Pages

Jumaat, 19 April 2013

14 April 2013

Aku mengenali dia sejak kecil lagi. Kami agak rapat dan ibu dia selalu bawa dia dan adiknya datang ke rumah dan bermain bersama-sama aku dan adikku. Masa kecil da seorang yang aktif. Ibunya juga rapat dengan mak aku dan selalu berkongsi pendapat.

Pabila kami menginjak dewasa, macam biasalah masing-masing dah ada perasaan malu dan tak rapat macam dulu lagi. Dia seorang yang pendiam dan tak banyak cakap. Bila dia dah dewasa nie, makin hensem lak dia pandai cipta lagu dan main muzik pulak tu. Dah jejaka hot, ramailah yang jatuh hati kat dia kan.. not surprise lah dia antara jejaka idaman kat sekolah dia.

Walaupun aku dan dia tak rapat aku tegok dia seorang yang tak banyak cakap dan tak nakal macam budak-budak lain. Dia adalah anak sulong dari 5 orang adik beradik. Dia anak yang baik dan tak membantah cakap ibu bapa. Dia seorang yang penyabar jugak.

Tapi segalanya berubah pada suatu malam. Dia dan kawan dia nak pergi main snooker dan masa perjalanan ke sana tak jauh dari rumah dia, dia kemalangan, dia yang membonceng motosikal parah.pedarahan dalaman. kawan dia pula patah kaki. dia terus koma dan pukul pada pkul 1.45 pg 14 april 2013 dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia pergi dalam usia yang begitu muda iaitu 18 tahun. Aku dan adik aku dapat tau pukul 11 pagi. 

Sepanjang dia berada di hospital dia tak sedarkan diri dan adik dia kata dia mengalirkan air mata sahaja kerana tak mampu bercakap. Ayah aku ada di hospital sepanjang malam. Berita yang aku terima sangat terkejut dan sampai sekarang aku masih terbayang-bayang wajah dia dan kenangan kami masa kecil dulu.

Dia seorang sepupu aku yang baik. Sepanjang aku kenal dia dia tak pernah buat jahat. Masa aku tengok muka arwah muka dia berseri jer. Air mata aku mengalir tanpa ku sedari. Arwah dikebumi selepas zohor. Ramai sanak saudara yang hadir. Yang mampu aku buat adalah kiriman doa semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai Allah. 

Iktibar dalam cerita nie berhati-hatilah bawa kenderaan dan hargailah nyawa sendiri. Pastikan korang pakai tali pinggang keselamatan atau helmet semasa memandu. Jangan lalai. tu jerlah yang aku nak cerita. Serius aku masih lagi sedih dengan pemergian sepupuku yang bernama Mohd Azri Farhan bin Md Shah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=