Pages

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ramal nasib CINTA KAMU dan SI DIA

Apa kata, kali ni korang jadi ahli peramal yang meramal nasib hubungan cinta korang dengan si dia.Jika nak, ikut peraturan berikut dengan sejujur jujurnya.Apapun, jangan terlalu percaya yer sebab ni hanyalan ramalan jer!

Rules: Jumlahkan secara lengkap  korang ber 'couple'. Enjoy it!

Contoh: 14/2/ 2006

1+4+2 +2+0+0+6 = 15(jadikan satu digit,rujuk no di bawah)>>

>>1+5 = 6 <<nak 1 digit jer

Bermakna sila lihat huraian untuk no 6:
  

1. Angka satu menunjukkan  korang berdua saling setia dan berusaha untuk menjaga hubungan nie sebaik mungkin.Jika ada masalah yang timbul pun kerana korang berdua terlalu ego dan tidak mahu mengalah*keras kepala ea...* ada masanya korang perlu dengar kata si dia dan ada masanya korang perlu mendengar kata sendiri.Cuba balance kan yer!    


2.  Di antara hidup korang dan pasangan, kengkawan adalah segalanya. So, tak hairanlah bila berdating korang juga akan selitkan aktiviti hangout bersama kengkawan korang tuh. Korang lebih suka suasana ramai berbanding berdua dan lakukan aktiviti bersama.*jangan berdua duaan yer.hik hik*


3.  Bestlah si dia jadi pasangan korang kerana korang sanggup lakukan apa jer untuk kebahagiaan si dia. Mungkin juga hubungan korang nie tergolong dalam istilah 'cinta buta'*ehem bukan korang yang buta k?*. Nak buat BF/GF korang tuh happy boleh tapi agak agak lah weyh, jangan terlebih sudeyh, takut nanti BF/GF korang tuh pijak pijak kepala korang. Apa yang penting,be an unbeatable  gurlz/boyz yang tau control diri and ungkapkan perasaan dengan wajar. berpada padalah k? 


4.  Sifat korang yang tertutup selalu buat BF/GF korang tertanya tanya. Begitu juga halnya dengan BF/GF. Si dia akan berasa tertutup,padahal rasa ingin tahunya sangat tinggi. Jika ada masalah lebih baik berbincang, at least, ringan sikit beban. Tak ler muka tuh nampak tension jer memanjang. yer tak? Mungkin GF/BF korang tuh dapat bantu masalah yang korang hadapi. Yerlah, korang ber'couple' tuh bukan nak rasa seronok jer memanjang. Mesti rasa nak care kat pasangan korang tuh kan? Sharing is caring...So, dari sekarang, jadilah lebih terbuka dan jangan malu untuk berkongsi masalah agar hubungan ni jadi lebih bermakna. Jangan duk memerap perasaan tuh lama lama nanti jadi miong, kan susah.kene masuk wad sakit jiwa...ish ish ish...


5.  Kepercayaan sangat penting dalam perhubungan. Saat si dia percaya pada korang, begitu juga korang patut percaya kat si dia. Maybe bukan 100 percent tapi jangan sampai ada sikap buruk sangka pulak. Kalau ada perasaan cemburu yang over the limit tuh, maknanya korang tak percaya kat pasangan korang dan ini boleh menjejaskan hubungan. Lebih baik berbincang kalau ada perkara yang tak disukai k?


6.  Hubungan korang boleh jer bertukar ikut mood.Korang boleh jadi teman mengejek, menjadi teman senang atau boleh jadi pasangan yang sering memberi perhatian extra. Hidup korang pasti sentiasa bahagia sehingga ada orang lain yang jelez...careful yer!


7.  Kehadiran orang ke-3*nie nak kene rebus hidup hidup nie, wat semak jer* dalam hubungan korang jadi masalah utama yang selalu buat korang dan pasangan korang gaduh. Setiap kali bergaduh, masing masing tak nak mengaku kalah dan sering luahkan rasa tak puas hati. Bincanglah sebaik baiknya hala tuju hubungan korang and kalau terus dikhianati, baik angkat kaki cari lain jer. Ramai lagi yang nakkan korang kat luar sana. yer tak?


8.  Ada seorang kawan yang memendam rasa pada BF/GF korang. Tapi, hal ni tak ganggu pun hubungan korang sebab BF/GF korang bijak menyesuaikan keadaan dan hanya menganggap dia sebagai kawan. Tapi awas, Jangan terlalu selesa dengan keadaan nie, korang mesti saling mengingatkan pasangan korang supaya jaga batasnya dan tahu bezakan antara kawan dan couple.


9.  Angka yang digemari oleh orang ramai dan sangat beruntung jika ramalan korang terkena pada no nie. Bukannya dalam perhubungan korang tak pernah gaduh or berselisihan paham, tapi korang BIJAK selesaikan masalah dengan cara baik. Korang juga jenis yang setia*bagus,teruskan usaha!*. sekali cinta bermakna sampai mati rasa cinta tu walaupun pelbagai jenis kategori datang menagih cinta. Bagusnya sikap tu dan cuba pertahankan prinsip tu yer? 

Ok, tu sahajalah ramalan yang aku sediakan untuk korang. Nie hanyalah kajian ramalan. Nak percaya 100 pecent idak ler. Hanya  Tuhan yang Maha Mengetahui. Just for fun. Betul atau tidak, korang sendiri yang pernah alami kan? wish u all the luck! =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita c=