Pages

Jumaat, 12 Ogos 2011

Pagi Yang Terang

Aku sebenarnya tdo 2 3 jam jer semalam. Aku dah tertido pas berbuka, and bila nak tidur balik memang payah lah. nak nak kalau aku hadap tenet ni. Memanglah satu kerja pun aku tak buat. Pagi pagi tuh aku kejutkan adik aku ajak diorang main badminton. Dah diorang tak pergi sekolah, siapa suruh? Dah lama kitorang naik main badminton ni tapi asyik busy jer. Tadi main kejap pun dah penat. Yerlah, lemak badan ni dah lama tak bakau sebab tuh lah banyak sangat lemak. kah kah. *tak paham sudah*. 


Aku ada terlelap sekejap pagi ni. Adalah dalam bebrapa minit aku rasa. Sempat lak aku mimpi Cik Epal blogger pemes termahsyur tuh. Aku mimpi dia buat ucapan kat depan ramai orang, dan aku berdiri antara yang depan sekali. Ala, macam perhimpunan sekolah tuh. Aku memang minat blog dia. Cara penulisan dia memang sempoi dan paling penting kelakar dan berinfo. Aku minat tak minat baca blog orang dulu sebab entahlah, boring je...tapi entah kenapa, blog Cik Epal tuh boleh buat aku gelak sorang. kah kah kah. Aku terjumpa pasal dia kat dalam magazine. Pasal dia jugaklah aku kenal pasal blog nie. Tahniah kepada Cik Epal kerana berjaya membuat saya ubah fikiran. *tepuk tangan cepat*


Aku bukak on9 shop aku dan terbacalah ada on9 shop nie yang post pasal on9 seller yang penipu. Aku memang dah lama tau tapi taklah amik pot sangat pasal siapa yang menipu sebab ramai sangat. Ish ish ish, berani dia menipu orang terang-terangan macam tuh ek? Takut aku tegok, risau pun ada, kami yang on9 shop yang jujur dan ikhlas nie(cek wahh..) berniaga mungkin terkena tempiasnya jugak. Yerlah, orang akan ingat semua on9 shop tuh penipu dan was was nak beli. Tapi aku dah daftar dengan SSM ea. Tak caye try check. Aku kesian dengan customer tuh. Duit ilang, barang pun tak dapat. Kalau dapat pun barang yang low gred ni. Ish Ish Ish. *geleng kepala lima belas kali pastuh tambah lagi dua puluh empat kali*


Aku pun  pernah rasa teraniaya gak bila beli barang melalui 0n9 dari supplier. Yerlah, display barang, cantik jer. Menarik jer siap ada hiasan lagi. Tapi bila dapat? Hampeh. Aku lah yang rugi sebab barang tuh tak bagus. Habis, korang ingat aku nak jual macam tuh? Ish, Tak tersanggup lah nak tipu customer macam tuh. Nak berniaga kena jujur dan ikhlas. Bak kata Pak cik Lan merangkap bapak aku. Yerlah, kena ada prinsip dan prinsip aku barang yang dijual mestilah yang bagus. Kalau tak, orang beli sekali jer, pastuh tak beli lagi anda orang tuh akan canangkan kat seluruh kampung dan taman dia jangan beli barang dari aku. Amacam? Rugi tak rugi? 


Nak meniaga jangan main hentam jer. Biarlah lambat naik sikit tapi orang suka sampai bila bila jangan cepat naik sebab menipu dan orang benci pun sampai bila bila. Tak gitu? Aku mengaku aku baru jer dalam bab biz ni walaupun ada pengalaman tapi aku masih belajar dan terus belajar. Yang berharganya dan nilainya sesuatu perniagaan tu terletak pada pelanggan pelanggan kita. Tanpa mereka, siapalah kita. *tol tol(buat suara macam upin ipin)*


So, aku nak keluar beli barang untuk cupcakes aku tuh nanti dan nantikan kemunculannya. Yeeehaaaaaa! 


nak buat macam nie. ok x? Credit to Mr google.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=