Pages

Sabtu, 24 Disember 2011

Luahan hati aku...



kita 1 sekolah rendah dulu,tapi aku tak pernah tegur kau...
sebab aku tau kau budak pandai, aku tak...
kita contact balik pun sebab aku terdail no kau...
kau pulak tak sombong dengan aku walaupun itu kali pertama kita berbual panjang...

Kau baik,cute,pandai even kau  nie serius and tak pandai buat lawak...
Aku boleh terima diri kau dan aku boleh faham kau...
Aku cakap dengan kau pun takde nak cover2 nie...
Kau buat aku selesa dengan kau...
Kau cakap kau pun selesa dengan aku...aku happy sangat time tuh...
Kau cakap kau tak nak kehilangan aku samalah macam yang aku rasa...
Bagi kau, aku adalah kawan yang terbaik pernah kau jumpa...
Kau tau tak perasaan aku time tuh? MasyaAllah...HAPPYNYER!!! =)

Walapun kadang2 kita gaduh dan aku tak pernah gaduh dengan kawan aku..
Dan kau yang pertama...sedih aku...


Tapi, bila kau dah jumpa awek baru, kau mula lupakan aku...
Kau buat derk jer kat aku...
Aku call pun kau macam tak suka padahal dulu ok jer...
Suara kau boleh buat aku relax jap..macam kau kat sebelah aku,temankan aku.

Tapi sekarang kena buat appoinment bila nak contact kau...
busy jer memanjang...
Macam PM! aku sedih weyh...kau tau tak perasaan aku!? 
Apa kau ada kesah! kau dah ada awek baru...kau tinggalkan aku..
kalau aku mati pun kau tak tau kot...
Yerlah, awek kau tuh lebih lawa, baik dan pandai dari aku kan?
sedih aku weyh! sampai hati kau buat aku macam nie... =...(

Aku takkan lupa apa yang kau pernah cakap kat aku dulu sampai bila2...
sekarang nie, aku dah tak boleh terima kau even just a friend...
sebab hati aku dah sakit...sakit sangat...
Letak minyak apapun tak jalan...
sebab luka yang kau tingglkan tuh terlalu dalam..

Tapi papepun, aku still ingat kau...
orang yang pernah buat aku rasa perasaan yang dah lama aku tinggalkan..
mengubah diriku menjadi orang yang lebih baik dari dulu dan...
aku DOAkan kau dengan awek2 kau tuh bahagia dan jumpa apa yang kau nak.



Cuma 1 jer nasihat aku kat kau...
BELAJARLAH HARGAI ORANG YANG MENYAYANGI KAU SEMENTARA MEREKA MASIH DI DEPAN MATA DAN JANGAN KAU KESALI BILA MEREKA DAH TIADA, DAN YANG TINGGAL HANYALAH BAYANGAN MEREKA DALAM MEMORI KAU.

Sabtu, 17 Disember 2011

Lirik Luahan Hati - Raqib Majid AF9




Tuhanku dengarkanlah aku
Ingin meluahkan rasa hati ini
Tuhan izinkanlah aku 
Ingin menyentuh hati si dia
Ku harap bisa membahagiakan dia
Selamanya dengan restumu

Akan ku bawa cintaku
Akan kuukir cintanya
Untuk mendapatkan cintamu Ya Tuhan
Tuhan izinkanlah aku
Ingin menyentuh hati si dia
Ku harap bisa membahagiakan dia
Selamanya dengan restuMU

Akan ku bawa cintaku
Akan kuukir cintanya
Untuk mendapatkan cintamu Ya Tuhanku

Ku kan slalu menjagamu
Ku kan slalu bersamamamu
Ku kan terus mencintaimu
Ku kan slalu menjagamu
Ku kan terus mencintaimu ooohhhh.....
Akan ku bawa cintaku
Akan kuukir cintanya untuk mendapatkan cintamu ya Tuhan ooohhh.....

P/s: ini adalah real lirik lagu Luahan Rasa. pengesahan dari Raqib sendiri. Lagu nie memang best sangat nak2 part chorus tuh. i'm really adddicted to dis song. Hope korang boleh terus sokong Raqib Majid. Pedassss.....

Selasa, 29 November 2011

Kongsi Tip: Jika kita.....

1. Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa
2. Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati
3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa
4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha supaya lebih bersemangat
5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa segar
6. Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa/kawan baik untuk meluahkan perasaan
7. Jik akita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat
8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati
9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan
10. Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat    nasuha.

Sabtu, 26 November 2011

Penat! =_='

Aku baru balik dari Perak semalam. Penat,muka berubah jadi tan and beruam. huarggghhh! hari isnin start keje. Nanti aku upload gambar. Banyak perkara yang kurang elok berlaku sebelum dan semasa aku kat sana. Tapi Alhamdulillah, kami sekeluarga sampai di rumah dengan selamat.

Mood: tengah fikir macamana nak dapatkan kulit muka aku yang cerah tuh balik. hehe. =p

p/s: ok, maybe ini adlah entry aku yang terpendek tapi get ready sebab aku akan buat entry yang terpanjang sampai berpinau mata korang nak view. hehe. =)

Khamis, 17 November 2011

Happy Bufday Mama! Saaaaayang Mama! ^_^

Awal bulan harituh hari lahir mak aku yang ke tiga puluh dot dot dot*rahsia lak.mak aku kata jangan bagitau*. Aku yang lambat buat entry tapi takpe, aku nak gak buat! hehe. Kitorang sambut sederhana jer.Kitorang celebrate kat Baskin Robbins.Belikan mak aku kek aiskrim tapi aku tersilap pilih hamik perisa cokelat mint *yolah,tak pernah beli katekan*. Kecik jer kek tuh tapi harganya, pergggh! gabak poket ko tapi takpe, mak aku punya pasal aku sanggup. Lagipun aku kongsi dengan adik aku. Kitorang belikan mama Tudung Ariani. Aku berkenan dengan Tudung Ariani tuh tapi aku tak minat sangatlah pakai tudung instant macam tuh. Tapi aku kasi mak aku. Kongsi beli dengan adik aku. Siap buat Gold member card lagi*macamlah kitorang nie akan selalu beli.tunggulah 2 3 tahun lagi =p*. 

Hari lahir mak aku dengan aku dekat dekat jer. Aku bulan 10 mak aku bulan 11. Tapi papepun, Keluarga aku nie memang rajin sambut birthday. Setahun sekali katakan. hehe. 

Sweet <3 couple forever




My family..lagi sorang nampak 'peace' jer...hehe...mukenyer x muat nak msuk...=p
Only Allah knows how much we luv u Mama. =)

Ok, adik bongsu aku yg tengah tuh, please ignore dia. Dia memang suka buat muke pelik. =_="

we are sistar* hehe....^_^
Next week kitorang buat family trip to Pulau Pangkor! Yeayy! best best. Dulu pernah pergi tapi memang nak pergi lagi sebab pulau tuh 'comel' sangat! ^_^ kecik jer. Tenang walaupun takde shopping. Aku redha...=)

Rabu, 9 November 2011

The edited picture.,,

Tajuk ala ala nak gempak sikit. hehe... Aku nie memang suka amik gambar. Walaupun kamera tak berapalah nak cenggih macam korang, takpe, janji hade. Aku suka gak bab edit gambar ni kadang kadang gambar orang yang tak de kaitan dengan aku pun aku edit gak *memang dah terlebeyh rajin agaknyer*. Aku bab edit nie tak ler terer macam orang lain, aku edit pun guna software yang pree yang ada kat dalam tenet macam Photoscape tuh. Kalau macam Photoshope tuh aku ada tapi aku pening sikit arr....

Selalunya korang baca entry akuu yang panjang berjela jela kan? Harini apa kata tengok jer gambar. Tak yah pening pening. hehe. Aku pun malas nak buat entry pepanjang harini. Tengok tengoklah yer...*kalau suka senyum, kalau tak suka syyyyhhhh sudah! =p*


-Sedara dan adik aku-






My Sister and Me. Time nie sambut besday aku yang ke-21. ^_^


Yes, it is me!

Hasana & Darlisya *wink* serius jap.hee~~


My Happy Family.....<3 )
Ok, lah ada lagi yang aku dah edit tapi takut pening pening lalat korang tengok pic aku. hehe...nanti kalau aku rerajin nak upload, aku upload lagi k? tq sebab sudi tengok. ^_^

Jumaat, 4 November 2011

Kedai makan/Restoran mana yang makanan diorang best yang korang pernah pergi?

Perghhh!! panjang kan tajuk? hak! apedehal. Janji Aku paham. haha. Nak dijadikan cerita, aku dengan family aku ni memang rajin jalan jalan sambil makan makan ni. Bab makan, perghh!! on top lah!. Kadang kadang 1 hari pergi 2 3 kedai skali. Bukan apa, suka test sana,test sini. Pantang dengar ada kedai makan baru memang berdessuppppp! lah kitorang pergi.Untung ada family macam aku nie patutlah semua ahli keluarga aku 'sihat sihat' belako. haha*wink*


Kalau kat negara orang, lagilah best. Pergi tempatnya lain takde, cari tempat makan dulu dah puas kenyang sampai termuntah muntah barulah pergi shopping. Bukan apa, kitorang ni suka cari pengalaman kat tempat orang lagi pulak kitorang ni orang meniaga jugak. Mana tau kot kot ada idea baru ker, nak tambah resepi ker nak buat makanan kitorang bertambah baik. yer tak?


Nak dikatakan, kitorang nie bila time cuti jer, memang pergi makan kat kedai orang lah. yerlah, kedai sendiri cuti. Hampir 1 Melaka nie kitorang test. Sampai dah tak tau apa and kedai kat mana nak pergi makan. Mostly, kedai yang kitorang try bukanlah tak sedap tapi kebanyakkannnya menu yang sama. Pergi kiri, tomyam, pusing kanan, tomyam, sampai berpusing pusing pun makanan that dengan kelantan jer. Eh, bukan aku tak suka just same menu. Boring kot. Kalau hari hari hadap benda yang sama nak termuntah kot...


Aku ada feveret aku sendiri kedai makan yang aku suka pergi. Kalau siang, banyak kot kedai melayu macam nasi campur, bihun sup kat Tengkera tuh and macam macam lagi lah. Tapi siang lak aku kerja. Tak dapat pergi. huk huk.


Tapi papepun, Aku ngan family aku nie suka try. Kalau korang ada idea and cadangan kedai makan feveret korang yang masyukkkk! rekemen lah kat aku. siap bagi alamat sekali. Tapi janganlah cakap kat hotel 5* ker atau berbintang bintang tuh. memang belum mampu lagi lah...hehe. Aku tak kisah kat mana2, kalau jauh dari Melaka, kalau family aku pergi mengembara aku ajak diorang pergi tempat yang korang syorkan tuh.


Nie 1 of my favorite spot kat Restorang Ikan Bakar. Feveret kedai Shima Cafe. Ikan 3 rasa dia memang BEST! Trylah! =)



agak2 kalau korang nak teringin makan ABC macam nie, pergilah kat Melaka. kat Lereh. For more info, clik SINI