Pages

Selasa, 19 Mac 2013

Arrgghhh...Kahwin!




Setelah sekian lama menyepi, aku kini kembali. Laptop aku yang dah terbengkalai lama rosak sudah dibaik pulih(pinjam duit bapak aku bulan depan ganti balik.hee~~) Hari nie hari lahir adik aku no 2. Siti Zubaidah. Semalam besday ayah aku. tak sambut sangat pun. Budak-budak kat tempat kerja yang tolong sambut. Wat surprise ^_^. Ayah aku tetap dengan muka cool dia tapi adik aku terperanjat sampai tersemput-semput. hehe.. Papepun, tengs kat semua yang rajin buat surprise kat ayah dengan adik aku. Aloh, susah-susah jer...nanti leh lah buat untuk aku punya besday nanti. hee~~(ok,buat muka tak malu @_@)

Ok,berbalik kepada tajuk di atas(dah banyak lari dah nie) aku nak cerita pasal KAHWIN. lebih terperinci adalah kahwin muda. Bersediakah anda? Umur aku dah 23 tahun. Semakin lama, semakin ramai kawan-kawan aku yang sudah mendirikan masjid. To be truth, aku tak pernah datang pun majlis diorang(sorry...sedih sangat ok and serba salah sesangat =( ) bukan aku taknak tapi disebabkan aku kerja hari hujung minggu. Memang tak dapat cutilah. Kalau diorang kahwin hari Khamis, confirm aku pergi! (sesuka hati aku jer nak letak hari kan? hee~~) Tapi...apakan daya...aku pasrah. Dalam hati aku rasa serba salah sesangat. Walaupun tak pergi tapi bila diorang update gambar diorang kat fesbuk, aku LIKE berbanyak. terharu ler...kawan-kawan aku dah beso rupenye...isk isk isk.. Terpikir gak kalaulah aku kahwin kan, ade ker kawan aku nak datang? ok, tacing jap...

 First yang aku tau kawan aku kahwin masa umur dia 18 tahun. Sekarang nie dah ada anak 2 dah. chomel sesangat ^_^. Aku suka tengok status kawan-kawan aku. Semakin lama mereka semakin bijak mengatur hidup. Teringat dulu masa aku dengan kawan baik aku beli 4 5 bijik kuih kat kantin tiap-tiap pagi sekolah. mentang-mentanglah kantin 15 tapak kaki jer dah  sampai. Sekarang nie dia ada kat Sabah study. Bagi aku dialah kawan aku yang paling chomel. Norizan, aku sayang rindu kau berbakul-bakul! kaulah kawan aku yang baik.


Sorry guys, aku emosi jap. Teringat zaman dedulu. k, takpe aku nak cerita pasal kahwin. Fokus-fokus! Aku sebelum nie tak terfikir pun nak kahwin. yang aku nak aku nak kerja cari duit berbakul-bakul pastub baru fikir kahwin. Tapi bila tengok kawan-kawan aku kahwin, tiba-tiba aku rasa diri aku nie semakin ketinggalan lak. semakin tua pun ade(haha,perasan diri macam umur 18 tahun lagi =p) Aku tak pernah tetapkan had umur aku kahwin tapi kalau nak tunggu aku betul-betul bersedia, aku memang tak tahu. Aku rasa aku masih belum mampu nak tangung anak laki aku(eh,bukan laki tanggung bini ke??ahh, same2lah kite) diri aku sendiri pun tongkang terbalik lagi. Apo kono eh den nie...bilo lah nak berjayo ek?

Kalau korang tertanya-tanya calon, aku memang dah ada (hik,malu lahh ^_^) cuma aku takut mak dengan ayah aku jer. Takut diorang tak boleh terima dia jer. Mak ayah aku pun tak pernah tanya aku dengan siapa aku kawan dan bila aku nak kahwin. Langusung TAK! Mungkin sebab tuh aku rasa diri aku nie macam budak sekolah(cup2, eh bukan ker ramai cakap muka aku nie macam budak bawah umur? bukan perasan k? orang cakap...hee=p) Aku tak paksa diorang pun. Just aku berdoa diorang boleh terima pilihan hati aku tuh. Amin....

Aku kalau boleh taknak kahwin lewat takut kalau anak dah beso, aku dah macam nenek diorang dah. aarrrgghhhh....enggak mau!! Tapi aku belum cukup stabil nak mendirikan rumah tangga. Lesen kereta pun takde lagi...hmmmm...

Tapi, papepun...Aku akan sentiasa memperbaiki diri aku dan cuba merealisasikan impian aku untuk mempunyai perniagaan sendiri dan aku akan cuba menjadi kekasih dia yang terbaik. Aku memang tak sempurna tapi kehadiran dia menyempurnakan dunia aku. Aku bersyukur sangat dapat kenal kekasih yang baik dan penyabar macam dia tuh. Urm, aku dah start cari info pasal kahwin nie. ok, berangan jap kekadang nak wedding macamana. Almaklumlah aku nak buat sesampoi jer tapi aku dengan kekasih aku tuh anak sulong, mestilah buat yang meriah da boom sikit ye tak? 

p/s: Memang Allah dah tetapkan hidup mati jodoh rezeki tapi kita kenalah berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. Tapi kita mampu merancang sesungguhnya perancangan Allah tuh lebih baik dari apa yang kita harapkan. Tunggu post aku yang seterusnya ya! tenkiu ^_^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=