Pages

Khamis, 15 September 2011

Sedih

Maaf sangat sebab aku dah lama tak buat entry, banyak perkara yang kurang elok terjadi kat aku kebelakangan ni. Aku hampir give up. Tension. sedih, merana, semuanyalah! huhu...Aku meratapi pemergian orang yang tersayang. Orang yang aku pernah care,pernah sayang,pernah cuba untuk membuat dia selesa dengan aku.


Kadang kadang, aku salahkan diri aku tentang apa yang terjadi.Aku sentiasa memperbaiki diri aku.Aku nak orang selesa bila dengan aku.Aku naturally bukanlah orang yang mudah memahami, tapi sejak kedatangan si H ni, aku lebih banyak belajar untuk memahami orang.Aku bukan buat semata mata untuk dia tapi aku paham perasaan bila kita tak difahami ni.Percayalah, aku paham sangat sangat. Nak nak,bila dengan si H tuh, perlukan kesabaran dan pemahaman yang tunggi.

Aku tak kisah, aku redha.Aku sayangkan dia, sebab tuh lah aku sanggup berkorban. Bagi aku, untuk dapatkan sesuatu mestilah korbankan sesuatu.Tapi make sure pengorbanan kita tuh tak menyalahi mana mana undang2.Aku sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk dia.Tapi mungkin aku nie terlalu 'baik' kat dia,dia tak pernah cuba untuk menghargai apa yang aku lakukan kat dia.Takperlah. Aku redha.Jangan terlalu letak harapan yang tinggi pada orang.

Aku paham.Dia buat keputusan untuk lepaskan aku atas alasan yang aku rasa tak patut diucapkan pada perempuan.NEVER! mungkin alasan yang dia beri tuh,buat aku bertambah terluka dan tak taulah bila ia akan pulih.Mungkin aku ni tak lawa, tak pandai macam orang orang yang belajar kat U,kolej tuh. Aku belajar setakat SPM jer. Tak de standard untuk orang macam dia. 

Siapalahh aku kan? Aku redha, sekarang pun dia dah ada orang baru.Aku rasa dia lebih happy dengan orang baru tuh daripada dengan aku.Buktinya bila dengan aku tak pernah pun dia nak try 'luahkan' perasaan dia or bagi hint kat orang bila dia dengan aku. Mungkin terlalu takut/malu untuk orang tau pasal kitorang ni.Tapi bila dengan orang lain,just 2 weeks jer couple, status dia bertukar 'in relationship' selama ngan aku, sorok kot status dia tuh.

Takperlah, aku sedau diri aku ni siapa H. Aku tau kau takkan baca taipan orang macam aku ni.Aku doakan kau bahagia.Ikhlas dari aku. Even aku menagis,sedih, sakit teruk pun kau tak payah lah risau k? kau kan ada new 'best friend'. Tak payah nak susahkan diri untuk orang yang tak penting macam aku ni. Just aku nak nasihat, hargailah orang yang sayangkan kau. Perempuan ni mamcamana 'keras' pun dia,dia tetap seorang perempuan. Hati perempuan nie memang lembut. Even dia kata dia ok tak bermakna dia ok sepenuhnya. Dia hanya nak menguji samada orang tuh benar benar ambil berat pasal dia.

Aku tau, korang pun rasa malas baca entry aku yang panjang lebar ni kan kan? Takperlah baca sekerat jer. Tuh pun aku dah syukur. Tengs...Aku just nak luahkan perasaan jer. Pengajaran yang aku dapat ialah, tak boleh terlalu jujur dengan orang, orang tetap takkan hargai kita. Mungkin kita kena sembunyikan perkara sebenar.Mungkin orang akan lebih nak tau pasal kita. 

Maaf kalau aku merapu merapek kat sini.haku tak pedulik! hua hua hua...nanti aku sambung dengan entry yang lebih masyuk lain kali k?

p/s: teringin nak buat vlog.amacam? boleh tak? ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=