Pages

Sabtu, 27 Ogos 2011

Eh, Ada Apa Dengan Tauge?

Morning! Korang apa khabar? wah, mesti tengah busy siap siap barang untuk raya kan? Bestnyer,baju tahu ni warna apa? Aku 2 helai jer. Aku tak pakai baju kurung tahun nie tapi aku pakai baju ala ala jubah. ala, kira long dress lah tu ek tapi malangnya labuh. Yerlah, mana ada pernah jubah saiz aku. huhu =(





Tapi takpe, nanti aku pandai pandailah adjust sendiri kerat mana yang patut. Ni, aku nak bercerita sikit pasal tauge. Kau suka makan tauge? Aku suka sangat sangat nak nak kalau makan dengan kueh tiaw goreng *terliur jap,eh eh puasa tau*. Aku tengok lah kan, ramai orang tak suka makan sayur, lebih lebih lagi tauge. Kenapa ek? adik aku pun tak suka tapi aku sumbat gak dalam mulut diorang. Bukan ke sayur sayuran tu berkhasiat. yer tak? Aku tengok tauge tuh bukanlah makanan yang pelik malahan ia bagus untuk mencegah kanser. Tak caya? baca lagi....


tauge dikatakan mampu menyumbangkan kesuburan laki dan pompuan.Pengambilan tauge oleh orang lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh mereka makin baik.Untuk wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Selain tu, khasiat tauge juga mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan benih kanser,usus besar,pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian, tauge sama ada dari jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(sejenis asid yang amino). Kanavanin mampu melumpuhkan kanser leukimia,susu besar dan pankreas.


Kalau perempuan selalu makan tauge, dapat membantu menghindari mereka dari benih kanser payudara,gangguan menjelang menstruasi,simptom pra menopaus, dan gangguan akibat menopaus. So, ladies always eat more tauge k? ^_^


Kalau korang selalu sembelit, boleh juga amalkan makan tauge ni sebab tauge membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi serat dan air.Bila kotoran cepat cepat tinggalkan usus besar, tak ada lagi zat zat racun dalam kotoran yang dapat diserap body anda. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.


Ok, kalau ada words yang korang tak faham, boleh google k? Aku rasa korang akan lebih paham.So, mulalah memakan tauge harini demi kesihatan korang k? Urm, aku selalu tertanya tanya kenapa ada orang tak suka makan tauge ni? kalau korang tak suka makan tauge, boleh tak beritahu kenapa? Just wondering...Tq =)

3 ulasan:

  1. lepasnih, kita makan toge banyak2.. Rasa semangat nak makan toge bila balik kampung nnti^^

    -Bulatmata

    BalasPadam
  2. adakah bentuk toge seperti sperma itu yg mempengaruhi kesuburan kaum adam? hehe..

    BalasPadam
  3. RinsyaRyc : yeah!! jom jom makan banyak tauge. tauge masak ape yang sedap ek?

    Miziey: saya tak rasa dan tak terfikir bentuk tauge tuh mempengaruhi. haha. pelik pelik jerlah awk nie...

    BalasPadam

Budi Bahasa Budaya Kita c=