Pages

Ahad, 28 Ogos 2011

owh...Baru Ku Tahu

Secara jujurnya, aku tak tau nak post apa untuk harini tapi aku nak jugak post.Masa aku tengah rajin,aku blogwalking lah kat satu tempat ni yang aku jumpa kat web gengblogger .Blog yang aku baca ni adalah pasal agama.Bagus sangat entry beliau.Selalunya kalau pasal bab bab macam ni kat blog orang lain, aku tak baca habis lah,mungkin cara penyampaiannya buat aku rasa bosan walaupun entry bagus.Aku tak boleh nak paksa diri aku baca sesuatu,kalau baca juga alamatnya bila tutup tab memang lupa teruslah.huhu sia sialah macam tuh kan kan?*angguk cepat*


Aku suka sangat cara penyampaian Dato' Dr.Fadzilah Kamsah.Beliau memang pandai beri motivasi kat orang dan selitkan sekali pasal agama dan sains. Kelakar pulak tuh,memang tergolek goleklah aku tengok cara dia berceramah.Memang semangat habis.Terniat juga nak jadi macam dia suatu hari nanti.Mampu beri inspirasi kat orang lain.Kan bagus kalau dia tuh pakcik aku.hehe perasan jap.



          Kecik kecik dah minat baca buku,kan bagus kalau kecik kecik dulu aku macam                         ni.confem dah beso aku tak fail blajo.hehe

Blog yang aku baca ni adalah blog MyIlham .Korang bacalah.Cara penyampaian yang santai dan paling baik ia terkesan buat aku.Terbit insaf dalam diri ni bila aku terbaca entry entry dia.Alhamdulillah,habis semua yang dia post aku baca.Doa doalah aku dapat laki macam ni, yang mampu memimpin kita kejalan syurga.*tiba tiba teringat nak kahwin*. Mesti perempuan kat luar sana harapkan lelaki yang baik kan? Kalau kita buat baik kat Allah, Allah pun akan buat baik kat kita banyak banyak kali.*wink*


Banyak sebenarnya info yang aku dapat kat blog myilham tuh.Dah sifat semulajadi manusia ingin mengetahui tentang sesuatu.kan best kalau kita ce try bukakan hati untuk selalu hambik tau pasal agama ni.Kita selalu update pasal fashion,gossip,artis, apa kata kalau sekali sekala kita upgrade sekali pasal agama.Mudah-mudahan pasal agama ni akan jadikan sebagai perkara pertama yang kita akan update tiap tiap hari.


Aku ni bukanlah manusia yang pikir bagus or poyo nak berceramah pasal agama ni.Aku cuma share jer,tak baik kan kalau sorok benda baik? *buat muka paling chomel*. Aku ni manusia biasa yang sentiasa buat kesalahan samada sedar atau tidak,dah kewajipan kita menyampaikan sesuatu yang baik kan kan?Aku bab agama ni aku mengaku yang aku masih lagi meraba raba dalam terang tapi aku nak juga tingkatkan pengetahuan tentangnya kerana ilmu lah yang boleh menyelamatkan kita dari jauh tersesat.Kalau nak tau pape pasal agama ni, jangan malu nak bertanya.kalau malu,try google atau lebih baik lagi tanya muka ke muka kat ustaz/ustazah yang korang sayang sangat tuh atau kawan korang yang arif bab agama ni.


Akhir kata jus few days sebelum berakhirnya bulan mulia ni,Kita masih tak terlambat untuk beribadat kepada Allah dan bertaubat.Selagi kita bernafas,selagi itulah Allah berikan kita peluang untuk memohon keampunan kepada-NYA. Just jangan sia siakannya.Kerana Hidup di dunia ni hanya sekali manakala Syurga itu jauh berjuta berbillion lebih baik dari alam ni.Tengs kerana sudi baca entry aku yang  berjela ni dan tengs juga sebab tak fikir aku poyo, yerlah kalau korang fikir aku poyo,takder lah korang baca sampai habis. Yer tak? hehe... ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=