Pages

Khamis, 1 September 2011

Bila Orang Tak Respect

Aku suka memerhati gelagat manusia,Makhluk ciptaan Allah yang sempurna ni.Tapi antara yang menarik perhatian aku adalah apabila ada manusia yang tak reti respect atau hargai kebaikan orang lain.Kenapa perlu kejam sangat? Tak besyukur langusung.Ish, kutuk orang pandai lak mengata orang jahat tapi diri sendiri terlupa nak tengok cermin kot.


Aku kadang kadang sakit hati,geram dan konpius dengan perangai manusia ni.Bila ada orang buat baik dengan dia,tolong dia dengan ikhlas, buat muka taik lak.Kesian orang yang baik hati tu.Nak buat baik pun SERBA SALAH. Aku bukan nak condem sesiapa*kalau ada sesiapa yang terasa lantaklah* aku just nak bagi pendapat aku jer.

Cuba lah kalau korang buat baik kat orang lain, contoh korang senyum kat diorang, diorang menjeling pulak macam senyum tuh jenayah.pehal? Senyum tuh sedekah hape. poyo jer..=_=. ish, sabo jerlah.

Orang sekarang semakin kurang rasa respect.Macamanalah orang nak respect kita kalau kita sendiri pun bajet mahal.Kita ni bukanlah siapa siapa.kalau setakat lima puluh sembilan orang kenal,nak pikir diri tuh dah terlampau pemes dan tak layak nak tegur orang, baik duduk dalam bilik diam diam, tak payahlah orang menyampah tengok muka kau. 

Ada orang yang rasa diri mereka kaya raya duit berpuluh juta, tak layak nak tegur orang yang ada duit sepuluh hengget jer dalam bank macam aku ni.Tak pe takpe,aku bukan nak suruh diorang tunduk sujud syukur untuk tunjuk rasa respect. Just menghargai kebaikan orang.Be humbel babe.

Takperlah,dah namanya manusia kan? Tak semuanya baik. Kalau ada terjumpa dengan orang orang yang macam ni,baik palingkan muka or berdoa banyak banyak yang diorang berubah.Sabar je lah ek? Aku tau korang pun pernah rasa macam aku rasa. Tapi masing masing punya citarasa lah macamana nak hadapinya. Aku just bagi opinion aku. Just ingat,kalau kita bersabar,banyak ganjaran yang kita dapat kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.Biarlah orang benci kita tapi kalau kita sabar,Allah suka kita.Korang pililah yang mana baik.Dah beso kan?

P/s: MAAF kalau ada aku terguna bahasa yang agak kasar disini.Aku nak ingatkan yang aku bukan mengutuk sesiapa just reminder untuk orang lain including aku sendiri.Kalau tak suka, boleh baca entry lain.heee~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=