Pages

Ahad, 25 September 2011

Maria Elena,Mat Lutfi,Anwar Hadi,Fatin Fadzil????





Tentu korang tau kan nama nama yang disebutkan di atas? Mungkin ada yang belum mengenali sesetengah daripada mereka(kalau nak tau,google sendiri.hua hua hua) Persamaan antara mereka adalah mereka mereka yang ohsem ni adalah vlogers(tak tau apa vlogger,google lagi =p). Mungkin ramai lagi yang aku tak sebut tapi ni antara feveret akulah.*wink*

Bila tengok video video diorang ni,kalau makan, boleh tersedak aku. Mana taknyer, kelako bebenor.haha.Setiap daripda mereka ada cara yang tersendiri which is lain dari yang lain. I LIKE! ^_^. Aku baru tau pasal vlogger nie pertengahan taon ni.(kesiannyer,takder orang nak bagitau) .First vlog yang aku tgk ialah Anwar Hadi.Tuh pun aku dapat dari blog Cik yang suka makan epal tuh.Mula mula aku tengok muka Anwar hadi tuh,hurmmm nampak serius tapi bila dah tengok video dia, tergelak aku.Aku dah lah time tuh tengah sedih menonggeng, tak sangka pulak dia boleh buat aku tergelak. Btw, Tengs 2 Anwar Hadi for making such a great video. ^_^

Start dari situ lah aku banyak seach vlog yang best best dan menarik perhatianku.cekwahhh.... Ada yang best, ada yang entah apa apa. Mungkin ada yang kita tak suka sesuatu tentang vlog tuh tapi kita tetap suka tengok video dia. Kalau suka, hambik pengajaran, kalau tak jadikan sempadan. Jangan terikut sudeyh k?

Tapi most interesting vlogger lah bagi aku setakat ni ialah Mat Luthfi. Video beliau sempoi dan ada pengajaran. Tak sah kalau tak gelak tengok video dia.*siapa sokong angkat jari telunjuk* Aku tak leh tahan gelak, mesti nak gelak gak. hehe. Mungkin ramai dah tahu pasal dia. yerlah, aku ni ketinggalan sikit.Aaaaahhhh pedulik hape aku. Aku baru dapat tau. Sebelum ni, aku manalah masyukk bab bab blog bagai ni. Sekarang ni blog dah jadi sebahagian hidup aku. *kelip mata cepat cepat*

Baru baru ni aku baru terjumpa vlogger baru. Dia dikenali sebagai Fatin Fadzil. Enjoy jugak aku tengok video dia. Cara dia bercakap macam kata kata dari hati aku. Jujur...hehe...yang baik aku hambik jadi pengajaran, yang aku tak suka, aku tak hambik pun...la la la la...

Papepun, bagi aku vlogger2 ni adalah terdiri dari orang orang yang berani.*cekwahhhhh kembang sekejap yer*. Yerlah, berani untuk meluahkan pendapat mereka walaupun mereka tau yang tak semua akan suka dengan pendapat mereka dan akan condem mereka. Bagi aku lah kan, kalau vlogger tuh menyampaikan sesuatu pendapat/luahan dengan cara berhemah, takderlah rama yang nak condem. kan kan? jangan kerana nak luahkan perasaan yang terbuku di hati dan ikut perasaan sampai apa yang diluahkan sampai menyentuh sensitiviti atau menyakitkan hati orang. Tak elok kan?

Bervlog lah dengan cara berhemah. Jangan mencaci maki hamun dalam video walaupun korang kata video korang,suka hati korang tapi yang tengok tuh bukan korang sorang jer kan, ramaikan yang tengok. Aku suka remaja zaman sekarang ni bermotivasi dan tolong memotivasikan orang lain. BAGUS BAGUS*tepuk tangan laju laju*. Tapi jangan sampai story korang buat orang benci sudeyh.

Kalau ada video yang tak suka,kalau boleh jangan memaki. Berilah pendapat yang munasabah. Jangan terlalu ikutkan perasaan. atau lebih baik diam jer. Tak yah komen pape. Bak kata orang orang Arab,diam itu emas, bercakap perkara perkara yang baik itu berlian, intan, perak dan sebagainya. 

Maybe entry aku macam dah lapuk, ramai blogger dah buat tapi ade haku kesah? haha. Terpulang, aku just bagi pendapat. maaf kalau ada bahasa yang korang rasa kurang sopan. Itu pendapat aku. 

p/s: urm,kalau aku buat vlog, agak2 ade ker orang nak tengok? hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=