khabar, banyak kes dera bini lah, simbah asid lah, dan macam macam lagi. Seram dowh...tapi aku tau tak ramai macam tuh. Berdoalah yang korang akan dapat lelaki yang baik, yang akan pimpin korang ke jalan Allah. Insyaallah. 


Allah pernah berkata yang orang yang baik untuk pasangan yang baik dan sebaliknya. Tapi kalau kita nak dapat orang yang baik, kita kenalah berubah. ye tak? Walaupun kita rasa diri kita ni banyak sangat dosa, and rasa diri kita ni 'jahat' tapi tak semstinya kita pasti akan dapat pasangan yang jahat. Manusia boleh berubah kan? Selagi kita bernafas,pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Cuma, jangan sesekali berperasangka buruk pada Allah. Dosa yang kita lakukan atas pilihan kita sendiri bukan Allah yang takdirkan kita  jadi jahat. Anggap je itu sebagai belajar dari kesilapan dan kita takkan sesekali ulanginya lagi.*janji cepat*


panjang pulang karangan aku ea? Aku just share apa yang aku tau. Kalau ada apa apa nak share dengan aku, beritaulah ea. Aku tak kisah. Kongsi maknanya sayang...kan kan? =)


1 ulasan:

  1. zaman sekarang zaman duit..ade duit semua org nak..so dari pikir hal tu better cari duit puas2..^_^&

    Entri Terkini : Tips berjimat ketika di hari raya #apeponboleh

    Entri terdahulu : Shopping Raya yang sakan

    BalasPadam

Budi Bahasa Budaya Kita c=