Pages

Isnin, 26 Mac 2012

Jatuh cinta??? hurm...susahnya...



Siapa dalam dunia ni yang tak pernah jatuh cinta? Semua orang pernah kan? termasuk yang sedang membaca entry aku ni. hehe. Aku pun pernah. First time aku start sukakan seseorang tuh adalah bila aku darjah 6. Tiba-tiba aku macam ada 'feel' kat dia lak. Padahal, tegur dia pun aku tak pernah. hurm, tapi perasaan tuh hanyalah aku pendam jer and hilang bila aku naik tingkatan satu.

Boleh dikatakan, sejak dari tuh aku akan suka seseorang setiap tahun.Orang yang aku suka lak dari kelas aku sendiri. Tapi aku tak pernah bagitau pun. Diam diam sudeyh yerk? Tapi, bila difikirkan balik aku nie asyik suka orang jer tapi orang tak pernah suka kat aku atau bagitau dia suka aku. Sakit hati gak bila orang yang kita suka tuh buat derk and bila rapat dengan pompuan lain. Aku nak tegur? Tapi, hurm, jangan haraplah..aku kan pemalu orangnyer huhu...

Tapi, bila aku form 3, aku buat keputusan untuk tak nak sakitkan hati aku sendiri. Aku tak nak mudah jatuh cinta dengan orang.So, aku dah tetapkan hati aku macam tuh. no more hurt feeling...yeah baby!! ^_^

Tapi bila Form 5, aku tak tau kenapa aku boleh ter'kapel' dengan mamat sorang nie. Mulanya kitorang  hanya kapel main main tapi akhirnya ter'sangkut jugak. Kitorang hanya bertahan 1 tahun lebih jer. 

So, sejak dari tuh aku memang susah nak jatuh cinta, bukan sebab nak jual mahal ker, atau market lebih tapi aku takut, kalau hati aku yang sakit. Tapi bila aku dah sayang seseorang tuh, aku akan take it seriously, no play play haa...Tapi kalau dah sayang tuh, walau macamana kita elak pun, kita akan tetap rasa kepahitannya juga kan? 

Dah lumrah hidup ada pahit ada manis. Kita sebagai manusia anggaplah yang manis itu pengalaman dan yang pahit itu pengajaran dan belajarlah dari kedua-duanya. Aku berdoa tuhan akan kurniakan jodoh yang terbaik untuk diriku dan  yang paling penting direstui keluarga aku.

Jangan pernah berputus asa bila ingin memiliki cinta yang dicari kerana cinta itu akan datang dengan sendiri tanpa disangka dan bila ia tiba, terimalah dengan hati yang terbuka dan bersedialah dengan apa yang dihapanmu kerana apa yang akan kamu laluinya nanti adalah perjalanan yang akan menetukan arah cintamu. Tapi cinta yang abadi dan hakiki hanyalah cinta kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=