Pages

Khamis, 18 Ogos 2011

Terima Kasih kepada Blogger blogger yang sudi follow aku ^_^

Aku rasa terharu sebab follower2 aku yang ohsem sudi follow blog aku.sob sob.. Tak kisahlah korang ikhlas ke tak sebab bagi aku, tak kenal maka tak cinta kan? Aku blogger baru, so aku tak leh nak harapkan blog aku terus meletup bom kebam bom! macam blogger2 terkenal kat luar sana tu yer tak? Macam ni lah blogger yang baru nak meningkat naik(cek wahhh). Aku akan follow balik blogger yang follow aku,Insyallah..Tapi yang follow aku tu, aku takkan sia2 kan penat lelah korang mengarang tu, Insyallah bila aku ada masa dan cerita yang menarik, aku baca k? 

kalau korang ada apa2 tips, share lah dengan aku. Kongsi maknanya sayang...^_^.
Aku lebih suka pengisian berbentuk info dan fakta sebab dah naluri manusia nak tau tentang sesuatu kan kan? Blog2 yang aku terjah tadi semuanya best2 belako,ada yang cute, ada yang serius, ada jugak blogger baru macam aku. So, tabik spring potato lah kat korang sebab hebat2 blog korang nie.Lainlah macam aku,amatur lagi. 

Blogger2 sekarang aku tengok makin matang dalam penulisan dan tatahias page mereka.cucu sapelah nie...ehem ehem..Tapi perlu diingatkan jangan sesekali berkongsi sesuatu yang sensitip dan boleh menaikkan kemarahan orang lain. Nanti,bukan pujian yang korang dapat, tapi sebaliknya. Aku taklah nak mengajar sesiapa pasal hak berblog ni. Tapi aku nasihat jer.Mungkin ada yang fikir,"nie,belog aku suka hati aku lah nak taip ape!" memanglah blog kau, tapi yang kau taip tu takkan kau sorang jer kowt yang baca. Ish ish ish.*geleng kepalah lima puluh lima kali*

Kita kena fikir tentang perasaan orang lain bila berblogging ni.Jangan main bantai jer.Tak salah kongsi pendapat dan maklumat asalkan tidak k.e.t.e.r.l.a.l.u.a.n. Banyak cara lain, nak didik/beri nasihat kat orang lain,dan menghina, adalah BUKAN SAMA SEKALI caranya.Nanti tak pasal2 kau kena hentam ngan blogger lain pulak, kan naye...

Aku pernah banyak kali baca blog orang lain sebelum ada blog sendiri.Ada blog yang bagus dan sebaliknya. Tapi aku tak kata semua blog tak bagus ea.Masing2 punya cara.Tapi aku percaya, manusia sekarang ni lebih matang dan pandai serta berhati2 meluahkan pendapat. Kan bagus kalau macam tuh..cucu sape lah ni...hehe....

So, u guys, maaf kalau ada yang terasa atau korang rasa tak patut.aku bukan nak condem sesiapa tapi sekadar BERKONGSI apa yang aku rasa patut.Terima atau tidak terpulang, sebab apapun yang kita buat, walaupun orang lain tak nampak, Allah sentiasa tahu akan apa yang kita kerjakan.

Wassalam dan selamat berkenalan....=)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=