Pages

Selasa, 9 April 2013

Cara untuk cantikkan mata anda 0_0

-ish,besonyer mata budak tecik nie..hehe-

Dari mata, turun ke hati tu bak kata orang lama. Dulu mata orang-orang lama cantik bersinar-sinar bling bling gitu tapi mata orang sekrang banyaknya yang lebam bawah mata, mana taknye...asyk bergayut jer smpi 3 4 pagi tak gitu? cehh..tapi tak semua ea, aku tau ada yang bersengkang mata kerja semata-mata nak cari duit nak kahwin. kan kan? angguk kepala cepat. Orang dulu pukul 10 jer otomatik mata berat macam ada batu bata lekat kat mata tuh sebab muka kebanyakan orang dulu macam nenek moyang kita nampak lebih muda dari usia sebenar. Tak gitu nenek? Oooppsss...

Meh aku share kan dengan korang tips yang aku dapat dari majalah Hijabista feveret aku nih. Aku pun ada problem yang sama. Mana taknye sejak aku kecik memang susah nak tido awal. Mungkin ikut genetik dari ayah aku yang suka berjaga yerlah nak tanggung anak bini, kenelah kerja lebih tapi sekarang aku taklah tido lewat lagi. Korang pun kalau boleh elak-elakkan tido lewat. Tak elok.

Cara untuk buat mata korang bersinar-sinar** 


Ini untuk menenangkan mata yang keletihan.

1. sediakan minyak zaitun

2. pastikan mata bersih dari sebarang mekap.

3. sapukan minyak zaitun pada bahagian bawah mata sambil urut lembut beberapa minit  dan jangan korang sental lak biji mata korang tuh sampai nak terkeluar. pastuh korang bilas sampai bersih.


Lemon dan madu untuk mata sihat

1. sediakan sesudu madu

2. titiskan 3 4 titis air perahan lemon.Gaul sebati

3. sapukan pada bahagian bawah mata

4. biarkan selama 20 minit atau sampai kering pastuh baru bilas.



Lidah buaya dan timun segarkan mata

1. Kisar timun dan tapis untuk amik jusnya.

2. campurkan jus timun dengan gel atau lendir lidah buaya.

3. kacau sampai sebati

4. sejukkan dalam peti ais selama 1 jam

5. guna putik kapas, sapu gel yang dah siap tuh bawah mata korang yang lebam tuh.

6. biarkan kering lepas tuh baru bilas.


Tak nak kedut di mata

1. sediakan sebijik telur

2. pecahkan telur dan keluarkan isinya(isi telur tuh korang leh goreng wat sambal lagi best). Lihat pada bahagian dalam di bawah kulit telur pasti ada sedikit kulit telur yang tinggal. Nampak macam buih kecik.

3. hambik lebihan putih telur macam buih tu dan sapukan pada bahagian kedutan di sekitar mata.tak payah guna botox lagi dah.

4. buat sebelum masuk tidur

5. biarkan ia kering sampai korang terkejut dari tidur. jangan tidur sampai asar lak. 


So, itu sahaja lah tips yang dapat aku sampaikan tentang mata. Bagi aku, lemon dan madu paling simple. barang tuh ada jer kat dalam rumah aku. kalau dah habis merengek sambil guling-guling mintak mak ayah belikan.hee~~~Korang cubalah mana yang korang rasa sesuai untuk korang. Kena rajin buat, jangan 1 2 kali buat tak jadi korang salahkan aku lak. ade kene tampau laju-laju dengan aku kang. k, jumpa untuk tips yang seterusnya. Kalau ada sebarang cadangan atau tips dari nenek moyang yang korang nak share, email lah aku ea di darlisyaazlan[at]gmail.com. ok, SELAMAT MENCUBA! =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=