Pages

Jumaat, 30 September 2011

Kerana baju,aku dikata gemuk!

Hye korang.....Aku sebenarnya baru baru nie busy. Almaklumlah keje...cuti pun seminggu sekali.Tak macam korang, cuti 1 minggu 2 hari. huhu. Bila aku cuti tuh, aku gunakan sepenuhnya masa aku tuh untuk relax dan release tension dengan beriadah bersama family dan shopping! ~wweeeeee~

Hobi aku shopping tapi tak bermakna aku nie boros. Just window shopping(kalau duit tuh tak beberapa nak cukup). Sekarang nie aku tengah kumpul balik koleksi pakaian aku sebab banyak pakaian aku dah bagi adik aku pakai. Yorlah, kita makin lama makin tua, pakaian pun takkan nk ikut macam budak budak lagi kan? kenalah sesuai dengan usia.(cekwahh, macam dah tua bebenor gayanya). Aku sekarang lebih selesa dengan kain dan baju longgar. Dulu aku suka pakai ikut body, yerlah tengok orang pakai cantik, kita pun nak pakai. Nak nampak slim konon. Takut bebenor orang kata kita gemok. walaupun aku tak gemok. tu dululah. Aku selalu ikut orang, tak pikir mana yang baik mana yang buruk. Bila dah makin dewasa ni, cara pemikiran aku pun dah berubah. Aku makin selesa dengan diri aku dan tau apa yang aku nak.

Lantaklah orang nak kata aku ni gemuk ker, hanya kerana aku ni pakai baju longgar and kau tak nampak bentuk badan aku sebenar? Nak kena tunjuk ker semata mata supaya orang tau cutting aku berapa? dulu mungkin aku kisah, sebab aku takut orang kritik aku gemuk. Tapi sekarang, aku dah TAK KISAH! ahhh lantak!Aku lebih yakin dengan diri aku as long as u know urself. Aku tau berapa berat dan tinggi aku dan aku yakin yang aku tak gemuk! hehe. poyo kan?

Pernahlah ada kawan aku tegur aku gemuk sebab time tuh aku pakai baju beso sikit. memang touching lah. Tapi aku take it lightly. As long as aku selesa dengan diri aku. Tak payah nak menunjuk sangat cutting aku berapa. Siapa yang kahwin dengan aku nanti tau ler. hik hik =p

Aku pernah pakai baju ikut cutting,seluar ketat. Itu sebab aku tengok orang pakai. Kononnya nak tunjuk kita nie kurus, body lawa...pehhh! tapi, walaupun aku pakai, seriusly aku memang tak selesa. Yerlah, mana taknyer, orang asyik pandang aku atas bawah. nak nak lelaki. seram lerrr....dah lah aku pakai tudung, lagi buat orang pandag serong kat aku. buat aku macam minah 20 sen(murahan). 

Tapi tuh, dulu k? sekarang aku dah tak kisah. Aku nak jadi diri aku. Aku selesa dengan diri aku sekarang walaupun aku pakai baju beso sikit dari aku(tak dak ler saiz xxxxxxxxl melampau bebnor) maksud aku tak ketat lah. Aku nak orang sayang aku kerana diri aku, bukan body aku. 

So, korang di luar sana, yakinlah dengan diri korang. Selagi apa yang korang buat tuh betul dan tak salah dari sisi agama, yakinlah! peduli dengan omong kosong orang lain. Mereka tak kenal diri korang sebab itulah mereka memperkecilkan korang. Jangan biarkan kata kata negatif mereka buat korang rasa rendah diri. Biarlah apa yang orang kata kerana korang lebih kenal diri korang lebih dari sesiapapun. dan hanya Allah sahaja yang berhak menilai.

Kalau anda yakin dengan diri anda, Tak kiralah bagaimana korang pun, orang akan respect korang. Percayalah. =)

p/s: tak semestinya pakaian ketat boleh buat kita cantik. keperibadian dan keyakinan sebenarnya akan menyerlahkan kecantikan sebenar.

 Yang nie aku dengan adik dan sedara aku. Baju yang aku pakai nie adalah baju feveret aku. Walaupun beso sikit tapi aku suka dan still confident dengan diri. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=