Pages

Isnin, 1 April 2013

Cara Naikkan Seri Wajah Anda



Semua wanita ingin kelihatan cantik dan menarik(termasuklah aku.hehe). Jadi tak salah lah kalau wanita-wanita di luar sana guna pelbagai cara untuk nampak cantik dan menarik cuma caranyalah kena betul. Meh aku kongsikan dengan korang cara-cara untuk menaikkan seri muka korang(bukan kuih seri muka ea). Korang boleh try semua atau pilih jer yang korang rasa rerajin nak buat. Selamat Mencuba! ^_^

Amalkan Daun Lemuni/Legundi

hambik beberapa helai daun lemuni dan rebus daunnya. Pas rebus tuh korang leh minum airnya jangan daunnya pulak korang telan sekali. Pucuknya pulak korang leh jadikan ulam. Kalau korang rajin, amalkanlah selalu yer

Air Kelapa 

Air kelapa nie memang banyak khasiatnya. Dari kelapa muda hinggalah ke tua. Untuk petua nie korang gunakanlah air kelapa muda yer kalau kelapa tua tuh wat santan sudah. Untuk menyerikan wajah korang yang tak beberapa nak seri korang tuh, gunakan air kelapa nie untuk mencuci muka. Sapu rata seluruh wajah dan biarkan kering. Selepas tu, cucilah balik dengan air yang bersih. Khasiat air kelapa nie dipercayai menyerikan kulit wajah dan dalam masa yang sama memudarkan sebarang parut yang ada. 

Minum Air Sebelum Mandi 

Haa...cara nie aku selalu buat. ia salah satu cara yang mujarab. Aku rasa ramai gak yang dah pernah try cara nie kan? Nie mesti emak atau nenk yang suruh kita buat macam tuh ye tak? Ok, untuk menaikkan seri wajah dari dalam, minum segelas atau sebotol sesuka hati korang sebaik bagun tidur. Korang buat sebelum korang mandi dan gosok gigi tau. Sebelum minum, selawatlah 3 kali. Amalkan setiap hari. Cara ini dipercayai mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah korang terlihat lebih segar dan berseri-seri *bling bling*

Guna Jari Pun Boleh

Ini salah satu petua semulajadi yang korang boleh amalkan. Sebelum mandi, guna jari telunjuk dan rautkan dengan air bermula dari bawah muka sehingga ke dahi sambil berselawat. Ulang tiga kali. Kalau boleh amalkan setiap hari. Amalam ini dipercayai membantu mengelakkan kulit cepat berkedut. Syaratnya korang mesti raut dari bawah ke atas jangan terbalik lak. Takkan lagi berkedut muka tuh. Sebagai tambahan, amalkan baca Al-Quran dan wirid. 


Apa macam, senang tak cara nak serikan muka nie? Korang boleh mencubanya hari nie. Aku rasa cara nie simple dan tak susah mana pun. Guna jari pun boleh...hehe...Ok, lah kalau korang ada pandangan dan cara tambahan untuk mencantikkan wajah, sila-silakanlah komen di bawah yer. Pandangan korang amat dihargai. selamat mencuba! =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=