Pages

Ahad, 14 Ogos 2011

EX-Let Go? Keep It?

Memang susah kan nak lupakan seseorang? especially seseorang yang pernah jadi 'special' buat kita suatu masa dulu. Aku tau ramai kalau boleh nak lupakan ex masing masing tapi payah. Makin kita cuba lupaka dia, makin kita ingat pulak kat dia, sampai termimpi mimpi. Ish ish ish '=_='

Tapi memang mustahillah korang nak lupakan terus melainkan kalau korang hilang ingatanlah(aku pernah terfikir). Ada orang ambik masa berminggu minggu, berbulan bulan, ada yang bertahun tahun. hurm, payahnya melupakan si dia. Tapi setiap manusia tu takkan sempurna kalau dia tidak melalui dugaan. Allah sayangkan hamba hambaNYA sebab tu lah DIA bagi dugaan nie kat korang. Bukan untuk menyusahkan korang tapi untuk buat korang berfikir,bersabar dan lebih kuat. korang kenalah fikir dari sudut positif iaitu setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah beri ujian kat hamba hambaNYA ikut kemampuan hambanya. Kalau dia bagi kau masalah, maknanya korang boleh handle lah tuh. Fikir macam tu bila ada problem

Memanglah manusia tak sempurna. Kadang kadang bila ditimpa problem. ada yang salahkan takdir, ada yang slahkan orang lain, ada yang salahkan diri sendiri. Tapi sampai bila kita nak tangisi kesedihan tuh semua? sampai mata korang bengkak bengkak sampai tak leh bukak ker? tak kesian ke korang kat diri korang? Mungkin dia bukan untuk kau. ada yang lebih baik menanti korang kat luar sana. Berdoalah. Doa, kena yakin dia akan makbulkan, Insyaallah pasti tercapai.

(Ala, cakap memanglah senang.....) aku bukan tak pernah frust dulu. Memang sakitlah bila kena. susah nak pikir apa yang baik, apa yang buruk bila tengah emo nie tapi lama lama aku dah jumpa 'hikmah' aku tu dan Alhamdulillah aku lebih tenang sekarang walaupun dalam hati nie aku memang bengkak jer dengan dia. Aku memang tak boleh lupakan dia tapi aku lepaskan perasaan aku terhadap dia. Biarlah 'feeling' tuh dia ambik balik(ha, ambik ambik, aku tak nak dah. pergi jauh jauh). Dia pun dah jumpa orang yang lebih baik dari aku(hope so). 

Aku tak nak orang jadi 'gila' pasal cinta mnusia nie sebab cinta manusia tak kekal dan cinta yang hakiki adalah terhadap Allah. Kalau kau cintakan Allah, kebahagiaan yang DIA bagi nanti adalah selamanya dan DIA tak pernah mungkiri janji. Tak gitu?

Aku ada cara-cara apa nak buat lepas putus cinta tapi nanti lah yer. Aku cerita dalam entri yang lain. Tunggu tau jangan tak tunggu.....hik hik ni yang buat aku sayang korang lebih nie. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=