Pages

Selasa, 16 Ogos 2011

Bersediakah Kita?




Aku baru jer habis baca blog Cik Epal tadi pasal azab seorang perempuan <<klik utk tahu berita lanjut<<. Tentang seorang perempuan yang dulu hidupnya bergelumang dosa dan telah diberi hidayah oleh Allah semasa dia berada di Madinah untuk menunaikan haji. Dia koma, dan pada dalam koma tu, Allah telah tunjukkan azab siksaan atas dosa yang dia telah lakukan. Memang touching sangat lah bila baca. Tersentak lak aku. Begitu besarnya kuasa Allah. Tapi bagi aku, perempuan tu untung sebab Allah dah bagi 'sign' tentang azab seksaan kubur. Allah beri dia peluang yang ke-2 untuk berubah. Subahanallah..dan beri iktibar kat kita juga bila perempuan itu sampaikan 'pengalaman' dia pada orang lain.Hamik pengajaran, jangan dok baca jer,harini baca sok lupa.huh!




Amalan yang baik akan dapat balasan yang baik dan sebaliknya dan walau sekecil zarah pun amal ibadatnya, Allah akan hisab.Tapi ramai orang sekarang ni sebenarnya makin alpa, makin lalai dengan perhiasan dunia. Aku bukanlah nak memandai cerita, aku cuma nak share jer apa yang aku tau.Kongsi maknanya sayang ^_^. 


Bila-bila masa jer kita boleh mati kan? Bersediakah kita untuk menghadapi sang Pencipta? Aku tak rasa aku ready. Banyak lagi yang belum kita 'kutip' untuk bekalan di hari kemudian nanti. Takut kan bila fikirkan mati. kau takut? Aku bukan takut apa, aku takut amalan aku tak cukup untuk masuk di tempat yang di redhai Allah tuh nanti.sob sob =( Ada orang pernah cakap kat aku, kalau kita kejar duniawi, kita akn rasa kenikmatan kat dunia jer tapi bila kita kejar ukhrawi, Insyaallah kita akan peroleh keduanya.


Allah tak halang kita nak belajar mana mana ilmu asalkan ilmu itu bawa manfaat pada diri sendiri,keluarga dan masyarakat. Islam itu mudah sebenarnya jika kita memahaminya. Kalau kita fikir dugaan/masalah yang kita hadapi sekarang besar,ingatlah, pada zaman nabi dulu lagi besar dugaannya. Susah nak berjihad di jalan Allah,lagi kaw kaw mereka kena tapi kerana nak pertahankan Islam, mereka bersabar dan ganjaran yang Allah bagi, tak ternilai...


Islam ni adalah agama yang perfecto.Setiap segi dalam kehidupan ada panduan/tatatertibnya cuma manusia ni kadang kadang yang suka mengangap sesuatu tu susah. ish ish ish. Aku cuma nasihat,bukan nak condem sesiapa. Tak semstinya kita perlu sempurna macam malaikat untuk tegur orang lain.Dalam kita tegur orang lain tuh, sebenarnya ia mengingatkan untuk diri kita juga.Tapi biarlah ikhlas dan ada cara, jangan ko pergi ugut nak bunuh atau  memaki hamun orang tu sebab dia buat sesuatu kesalahan. Tak elok kan? Kalau orang lain buat macam tu kat kau macamana? mesti touching kan kan? 


So, buat sesuatu, kenalah ada cara yang betul dan kalau tak faham, boleh jer tanya pak imam, pak ustaz atau ustazah yang bijaksana tu. Sebenarnya orang yang bijak adalah orang yang berfkir dengan akal, bukan dengan hati. Wassalam. Ampun kalau ada yang silap atau terasa. Ooops, Ini hanya perkongsian. Kongsi maknanya sayang...=) 









1 ulasan:

  1. jom join contest
    http://mieyasays.blogspot.com/2011/08/delightful-ramadhan-contest.html

    BalasPadam

Budi Bahasa Budaya Kita c=