Pages

Khamis, 3 Oktober 2013

Hidup Penuh Bicara




Hidup penuh bicara
Ada benar ada dusta
Ku hanya manusia yang ingin kenal erti cinta
Langkah demi langkah 
Ada tenang ada resah
Ku Harungi dengan pasrah hidup begitunya lumrahnya

Itu ada sebahagian bait-bait lirik lagu Dato' Siti Naurhaliza yang berjudul Hidup Penuh Bicara. Kalau korang nak tau dia adalah figura antara yang aku paling kagumi. kesngguhan beliau dalam memperbaiki kualiti hidup beliau dari umur 16 tahun hinggalah sekarang.Beliau tidak pernah berputus asa. Tetap  disegani walaupun sudah berumah tangga.Tabik springggg lah~~ hehe..=p

K, aku nak citer pasal apeek td?? lupe lah...haaa..k k aku dah ingat...hehe... Umur aku sekarang dah 23 tahun(mude lg k?org ckp muke aku mcm 16 tahun..tuu org cakap aku x tipu..) Hidup nie macam cuaca. Ada kalanya hujan,ada kalanya mendung, ada kalanya panas dan ada kalanya puting beliung. Tapi macamana pun cuaca yang menimpa kita kita harus tempuhi dengan tabah. Untuk mendapatkan sesuatu kita harus korbankan sesuatu. Nothing easy in this world.

Aku sendiri pun bermula dari hidup yang susah dan adakalanya boleh digelar daif.Tapi aku bersyukur sebab parents aku tak pernah buatkan anak-anak mereka rasa yang mereka dalam kesusahan. Pernah dulu aku diserang demam teruk sehingga hidung berdarah dan takde duit nak bawak aku pergi klinik. Minta tolong sedara tiada siapa yang nak bantu kitorang walaupun ada antara mereka yang berhutang dengan kitorang.

Sejak dari itu hidup kami mula berubah.Dari modal RM 100 kami menjual makanan dan minuman. Alhamdulilah setiap kesusahan Allah akan selitkan kesenangan kalau kita bersabar. Sehingga hari ini aku takkan lupakan hari itu. Rumah usang menanti roboh yang kami duduk sekeluarga. Aku dan adik aku yang tidur di ruang tamu. Keadaan dapur yang daif dan bumbung terangkat bila hujan. Its a bitter memory that I remember as sweet experience in my life. Its priceless.

Papepun aku dan kelaurga amat bersyukur sekarang kerana sekarang kedai kami akan membuka cawangan yang kedua berdekatan dengan rumah baru kami. we growth so do experience. kehidupan mematangkan kami. Di saat susah barulah kami tau siapa yang baik dan sebenarnya. Parents aku ajar jangan balas dendam kalau ada orag pernah buat kita dulu sebab suatu hari nanti Allah akan balas. Aku percaya kalau kita buat jahat kat manusia, di atas bumi ini fre2 jer kena balik. 

hidup itu perlu pegangan,perlu pengorbanan dan perlu motivasi. Tak perlu kita kata "aaaaaahhhhh...." kalau kita kesusahan kerana di luar sana ada orang yang lebih susah. Jangan gentar terhadap kesusahan kerana ia memang sebahagiaan dari hidup kita. di akhir kata, jalanilah hidup korang dengan tabah sebab korang tak kesorangan kalau tida sesiapa pun yang tinggal tas bumi tapi Allah kan ada...

p/s: sorry kalau ayat aku skema sikit kali nie. hehe...aku kalau serius memang cengginilah jadinyer..ayat nak skema jer...lain kali aku akan buat topik yang ala-ala chomel gitu.errrmmm..camne ek? hehe...terima kasih kerana sudi membaca. Saya sayangggg semua....jumpe di lain entry! =)

Selasa, 21 Mei 2013

Mish u guys....





 Assalammualaikum...dah lama rasanya aku tak menaip nie. Rindu gilerrr kentang beb! Rindu kat pembaca blog aku gak(hehe...ade ke? =p). Buat pengetahuan korang, aku kene ciken pox untuk kali yang ke-2. Ya tuan2, puan2 untuk kali yang ke-2 ye. Ini dimulakan oleh ayah aku pastu berjangkit kat adik bongsu aku seterusnya adik aku no 2 dan seterusnya aku dan sekarang nie no 3 tuh pulak kene. aku paling banyak kene kat muka. Ok, ada orang cakap muka aku macam raksasa time tu...touching k? sesampai hati korang =( . 

  Tapi sekarang aku dah ok, dah boleh makan semua yang aku nak. Masa berpantang dah macam orang pas beranak lak. tu tak leh, nie tak leh. nie yang ada hanyalah bekas ciken pox tuh je. tak taulah bila nak hilang terus. Aku dah biasa muka aku licin dari jerawat, kalau ada pun  1 2 3 je...ceh, eksen sikit...hehe... Aku tengah cari jalan macamana nak hilangkan bekas tuh dengan kadar segera. Nak tunggu hilang sendiri memang boleh tapi silap-silap masa raya, kenelah pakai bedak 1o inci. nak nampak cantik punye pasal..hehe..

  Aku haritu ada baca tetang Aura White Gluta Collagen kat surat khabar. Aku baca description dan aku rasa sesuai dengan aku. Aku ingat nak try lah. Harga boleh tahan. Kenelah bajet-bajet tak leh beli bedak kesukaan aku sebab nak beli benda alah nie. Kenalah beli bedak 13 hengget tu je...huhu... Aku kalau nak beli sesuatu memang suka tanya en.Google. perrggghh..tergoda lak tengok testimoni orang yang memakainya. Tapi takleh lah nak terpedaya sangat dengan apa yang kita nampak sebab kadang-kadang orang tuh pakai seminggu je muka dia flawless gilerr tak yah pakai bedak(jimat k?) Result bergantung pada diri masing-masing. Aku pernah lah try produk lebih kurang macam nie tapi dalam bentuk pil. Tapi dah 1 bulan. Langsung hampeh! Aku try serbuk lak. Hope success selalu..heee...

Maaf sebab panjang sangat story aku harini yerlah da lama tak post kan. Tenkiu sebab sudi baca post aku sampai perenggan nie. Insyaallah kalau muka aku dah flawless pas pakai aura white tuh aku wat video gwiyomi pastu korang bolehlah complain kaw2..hehe..walaupun trend gwiyomi tu dah hampir habis  trend. Takperlah janji hado. K nanti kalau ok, aku tunjukkan kat korang kesannya k? Isya sayangggg semua...hehe

Jumaat, 19 April 2013

14 April 2013

Aku mengenali dia sejak kecil lagi. Kami agak rapat dan ibu dia selalu bawa dia dan adiknya datang ke rumah dan bermain bersama-sama aku dan adikku. Masa kecil da seorang yang aktif. Ibunya juga rapat dengan mak aku dan selalu berkongsi pendapat.

Pabila kami menginjak dewasa, macam biasalah masing-masing dah ada perasaan malu dan tak rapat macam dulu lagi. Dia seorang yang pendiam dan tak banyak cakap. Bila dia dah dewasa nie, makin hensem lak dia pandai cipta lagu dan main muzik pulak tu. Dah jejaka hot, ramailah yang jatuh hati kat dia kan.. not surprise lah dia antara jejaka idaman kat sekolah dia.

Walaupun aku dan dia tak rapat aku tegok dia seorang yang tak banyak cakap dan tak nakal macam budak-budak lain. Dia adalah anak sulong dari 5 orang adik beradik. Dia anak yang baik dan tak membantah cakap ibu bapa. Dia seorang yang penyabar jugak.

Tapi segalanya berubah pada suatu malam. Dia dan kawan dia nak pergi main snooker dan masa perjalanan ke sana tak jauh dari rumah dia, dia kemalangan, dia yang membonceng motosikal parah.pedarahan dalaman. kawan dia pula patah kaki. dia terus koma dan pukul pada pkul 1.45 pg 14 april 2013 dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia pergi dalam usia yang begitu muda iaitu 18 tahun. Aku dan adik aku dapat tau pukul 11 pagi. 

Sepanjang dia berada di hospital dia tak sedarkan diri dan adik dia kata dia mengalirkan air mata sahaja kerana tak mampu bercakap. Ayah aku ada di hospital sepanjang malam. Berita yang aku terima sangat terkejut dan sampai sekarang aku masih terbayang-bayang wajah dia dan kenangan kami masa kecil dulu.

Dia seorang sepupu aku yang baik. Sepanjang aku kenal dia dia tak pernah buat jahat. Masa aku tengok muka arwah muka dia berseri jer. Air mata aku mengalir tanpa ku sedari. Arwah dikebumi selepas zohor. Ramai sanak saudara yang hadir. Yang mampu aku buat adalah kiriman doa semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai Allah. 

Iktibar dalam cerita nie berhati-hatilah bawa kenderaan dan hargailah nyawa sendiri. Pastikan korang pakai tali pinggang keselamatan atau helmet semasa memandu. Jangan lalai. tu jerlah yang aku nak cerita. Serius aku masih lagi sedih dengan pemergian sepupuku yang bernama Mohd Azri Farhan bin Md Shah.

Selasa, 9 April 2013

Cara untuk cantikkan mata anda 0_0

-ish,besonyer mata budak tecik nie..hehe-

Dari mata, turun ke hati tu bak kata orang lama. Dulu mata orang-orang lama cantik bersinar-sinar bling bling gitu tapi mata orang sekrang banyaknya yang lebam bawah mata, mana taknye...asyk bergayut jer smpi 3 4 pagi tak gitu? cehh..tapi tak semua ea, aku tau ada yang bersengkang mata kerja semata-mata nak cari duit nak kahwin. kan kan? angguk kepala cepat. Orang dulu pukul 10 jer otomatik mata berat macam ada batu bata lekat kat mata tuh sebab muka kebanyakan orang dulu macam nenek moyang kita nampak lebih muda dari usia sebenar. Tak gitu nenek? Oooppsss...

Meh aku share kan dengan korang tips yang aku dapat dari majalah Hijabista feveret aku nih. Aku pun ada problem yang sama. Mana taknye sejak aku kecik memang susah nak tido awal. Mungkin ikut genetik dari ayah aku yang suka berjaga yerlah nak tanggung anak bini, kenelah kerja lebih tapi sekarang aku taklah tido lewat lagi. Korang pun kalau boleh elak-elakkan tido lewat. Tak elok.

Cara untuk buat mata korang bersinar-sinar** 


Ini untuk menenangkan mata yang keletihan.

1. sediakan minyak zaitun

2. pastikan mata bersih dari sebarang mekap.

3. sapukan minyak zaitun pada bahagian bawah mata sambil urut lembut beberapa minit  dan jangan korang sental lak biji mata korang tuh sampai nak terkeluar. pastuh korang bilas sampai bersih.


Lemon dan madu untuk mata sihat

1. sediakan sesudu madu

2. titiskan 3 4 titis air perahan lemon.Gaul sebati

3. sapukan pada bahagian bawah mata

4. biarkan selama 20 minit atau sampai kering pastuh baru bilas.



Lidah buaya dan timun segarkan mata

1. Kisar timun dan tapis untuk amik jusnya.

2. campurkan jus timun dengan gel atau lendir lidah buaya.

3. kacau sampai sebati

4. sejukkan dalam peti ais selama 1 jam

5. guna putik kapas, sapu gel yang dah siap tuh bawah mata korang yang lebam tuh.

6. biarkan kering lepas tuh baru bilas.


Tak nak kedut di mata

1. sediakan sebijik telur

2. pecahkan telur dan keluarkan isinya(isi telur tuh korang leh goreng wat sambal lagi best). Lihat pada bahagian dalam di bawah kulit telur pasti ada sedikit kulit telur yang tinggal. Nampak macam buih kecik.

3. hambik lebihan putih telur macam buih tu dan sapukan pada bahagian kedutan di sekitar mata.tak payah guna botox lagi dah.

4. buat sebelum masuk tidur

5. biarkan ia kering sampai korang terkejut dari tidur. jangan tidur sampai asar lak. 


So, itu sahaja lah tips yang dapat aku sampaikan tentang mata. Bagi aku, lemon dan madu paling simple. barang tuh ada jer kat dalam rumah aku. kalau dah habis merengek sambil guling-guling mintak mak ayah belikan.hee~~~Korang cubalah mana yang korang rasa sesuai untuk korang. Kena rajin buat, jangan 1 2 kali buat tak jadi korang salahkan aku lak. ade kene tampau laju-laju dengan aku kang. k, jumpa untuk tips yang seterusnya. Kalau ada sebarang cadangan atau tips dari nenek moyang yang korang nak share, email lah aku ea di darlisyaazlan[at]gmail.com. ok, SELAMAT MENCUBA! =)

Isnin, 1 April 2013

Cara Naikkan Seri Wajah Anda



Semua wanita ingin kelihatan cantik dan menarik(termasuklah aku.hehe). Jadi tak salah lah kalau wanita-wanita di luar sana guna pelbagai cara untuk nampak cantik dan menarik cuma caranyalah kena betul. Meh aku kongsikan dengan korang cara-cara untuk menaikkan seri muka korang(bukan kuih seri muka ea). Korang boleh try semua atau pilih jer yang korang rasa rerajin nak buat. Selamat Mencuba! ^_^

Amalkan Daun Lemuni/Legundi

hambik beberapa helai daun lemuni dan rebus daunnya. Pas rebus tuh korang leh minum airnya jangan daunnya pulak korang telan sekali. Pucuknya pulak korang leh jadikan ulam. Kalau korang rajin, amalkanlah selalu yer

Air Kelapa 

Air kelapa nie memang banyak khasiatnya. Dari kelapa muda hinggalah ke tua. Untuk petua nie korang gunakanlah air kelapa muda yer kalau kelapa tua tuh wat santan sudah. Untuk menyerikan wajah korang yang tak beberapa nak seri korang tuh, gunakan air kelapa nie untuk mencuci muka. Sapu rata seluruh wajah dan biarkan kering. Selepas tu, cucilah balik dengan air yang bersih. Khasiat air kelapa nie dipercayai menyerikan kulit wajah dan dalam masa yang sama memudarkan sebarang parut yang ada. 

Minum Air Sebelum Mandi 

Haa...cara nie aku selalu buat. ia salah satu cara yang mujarab. Aku rasa ramai gak yang dah pernah try cara nie kan? Nie mesti emak atau nenk yang suruh kita buat macam tuh ye tak? Ok, untuk menaikkan seri wajah dari dalam, minum segelas atau sebotol sesuka hati korang sebaik bagun tidur. Korang buat sebelum korang mandi dan gosok gigi tau. Sebelum minum, selawatlah 3 kali. Amalkan setiap hari. Cara ini dipercayai mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah korang terlihat lebih segar dan berseri-seri *bling bling*

Guna Jari Pun Boleh

Ini salah satu petua semulajadi yang korang boleh amalkan. Sebelum mandi, guna jari telunjuk dan rautkan dengan air bermula dari bawah muka sehingga ke dahi sambil berselawat. Ulang tiga kali. Kalau boleh amalkan setiap hari. Amalam ini dipercayai membantu mengelakkan kulit cepat berkedut. Syaratnya korang mesti raut dari bawah ke atas jangan terbalik lak. Takkan lagi berkedut muka tuh. Sebagai tambahan, amalkan baca Al-Quran dan wirid. 


Apa macam, senang tak cara nak serikan muka nie? Korang boleh mencubanya hari nie. Aku rasa cara nie simple dan tak susah mana pun. Guna jari pun boleh...hehe...Ok, lah kalau korang ada pandangan dan cara tambahan untuk mencantikkan wajah, sila-silakanlah komen di bawah yer. Pandangan korang amat dihargai. selamat mencuba! =)



Ahad, 24 Mac 2013

Apa masalah kau!?



Dalam hidup nie tak semuanya indah. Dan yang pahit itu tak semuanya beracun. Cara menyelesaikan masalah itu bergantung cara kita berfikir. Aku tau, kadang-kadang bila kita tengah stress, susah sangat nak berfikir secara positif sebab emosi menguasai diri. Aku pun pernah alami benda yang sama. Tapi kalau boleh, bila kita ada masalah, tarik nafas lepas nafas buat sampai kita rasa relax. pastu barulah kita boleh berfikir dengan lebih tenang kan? betul tak? tepuk tangan cepat2.. ^_^

Contohnya kalau ada orang yang suka bagi kata-kata negatif kat kita tak kisah lah walaupun perkara yang kita buat itu baik. *buat baik salah,buat jahat pun salah? ish ish ish.* kalau ada orang yang kata kita tak sesuai dengan orang pilihan kita, suruh dia bagi kita sebab kenapa? secara TERPERINCI. haaa...tengok dia boleh menang tak dengan diri kita yang lebih kenal bf/gf kita tuh? Aku kalau ada orang cakap macam tuh cara untuk tenangkan diri aku aku kata ish,diorang jelessss kot...hehe..tapi kadang-kadang memang geram lak. Aku lebih kenal ngan bf aku lebih dari korang. Yang korang nampak, buruk dia jer..baik dia korang sepetkan mata korang tuh buat-buat tak nampak lah konon..ggrrrr...

Tapi aku anggap itu semua cabaran perhubungan. Allah sentiasa bersama dengan orang yang penyabar ye kan? Tapi kalau orang lain cakap-cakap buruk pasal bf/gf kita tuh, korang jangan lah terus reject, fikir-fikirkanlah ea.. siasat dulu. Nanti takdelah orang cakap masa bercinta semuanya tentang bf/gf kita tuh sweet-sweet lolipop jer yang jahat pun nampak baik. Kita takmolah macam tuh k? Kita cuma berfikir secara logik. Nanti kalau fikir pasangan kita tuh terlampau baik, dia maki hamun orang pun korang leh tersengih-sengih macam  kerang busuk tuh takut dia hempap kepala kita dengan kampit beras lak(macam pijak kepala lah, saje wat ayat gangster)

Pasangan yang baik adalah pasangan yang sentiasa menasihati buat perkaa yang baik. cop2 aku dah lari topik kan? kata nak cerita pasal tangani masalah. ish ish ish. eh, sambung balik..urmm.. kalau ada orang yang selalu buat cerita buruk pasal kita dan pasangan kita tuh maksudnya adalah something wrong pasal dia. memang SAH dia jelessss lah tuh atau dia ada hati kat kita atau pasangan kita. hmmm....

Tapi papepun, aku rasa korang lebih bijak tangani benda-benda nie. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Ask logic. Bak kata pepatah orang pandai nie*ntah ape nama orang puteh tuh*  "NEVER WASTE YOUR TIME THINKING ABOUT WHAT PEOPLE SAY ABOUT YOU" so, aku rasa korang paham apa yang aku cuba sampaikan walaupun tongkang terbalik ayat aku. hehe... Nanti aku share lagi dengan korang tentang pendapat aku ea walaupun tak siapapun nak baca blog aku sekarang mana tau tiba-tiba ada hamba Allah yang terjumpa blog sempoi aku nie. C ya! ^_^

Jumaat, 22 Mac 2013

Hai! =)



Assalammualaikum, apa khabar korang. Hope hari ini lebih baik dari semalam. Takde ape yang menarik sangat pun aku nak story. Just tangan nie gatal sagat nak menaip. Hehe =p . Apa yang korang buat harini? Ada perkembangan terbaru? Cehh..ayat macam tulis surat kat kengkawan jer...hehe... Aku hari takde perubahan aktiviti manapun..hanya perubahan pemikiran. Semakin hari aku ingin jadi semakin hebat dan semakin positif. Itulah Hidup!

Susah kita nak expect apa yang akan berlaku kat kita. Kita boleh merancang tapi tuhan yang menentukan. Setiap orang ada masalah mereka sendiri. Semakin besar tanggungjawab, semakin besar tekanannya. Tapi apa yang kita boleh buat adalah percaya pada diri kita sendiri. DONT GIVE UP! setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya cuma nak tau hikmahnya adalah berfikir POSITIF. Allah menduga hambanya berdasarkan kemampuan mereka. So, bila korang ada masalah, just think yang korang memang BOLEH selesaikannya okeh? ^_^ Kalau kita fikir kita susah, fikirlah, ada orang yang lebih susah dari kita. Kita patut lebih bersyukur sebab kepuasan tuh bukan datang dari berapa banyaknye duit kita ada, berape banyaknya koleksi handbag mewah kita, berapa canggihnya telefon I Phone 5 kita tapi tanda syukurnya kita terhadap sesuatu tuh. Manusia takkan puas dengan apa yang mereka ada. BERSYUKURLAH dan perbaikilah diri kita. (ceh2 ada tokoh nak jadi motivator tak? =p)

Aku tak kenal apa tuh masalah sehinggalah aku tamat SPM. Dari situ aku mula kenal dunia. Dulu aku lurus bendul sangat ingat semua orang baik dan percayakan mereka. Tapi semakin lama aku mula kenal perangai manusia nie macamana. Kita tak boleh bersangka buruk dengn orang. Sejahat-jahat manusia pun dia tetap suka pada kebaikan. Kalau ada orang yang pernah buat jahat dulu ikhlas nak berubah, janganlah  fikir yang bukan2. Sokonglah mereka. Insyaallah dapat PAHALE.

INGAT! kita nie HEBAT. Carilah dan gunakan potensi kita tuh untuk membantu orang lain. Tak salah kan... Insyaallah dengan membantu orang tuh akan menjadikan kita lebih baik. Orang pain pun suka kan. So, Chaiyok2! c ya in another story. *wink*