Pages

Sabtu, 27 Ogos 2011

Aaaaaahh....Aku dah tak pedulik!




Hye korang! ok, Aku nak beritahu, kalau korang taknak tahu pun aku beritahu jugak!aku ni blogger baru. Aku start blogging pada awal bulan lapan tahun ni dan first entry aku adalah "Percubaan Pertama" . Aku sebenarnya dah lama nak berblogging ni dan Alhamdullillah setelah berpenat lelah belajar tentang blog, template dan apa yang korang nampak kat blog aku tu lah hasil dari pembelajaran aku yang aku amik dari sifu blogging. Click sini untuk link. Aku ada blog sebelum ni dan ia tidak menjadi.Tulah akibatnya main bantai jer buat tanpa belajar, kan dah nyesal tak sudah. 


Dulu, aku tak suka baca blog orang sebab pada tanggapan aku, blog ni bosan sebab kebanyakkan cerita pasal diary life.Nothing yang bagi faedah kat aku. Aku pun pelik kenapa orang still berblogging. Tapi itu tanggapan aku zaman dolu dolu k? Tapi sejak aku terjumpa blog Cik Epal ni dari majalah, aku tertarik dengan cara penyampaian blog dia. Ia membuatkan aku terasa nak baca dan baca lagi. Kebanyakkan cerita yang dia sampaikan adalah pasal routine life dia which is  aku sangat tak suka membacanya dulu.  Tapi,ia telah mengubah persepsi aku bahawa blog ni tak semuanya membosankan tapi ia bergantung kepada cara penulisan blogger itu sendiri. 


Start dari tu aku blogwalking blog orang lain dan banyak yang aku belajar.Bagaimana nak buat sesuatu blog itu menarik dan bermanfaat. Cari jer kat google, banyak yang korang akan jumpa. Aku tak kata blog aku dah cukup bagus cuma aku belajar dari pemerhatian dan reaksi orang terhadap blog yang mereka baca.


Ada pelbagai jenis blog, ada yang pasal life,free thinker,fashion,tips/tutorial,gadjet,kesihatan,gossip dan sebagainya.Aku ingat 'kefamousan' blog ni adalah pasal berapa banyak follower kau ada atau berapa banyak duit yang kau boleh dapat dari iklan. Tapi ia sebenarnya keikhlsan dalam menyampaikan sesuatu.Aku mengaku dulu aku tamak haloba nak ada follower banyak sebab aku rasa ia membantu blog aku untuk 'naik' tapi aku silap, kalau kita banyak follower pun tapi kalau takde orang yang baca/komen, takdelah nilai blog tu. kan kan? *angguk cepat*


So,sekarang ni aku dah tak kisah sangat pasal follower ni. Takmo dah paksa paksa orang follow aku tapi bukan bermakna follower tu tak penting buat aku sebab follower tu macam rakan seprjuangan aku *isk isk touching jap*. siapalah aku kalau takda follower follower yang sudi support.Aku akan follow blog mereka yang follow blog aku sebagai tanda penghargaan. Aku akan comment kat mana mana entry kalau aku rasa bersesuaian. Kalau tak comment pun aku blogwalking jer.*wink*


Kesimpulannya,menaiplah dengan iklas dan dari hati anda tapi bukan bermakna ikut perasaan yer, main lepas jer taip sampai tak tengok kiri kanan atas bawah.Takut ada orang terluka. Yerlah kan, bila ada manusia yang sakit hati dan berdendam ni,memang kenalah semburan cercian diorang.Walaupun niat kita baik nak menasihati tapi just be careful with ur words k sayang? Baca sepuluh kali sebelum nak post pun tak pe. Aku tak kata yang kita kena perfect tapi at least kita mencuba kan? Insyaallah, kalau niat kita baik, Allah tolong.


Kalau ada yang tak puas hati gak dengan apa yang kita share, walaupun tak guna kata kata cacian dan seumpamanya, maka ingatlah, orang tu memang pergi mana mana pun orang tak suka sebab dia tak boleh nak take it positively dan memang takde kerja agaknya selain nak marah marah orang.Baik tolong mak masak lagi bagus.  Peace yo! ^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=