Pages

Rabu, 10 Ogos 2011

Jalan-Jalan Sambil Labur duit(isk isk)

Hari ini aku dengan family keluar dari pukul 6 petang sampailah tengah malam. Pehh! penatnyer, jangan cakap...naik lembik badan aku nia jalan tadi. Dahlah pakai kasut wedges yang 3 inci tuh, pastuh dengan keadaan tak selesanya aku dengan apa yang aku pakai harini. entahler, maybe sebab banyak duit dah labur kat barang2 aku jer. huhu =(


Mesti korang ingat aku banyak beli baju, kasut, seluar, shawl, and macam2 lagi kan? eh, tak lah...pepandai ker korang nie. memanglah aku suka dengan benda2 tuh tapi aku tengah mengcontrol nafsu pelahap shopping aku nie. ish, banyak yang aku tutup mata jerlah bila tengok benda2 yang kiut miut nie tapi idak ler sampai terlanggar tiang. Aku beli microwave(sebab kononnya nak belajar buat kuih time raya nie, cehh), urm apa lagi? haaa...getah rambut(ish, tuh pun nak citer ke?) dan shawl(tuh pun untuk stok on9 shop aku jer)


Aku memang shopaholic tapi disebabkan bulan puasa dan setan malaun tuh dah kena ikat, aku leh ler kawal sikit. Kalau tak, jeng jeng jeng(letak 2 jari kat atas kepala) 1_1. 


Mak aku, bapak aku, mak cik aku, pakcik aku, atok aku, ish semua lah pesan suh aku jangan membazir sebab diorang tau perangai membaziaq aku ni. Ish ish ish, cucu saper lah nie(geleng kepala). Yerlah, diorang cakap aku makin lama makin tua(ish ish, touchingnya..dah tua sangat ker aku? ada orang kata aku 14 taun?) simpan duit dari sekarang, manalah tau kalau kot kot kita sessakk nanti, adalah duit simpanan. Kalau apa apa jadi kat mak ayah, kitorang tak susah sangat. hurm, bila difikirkan lama lama, lama lama, sampai dalam bilik termenung pun aku fikir lagi, yer tak yer jugak diorang cakap. Aku ni yang fikir kecik lagi(fizikal jer kot). Nanti kalau nak kahwin, mamcamana? nak kena pakai duit kan?(ish, asyik ingat nak kahwin jer,hik hik) Lainlah kalau bakal laki aku tuh anak kerabat diraja(cek wah...berangan tak sedau diri kau) lainlah kan kan?


So, aku sedang belajar untuk berjimat cermat dan dari fikiran aku yang terdalam, lahirlah pepatah yang aku cipta. Kita berjimat boleh, kedekut jangan. Aku selalu cakap macam tuh kat adik aku. Adik aku yang no 2 ni lagi pandai berjimat sebenarnya(malu malu, mana nak letak pipi nie?) 


Memanglah duit tak boleh bawa sampai mati tapi duit yang berkat tu lah yang bantu kita dalam menjalani ibadah seharian. Islam tak kata pun nak masuk syurga kena miskin. tak kan? tak kan....Islam suruh kita beserdahana dalam apapun. Kalau tak da duit, macamana korang nak beli makanan? kalau tak da duit, macamana nak beri nafkah kat anak bini korang? Kalau tak da duit, macamana korang nak shopping?(ish, shopping lg..heeee =p). So, pokoknya kalau tak da duit, lagi susahlah kan? Aku teringat video lagu awan nano oleh Hafiz Af tuh. Ada part bila time dia terbaca surat yang bapak dia simpan dari arwah mak dia. "duit memnglah tak boleh beli segalanya tapi ia boleh bantu kita" ha, lebih kuranglah. 


Aku ni mengaku bukanlah pakar kewangan nak rancang sedetailnya apa yang aku nak beli dan harga skali. Aku pun kadang2 terlajak beli sebab barang tuh ada diskaun atau cute sangat....aaahhh...so shweeet.. Papepun kita yang mengawal diri kita kan? So, terpulanglah pada korang bagaimana nak belanja duit korang tuh. jangan over sangat sampai bila tengah bulan jer korang makan maggi dengan air suam sebab nak budget sampai ujung bulan, dah la Korang jugak yang kesian. So, ingat2 lah pesan ku ini, belanja boleh, tapi membaziaq jangan sekali(cek wahh). =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=