Pages

Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Februari 2012

Teknik Interaksi Disukai oleh Perempuan Yang Patut Dilakukan Oleh lelaki



First,jangan tunjukkan sikap ego.Perempuan memang tak beberapa berkenan kalau baru jer kenal serta pemulaan interaksi lelaki start menunjukkan sikap ego macam membangga diri dan sombong diri.yerlah, kot yer pun kau pandai, tak yah lah show off sangat macam kat tau semua perkara, menyampah kot.. Perkara begini boleh membuatkan perempuan menyampah dan rasa rendah diri dan tak selesa dengan lelaki.ish ish ish...=_='. seorang lelaki yang mempunyai magnet diri seharusnya sentiasa peka kepada tindak balas perempuan bila berinteraksi dengannya agar interaksi yang berlaku disenangi oleh perempuan. Takderlah, buat diri perempuan tuh macam tak tau pape kan? tolak ansur sikitlah guys. 

Second,kalau nak berkongsi pendapat mengenai sesuatu sentiasalah katakan "melalui pemerhatian saya..." kata-kata macam tuh membuatkan perempuan merasakan dia rasa dihargai dalam membincangkan mengenai sesuatu isu itu. 
psstttt...perempuan suka kalau dia rasa dihargai. =)

Third,gentleman please tolong lembutkan nada suara kalau korang nak minta tolong kat perempuan. Perempuan secara nalurinya suka kepada nada suara yang lembut tetapi tegas. Tapi AWAS! LEMBUT BUKAN BERMAKSUD MENGADA NGADA. Gunakan kata-kata seperti "boleh tak...", "Apa pendapat...", "Tolonglah...." berlembut tapi jangan gedik k? =)

Forth, Kalau nak berinteraksi bab perkara yang sedih atau menakutkan, gunakan "Adakah awak okey...", atau "melalui pengalaman yang pernah saya rasai...." dengan pendekatan macam tuh akan membuatkan para wanita merasa selesa,selamat,rasa dipercayai. Ini akan memberi lebih banyak peluang dan ruang untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Akhir sekali, Kalau nak bercakap, apa kata kalau masukkan sekali kata-kata motivasi bukan motibasi tau! macam "awak nampak cunlah harini...", "Patutlah saya sukakan awak sebab......", atau "Saya suka cara awak berjalan, macam modellah" dan suka hati korang lah nak cakap hape janji IKHLAS k? =)

dah naluri perempuan suka diberi pujian serta perhatian. Pasti perempuan lebih tertarik dan anggap korang sebagai seorang yang berpesonaliti dan dihargai. Perempuan suka kalau lelaki jujur even kadang2 benda tuh pahit tapi perempaun tuh akn tetap hargai kejujuran korang. So, jangan menipu k kerana perempuan pasti dapat 'hidu' penipuan korang. watch out!


P/s: (Teknik-teknik ni untuk LELAKI je. kot2 payah bebenor nak ngorat, aku bagi tips. Tapi jangan sampai terkantoi palk yer!. hehe. Selamat mecuba) =)

Khamis, 12 Januari 2012

Kenapa aku masih....



Kenapa aku masih lagi teringatkan kau ha? Aku cuba untuk lupakan kau.Dulu, memang azablah nak lupakan kau. Hari-hari asyik teringat kat kau jer. Sampai berjerawat kepala aku ni. Tapi, Alhamdulillah makin lama makin aku lupa tentang kau. Kalaulah ada ubat dalam dunia ni yang boleh buat aku terus lupa pasal kau kan bagus, macam aku langsung tak kenal kau. Tapi, aku tau aku takkan boleh lupa pasal kau sampai bila-bila. Tapi, kenapa sekarang aku asyik teringat kat kau jer? Time aku busy pun aku tiba-tiba leh teringat kat kau. Kenapa eh?

Kadang-kadang sebelum tidur, aku pikirkan pasal seseorang, orang tuh takder lak muncul dalam mimpi aku tapi bila aku terfikir pasal kau kejap pun kau boleh masuk dalam mimpi aku. Kenapa eh? Kenangan kau yang tinggal pada aku tak banyak sebab banyak aku dah delete. Tapi aku tak boleh erase semuanya sekaligus. Tension dowh!

Kau ada call aku haritu tapi aku taknak jawab. Nak tengok tahap kesungguhan kau nak call aku. tapi kau call aku sekali jer. Pastuh terus taknak call sampai sekarang. yerlah, aku bukan penting mana pun kan? Tak de aku pun kau boleh idup gak kan? yerlah, kawan sangatlah kita nie. 

kau tau tak? dah lama aku tak fikir pasal kau, tapi akhir-akhir nie aku asyik terfikir pasal kau jer. Aku buat apa pun kau tetiba ada. apesal eh? Aku memang dah tak nak ingat pasal kau pun. stress aku!

Life aku sekarang memang busy.Pagi aku bangun oergi kerja, malam balik kerja,rehat terus tido. itulah rutin aku tiap-tiap hari. aku makin dewasa dan matlamat hidup aku makin jelas. Bab pakwe, balak nie aku langsung tak fikir. Tunggulah anak raja meminang kot(perasan jap) hehe. serius, kawan-kawan aku yang lain dah ada yang dah kahwin, ada yang dah ada anak pun. Aku jer macam nie. Bukan tolak ketentuan Allah, cuma aku belum ready. diri aku serba kekurangan. Nak sara diri pun susah, nak ada family? Tanggungjawab besar kowt..

Tapi, kalaulah ada my Mr.right aku nanti kan, aku nak seorang yang ada GOOD ATTITUDE. tuh jer. Aku belum boleh fikir pasal siapa calon aku sebab memang takder sekarang. yang nak try tuh memang ada cuma aku jer yang taknak take it seriously. 


Reminder to myself: STOP THINK ABOUT HIM and MORE FOCUS ON MY DREAMS. 

so guys, kalau tak dapat lupa orang yang korang nak lupakan, try make urself busy or find new hobby. Good luck! =)

Sabtu, 27 Ogos 2011

Eh, Ada Apa Dengan Tauge?

Morning! Korang apa khabar? wah, mesti tengah busy siap siap barang untuk raya kan? Bestnyer,baju tahu ni warna apa? Aku 2 helai jer. Aku tak pakai baju kurung tahun nie tapi aku pakai baju ala ala jubah. ala, kira long dress lah tu ek tapi malangnya labuh. Yerlah, mana ada pernah jubah saiz aku. huhu =(





Tapi takpe, nanti aku pandai pandailah adjust sendiri kerat mana yang patut. Ni, aku nak bercerita sikit pasal tauge. Kau suka makan tauge? Aku suka sangat sangat nak nak kalau makan dengan kueh tiaw goreng *terliur jap,eh eh puasa tau*. Aku tengok lah kan, ramai orang tak suka makan sayur, lebih lebih lagi tauge. Kenapa ek? adik aku pun tak suka tapi aku sumbat gak dalam mulut diorang. Bukan ke sayur sayuran tu berkhasiat. yer tak? Aku tengok tauge tuh bukanlah makanan yang pelik malahan ia bagus untuk mencegah kanser. Tak caya? baca lagi....


tauge dikatakan mampu menyumbangkan kesuburan laki dan pompuan.Pengambilan tauge oleh orang lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh mereka makin baik.Untuk wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Selain tu, khasiat tauge juga mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan benih kanser,usus besar,pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian, tauge sama ada dari jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(sejenis asid yang amino). Kanavanin mampu melumpuhkan kanser leukimia,susu besar dan pankreas.


Kalau perempuan selalu makan tauge, dapat membantu menghindari mereka dari benih kanser payudara,gangguan menjelang menstruasi,simptom pra menopaus, dan gangguan akibat menopaus. So, ladies always eat more tauge k? ^_^


Kalau korang selalu sembelit, boleh juga amalkan makan tauge ni sebab tauge membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi serat dan air.Bila kotoran cepat cepat tinggalkan usus besar, tak ada lagi zat zat racun dalam kotoran yang dapat diserap body anda. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.


Ok, kalau ada words yang korang tak faham, boleh google k? Aku rasa korang akan lebih paham.So, mulalah memakan tauge harini demi kesihatan korang k? Urm, aku selalu tertanya tanya kenapa ada orang tak suka makan tauge ni? kalau korang tak suka makan tauge, boleh tak beritahu kenapa? Just wondering...Tq =)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Maksud Gaya Tidur Lelaki




Agak agak, korang ingat tak cara korang tidur macamana? terlentang ker,terlangkunp ker,menonggeng ker, hape ker tau tak? Ada orang pernah bagitau? hurm, ni aku nak habaq pasal gaya tidur orang lelaki ni.ni boleh dijadikan rujukan k? nak percaya bulat bulat dok aih, kang ada yang kata, mana ada, tipu lak kang. kan naye aku...Nie berdasarkan kajian jer. =)

Menurut Samuael Dunkell,Pengarah Insomia Mediacal Services,New York City mengatakan sifat seseorang lelaki itu dapat dilihat melalui cara mereka tidur. Check it out!:

Terlangkup - Jika korang tidur dalam posisi macam ni,korang mempunyai semangat dan tenaga.Sentiasa menepati waktu dan mudah mendapat kejayaan.Pada masa yang sama,mereka suka mengawal orang lain termasuk pasangannya.ish ish...*geleng kepala lima belas kali cepat*

Sambil memeluk bantal - Korang sangat peka dan mudah tersinggung.korang begitu mengharapkan keputusan yang positif daripada orang lain sebelum mengambil langkah lebih jauh.owh, sensitip ghupenyer....

Memeluk badan - Lelaki yang suka tidur sambil peluk tubuh adalah seorang yang rasional,mudah simpati dan mempunyai pola hidup yang teratur. Kalau terlalu mudah bersimpati kat orang pun payah gak sebab senang kena tipu.ye tak?

Terlentang - Korang sudah biasa menguasai seluruh tempat tidur,sesuai dengan sifat korang yang mempunyai keyakinan diri,suka mencuba sesuatu yang baru tapi agak bagak(sombong) dan ingin menjadi perhatian orang lain.

Percaya ke tak,itu terpulang,ni berdasarkan kajian jer.Korang boleh jadikan itu sebagai rujukan.Nak percaya 100 persen pun dok aih,ini semua kuasa Allah, manusia boleh berubah. kan kan? Tapi kan, tidur yang paling baik sekali kata Nabi Muhammad s.a.w adalah tidur mengiring ke kanan.