Pages

Ahad, 14 Ogos 2011

Kenapa mesti ada PHD? Bagus ke?





Aku blogwalking blog hamba Allah ni. Aku tau blog dia pun daripada fb. Ada orang share link. Aku pun bacalah sebab nak tau apa yang diorang benci sangat pasal seseorang tuh.(amik tau jer...x tergoda pun nak caya, kang caya kalau benda tuh salah, dah fitnah kan kan? Kalau betol pun, salah jugak sebab burukkan orang kan kan?). 


Aku terfikirlah, kenapalah diorang ni suka nak burukkan orang. Best ke wat macam tuh? Dapat emas, berlian ea bila kau cakap buruk pasal orang? Tapi, yang big mistake tuh yang admin page tuh. Kalau dia tak buat page macam tu, takde lah orang dok mengomen dan berbakul bakul dosa yang diorang dapat.








"Eh, ko jangan menibuk boleh x? Lantak aku lah nak tulis apa ni aku punya blog, ada aku kacau kau? ada?" Selalunya orang bila nak defense diri sendiri itulah ayat common diorang. Manusia ni sebenarnya,mempunyai automatik self defense(lebih kurang lah). Bila seseorang tu berada dalam keadaan tertekan, macam orang salahkan mereka atas sesuatu(walaupun memang diorang tu salah), secara sedar atau tidak, mereka akan cuba pertahankan ego 'tak bersalah' tuh. macam bagi alasan lah walaupun mereka memang terang terangan salah. Aku pun pernah kena dulu..hehe. Macam orang lain jerlah salah dan diorang betul. Macam tu lah. Aku dapat tau dari paper sebab aku bab bab psikologi ni memang favorite aku.   


so, kalau ada orang menjawab balik bila korang tegur diorang, percayalah, itu self defense mereka sendiri. Tapi tak semua orang akan menjawab depan depan bila ditegur kan? Ada yang jawab belakang. ish ish ish. ataupun jawab dalam hati. Setiap orang berbeza tapi yang aku cakap ni common yer. Tak ramai yang berani mengaku salah. Tabik spring potato lah siapa yang berani sangat tuh. *tepuk tangan cepat*


Memang geram kan bila ada orang menjawab balik bila kita tegur dia. rasa nak lempang cepat cepat jer muka diorang tuh.Tapi sabar sabar, bulan puase ni. Perasaan cemburu tu sebenarnya separuh daripada iman tapi cemburu yang berlebihan adalah sifat syaitan. tak elok sayang, cemburu over ni. Nanti sakit jantung, sakit hati, sakit kepala. Ha, nanti belum tua dah banyak penyakit. Tak ke, korang yang kena tanggung bil hospital?  Bukan orang yang kau benci tuh.


Cemburu yang baik yang aku maksudkan adalah cemburu  yang positif. macam ko jeles sebab kau tengok mamat poyo yang selalu kau buli dia kat sekolah dah berjaya dan kau pun nak berjaya macam dia. Kau bersaing secara sihat dan belajar lebih rajin dari mamat tuh. Korang tengok minah tu ada mamat hensem, dan minah tu pulak lawa, kau doa lah juga yang kau akan dapat mamat hemsem macam tuh tapi bukan mamat tu jugak yer. eaappp. babap kang. Kalau kau rasa minah tu lagi lawa, bijak, haa.. kau jaga diri kau tu elok elok, pergi spa ke, belajar lagi ke. Yang pentting kau kena yakin kat diri kau. Sifat kau yang positif akan terlahir di wajah dan body language kau dan orang boleh rasa aura positif tu sama juga dengan yang negatif.


Panjang sangat ea aku taip? Sorry, aku memang huraikan pendek je tapi sifat aku yang semulajadi yang suka 'bercakap' ni memng tak boleh halanglah.hehe. k k, cikit jer lagi ea. Urm, aku tak nak hentam orang yang ada PHD kat orang lain tu sebab bukan diorang dengar pun cakap aku.eh, tapi kenapa aku taip gak? Aku taip kepada orang yang belum ada penyakit PHD ni. Jangan sampai berjangkit je. Satu je nasihat aku, bila kita ada perasaan hasad dengki ni, lama lama boleh jadi perasaan dendam dan biasanya bila dah berdendam ni, mana boleh fikir sangat baik buruk dah sampai boleh nak bunuh orang. Ish, janganler...seram dowh... Kalau tak suka orang tu, sebab orang tu lebih baik dari kita, anggap je kita ni lebih baik dari dia. dan jika orang tu kita tak suka sebab dia jahat, doa je yang dia berubah kerana doa adalah senjata umat Islam yang paling kuat.Jangan fikirkan sangat apa yang dia cakap. Dia kan yang dapat dosa, jangan korang terkait sama dah. 






Sesunggunya Allah sentiasa bersama sama dengan orang yang sabar....sekian.(sorry, entry terpanjang. feeling lebih tu yang jadi macam ni. hehe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=